GERANGAN PRIA BERNAMA


Namamu semakin kerap dibisikan hati ini
persoalan demi persoalan
tidak inginku jawab
kejujuran dalam pengakuan
tidak mahuku akur

Entah kenapa?
entah bagaimana?
diari hati mula melonggarkan kunci
pena hati mula menegakkan mata
perlahan-lahan terukir namamu di situ

Bagai zikir hati mencari jawapan pasti
barangkali sudah ditemui jawapan itu
namun tetap aku nafikan kenyataan itu
kerna aku tak ingin terkejar-kejar lagi
aku sudah lelah.....

Siapakah kau yang tercoret di diari hati?
sipakah kau pria yang bertamu bersemi?
mungkin telahku dapati jawapannya
namun tetap takkan aku akui
biarkanlah hati ini terus membisikan namamu
memenuhi muka-muka diari hatiku.




KEKASIH BUTA


Aku tak pernah sedar dari kesepian ini
aku tak pernah bangun dari mimpi ini
dakapanmu sering terbayang-bayang di muka harapanku
sinar kasihmu malap-malap berkelip dalam kegelapan
seakan bintang yang mustahil untukku gapai

Bagaikan seorang buta berjalan di lorong yang gelita
aku tercari-cari bayang-bayangmu yang tak mungkin kelihatan
setiap kali aku terjatuh
setiap kali aku terluka
aku sendirian berusaha untuk bangun tanpa engkau di sisi

Tanpa panduan aku melangkah
mustahil untuk aku menunggu kasihmu
bagi menuntun perjalananku
kerna aku pasti
engkau takkan bersimpati lagi kepada diri ini

Terkapai-kapai tanganku mencari wajah
wajah yang kerap terbayang di mata
malangnya.....
yang dapatku rasakan hanyalah batu-bata yang rata
bukan engkau Si Kekasih Lama

Sejauh manapun perjalananku ini
engkau takkan berpatah balik menoleh ke arahku lagi
engkau tetap akan melangkah ke hadapan
meninggalkan aku nun di belakang
meneruskan perjalanan SI KEKASIH BUTA.




KU TAK INGIN TAHU


Mengapa aku masih memikirkanmu?
siapakah kau bagiku?
mata ini asyik ingin memandangmu
tanpa hala dan tuju
ia asyik mengerling ke arahmu

Aku tak ingin mencari jawapan pasti
kerna aku tak ingin berharap lagi
tak ingin bermimpi ilusi
akhirnya tak akan terkecapi
hanya mampu menyakiti hati ini

Aku tidak serik mencinta
aku tidak gerun merindu
malangnya daya ini sudah mula melemah
sudah tiada daya hendak menahan perit lagi
cukuplah hanya sekali

Sembuh
luka ini seolah tidak akan pernah sembuh
seakan tidak ada penyembuh baginya
adakah kau mampu menjadi penyembuhnya?

Aku Tak Ingin Tahu.....




ILUSI


Ke manakah warna indahku?
mengapa semuanya tampak kelam?
suram dalam kegelapan
dan aku tenggelam jauh ke dunia ini
seorang diri merasa sepi

Ke manakah cahaya bahagiaku?
mengapa semuanya tampak samar?
sesiapa yang di sana
dekatilah aku...dampingilah aku...
temani aku di sini

Ke manakah bayang-bayang yang mengekori?
mengapa tidak kelihatan sejak tadi?
lenyap dari pandangan dalam gelita
aku takut.....
sendirian di sini

Ke manakah mereka yang prihatin?
mengapa tidak menoleh ke arah aku?
atau hakikatnya aku yang tak wujud di sini?
adakah aku hanya ilusi?
halusinasi minda ini.



KASUuuuuuuuuuTKU!!!

Hari ini perkara lucu berlaku pada saya.Mulai hari semalam,saya & rakan-rakan sekelas akan balik pada pukul 4 petang sebab kami ada kelas tambahan.Jika semalam panas terik,hari ini hujan pula yang turun.Lebat pula tu.Walaupun begitu,kira-kira jam 3.30 petang hujan sudah berhenti.

      Memandangkan hari ini saya balik dengan melalui pagar belakang sekolah & terpaksa meredah padang yang luas,kasut saya mula dipenuhi lumpur yang terhasil dari lecak yang ada di padang.Buruk sungguh.

      Namun begitu,sebaik sahaja saya & rakan-rakan hampir tiba di pagar,terdapat lagi lecak yang lebih besar berbanding dengan yang sebelumnya.Malah ia lebih kelihatan seperti kolam yang cetek.Dahsyat!Dahsyat!Dahsyat!

      Ada di antara rakan saya membuka kasut untuk meredah 'lautan semut' itu.Manakala hanya saya & sahabat karib saya sahaja yang tidak membuka kasut.Kami BERJUANG HABIS HABISAN untuk meredah 'lautan' itu.Ketika saya meredah 'lautan' itu,nikmatnya air 'lautan' itu menyelinap masuk ke dalam kasut amat menggelikan hati.HA HA HA!!!

      Sebaik sahaja saya berjaya meredah 'lautan semut' itu,saya melompat-lompat melepaskan geli.Geli geli pun,ada baiknya juga.Sebuah KEAJAIBAN telah berlaku.Kasut saya yang sebentar tadi bertemakan 'mesra alam',kini kembali bersih seolah baru lepas disental.Ajaib kan?Walau bagaimanapun,basah tetap basah.Geli?!Of course la ada.

                  #'LAUTAN SEMUT' >> Lecak yang besar yang kelihatan seperti laut
                                                                      di mata semut.

                               BESAAAAARRR   KAAANN !!! +_+

KEHILANGAN

Sepatutnya cerita ini saya cata semalam.Tapi tak apalah.Kita mulakan pada hari ini ya?

Semalam lepas waktu agama di surau,saya & kawan-kawan berlenggang-lenggang hendak balik kelas.Tiba-tiba kami terserempak dengan kawan sekelas kami,Mindy.Mindy kata,
        "Hei!Korang, cepat naik kelas!Kelas bersepah.Semua beg kena selongkar."
Kami terkejut & segera naik ke kelas.Sebaik tiba di kelas,saya segera memeriksa beg saya.Ternyata sejumlah wang saya telah hilang dari beg.Saya tak sangka juga duit syiling yang berlambak dalam beg saya tu pun pencuri tu sanggup tampung dalam kocek.Saya rasa pencuri tu dalam kumpulan sebab kelas sebelah pun ditimpa nasib malang seperti kami.

       Walau bagaimanapun,saya diamkan saja atas kehilangan wang saya itu.Saya reha & pasrah atas kehilangannya.Lagipun kebodohan saya juga sebab simpan duit dalam beg.Sama ada pencuri tu orang melayu atau tak,saya halalkan saja.Harap-harap pencuri tu tak guna duit tu untuk beri benda haram Tambahan,pagi tadi di sekolah cikgu ada umumkan bahawa semalam ada pelajar tertangkap sebab cabut sekolah di pusat snooker.Saya mula mengesyaki,mungkin mereka adalah pencuri-pencuri itu.Mungkin juga tidak.

       Walau apapun,saya tetap halalkan wang yang telah dicuri itu.Bagi saya,mungkin ini ialah cara awal ALLAH nak balas dosa-dosa saya.Saya redha.

KEHILANGAN

Kehilangan sesuatu memang merunsingkan hati
namun aku masih mampu bertahan dengan dugaan ini
sebesar apapun harta itu
aku halalkan saja
kerna aku tahu ada hikmah di sebaliknya

Melayang ringgit tak bererti miskin
kehilangan harta tak bermakna papa
semua itu hanya pinjaman sementara
biarpun aku tidak sesempurna hamba
namun ku akui segalanya itu adalah HAKNYA

Terlalu banyak hutang aku KEPADANYA
sama ada dalam sengaja mahupun tidak
tak kira kecil mahupun besar
ku akui setiap perbuatanku ada balasannya
dan ini mungkin sebahagian darinya

Detik waktu mengalpakan aku
tentang siapa diri ku yang sebenarnya
aku hanya insan biasa
hamba yang tidak sesempurna hamba
ku redha....ku pasrah....
ku halalkan atas apa yang telah diambil dariku.

ASTAGHFIRULLAHHALAZIM....
ta

HARU-BIRU

           

Hari ini merupakan hari yang haru-biru bagi saya.Kira-kira  jam 9:15,saya dan rakan saya sedang menuruni tangga berdua untuk pergi ke makmal sains di tingkat pertama blok.Kebetulan,ketika saya&rakan sedang menuruni tangga,kami bertembung dengan dengan 'ex' saya yang pada ketika itu baru sahaja hendak menuruni tangga bersama rakan-rakannya.

           Kami berada  dalam keadaan yang begitu dekat pada masa itu.Namun sejarah tetap sejarah.Memandangkan kami sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi,masing-masing saling berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain.Biarpun kami wajar melakukan perkara tersebut,tetapi hati saya terasa teramat sakit tatkala melihat sifatnya yang begitu jelas menunjukan bahawa dia memang tidak mempedulikan kewujudan saya.

          BERADA DEKAT DENGANMU,NAMUN  HAKIKATNYA SALING BERJAUHAN,BENAR-BENAR MENYAKITI HATI INI.


HARU-BIRU

Hari-hariku menjadi haru kerana kamu
segalanya biru namun terasa gelap
debar itu sudah terhenti
lalu apakah yang sedangku rasakan ini?
rasa yang amat menyakiti hati ini

Bukan aku membencimu
bukan aku tidak mencintaimu
lalu apakah yang sedang tersorok di hati ini?
tangisan apakah yang berirama lagi?
kenapa begitu sukar untuk aku mencari jawapan yang pasti?

Berada dekat denganmu
tapi terpaksa berpura-pura tidak mengenalimu
itu sungguh menyeksa batinku
membuat hati ini merintih kuat lagi
bertubi-tubi perit merobek hati

Memerhatimu dari situ
itu hanya semakin mengharukan jiwaku
biarpun hatiku kian membiru
warna setenang langit menghiasi duniaku
namun hati ini tetap terseksa merana

BURUNG KERTAS


Aku kekosongan
cuma sebuah lipatan kajangan
ringan melayang di awangan
mengikut deru angin
ke manakah akan di bawa diri ini

Melayang aku bagaikan layanag-layang
kibasan sayap sekadar bayangan
ke mana hala tuju bayu
ke situlah aku menuju
bukan kuudratku untuk menentangnya

Aku tiada jiwa tiada rasa
sekadar ciptaan air tangan manusia
aku rapuh mudah melusuh
sekali tercela selamanya terbuang

Akulah Burung Kertas...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...