SILAP & SALAH

Silapkah aku mencintaimu?
salahkah aku mempercayai
janji-janjimu?
sehingga engkau pergi meninggalkan aku
apakah salahku?
sehingga engkau memungkiri janji-janji itu

Katanya kau cinta
tapi kenapa engkau kata hanya suka?
katanya kau ikhlas
tapi kenapa kau kata sudah rimas?
engkau berjanji untuk ada di sisi
tapi kenapa engkau pergi kata benci?

Bodohkah aku?
jahilkah aku?
mempercayai dirimu....
mendengar janji-janjimu....
silapkah aku?
salahkah aku?
jika menunggu....

SYURGA


Aku bukan puteri dongengan
bukan pari-pari seindah bidadari
tetapi adakala angan-anganku
melampaui ruang realiti
ku andai taman seindah pelangi
langit terbentang setenang biruan laut
awan berarak menentang arus ombak melambai
daun berguguran tak terjejak ke bumi
bayu bertiup lembut mengurai simpulan jiwa

Aku mencipta angan-angan
daun menghijau tanah menyubur
perhiasan dunia kekal menjadi
pekan dan kota jauh sekali
asap dan debu putih nan suci
rumah dibina hindar bencana

Aku sedar
angan-angan mustahil menjadi kenyataan
hanya syurga bukan khayalan
sebuah impian dan hajat
yang ingin dikecapi dan dihuni.

"Bukan ke bagus kalau dunia ni diharumi bunga-bunga asli?Bukan ke bagus kalau bebola matahari cantik seperti guli?Sayangnya,semua tu dah berlalu Sudah tiada.Dunia ini telah diselaputi dengan bunga-bunga plastik & bangunan 'kejayaan'.Bebola matahari pun terik seolah gunung berapi membakar bumi."

JAHIL

Waktu berdetik kisah berlalu
namun hatiku tetap begini
dan terus begini
rasa ini sudah ditelan sanubari
dan tak ingin pergi

Mencintai....Mengasihi.....
menyayangi....
rasa itu terus berada di hati
rasa yang teguh itu
melemahkan jasad ini
akal ini cukup bodoh untuk memahami segalanya

Hati ini memberontak
tatkala rasa itu membuak membiak
ia meneroka setiap pelusuk jiwa ini
terperp....terperangkap....
tidak bebas dari sangkar ini

Rasa ini bagaikan terlalu halus
teramat tulus sehingga menusuk ke dada
debarnya menyekat udara
yang dihirup dan dihelah
jasad ini seakan mati
namun rasa ini yang menghidupkan

Tenang wajahku tidak setenang hatiku
bisu bibirku hati menyimpan rahsia
apakah semua ini?
teramat sukar untuk aku mengertinya
sememangnya
adakala aku jahil tentang diri ini.

KHAYALAN KEKASIH

Tatkala kesepian menyelimuti hati
dan kesepian membelenggu diri
linangan air mata juga tidak kering dengan sendiri
engkau hadir mendampingi diri ini
dan mencuci keheningan di jiwa ini

Tatkala pandangan gelap dalam cahaya
dan ketakutan mengundang kesuraman
engkau tulus mendakap diri ini
menyisir rambutku dengan jari-jemari halus
membelai aku dengan sebendang kasih

Tatkala senyuman ini menyimpan rahsia
dan diari hati tertutup rapat elak dibaca
engkau merenung mata ini dengan penuh kesungguhan
bagaikan berharap engkaulah kunci bagi diari itu
dan engkau mengetahuinya dengan jelas

Sakitnya hati ini
tatkala menyedari engkau tiada dalam realiti
engkau hanya fantasi hati ini
bilakah engkau akan hadir?
dan menghentikan khayalan ini....

KEKASIH....

"Aku tahu engkau ada.Tapi di mana?"

TULI

Aku seolah hendak menangis di hadapannya
seperti ingin mengampu sesuatu
entah apa yang hati ini sedang rahsiakan
aku tak ingin tahu
namun aku tetap bersoal mengenainya

Entah apa yang hati ini hendak suarakan
diam seribu satu madah terbuku
beku di dinding hatiku
aku tetap terus bersoal
dan tidak ingin mendengar jawapannya

Samahu-mahunya mata ini
asyik mengerling ke arahmu
apakah yang mata ini lihat?
dirimu?
atau hatimu?
aku tak ingin mengetahuinya

Terbayangkan wajahmu kelu membisu hatiku
diari hati yang terbuka takkan ku baca
sekilas pandang menyemak
setiap helaiannya engganku dengar bisikannya
kerana aku tak ingin mencari makna.

LIKUAN YANG BERBATU

Terapung-apung hatiku di airan
basah....
akhirnya tenggelam lemas ke dasar
rontaannya kedengaran sepi
tangisannya kedengaran sunyi

Hanyut hatiku dalam arus yang menderu
hanya mengikut ke mana aliran menuju
andai harus terjun
terpaksa dituruti
tak dipeduli sakit dan pedih yang menimpa nanti

Luka di hatiku meninggalkan parut
sakit dan pedihnya telahpun luput
namun kisah silam yang membunuh
telah menular ke seluruh sanubari ini
musnah....

Jiwaku terumbang-ambing dipukul ombak
tenggelam timbul di permukaan
nyawa-nyawa ikan
hanya menanti waktu yang tepat
mati.....

KUASA CINTA

Saat demi saat waktu berdetik
terus berlalu tidak berbalik
awan berarak bumi berputar
hanya bayang-bayang menjelas hakikat
begitukah cinta?

Hadirnya tidak diundang
detik ke detik asyik dirasa
jantung berdegup hati berdebar
bagaikan taufan menggegar jiwa
adakah itu detiknya cinta?

Cinta pura  bertandang sementara
ikhlas mencinta setia akhirnya
jari berpaut menggenggam mesra
melayang jiwa ditiup bayu cinta
barangkali memang inilah namanya cinta

Ikatan mesra kasih berdua
cinta mekar taman berbunga
diteman kasih dibelai sayamg
dipeluk erat digenggam ketat
mungkin inilah kuasanya cinta

Janji setia kekal bersama
selagi bumi berputar
selama awan berarak
masa berdetik terus berlalu
tidak akan memudar cinta
berkasih selama berhayat
tubuh bernyawa.

MERINDU KEMBALI


Renungan matamu asyik mengilas terbayang di mataku
wajahmu mengundang rindu kembali bertamu
aku mendongak ke langit
mendung lagi hatiku yang sayu merindu
aku kembali merinduimu kekasih lama

Ketawa ceriamu terngiang-ngiang di telingaku
senyuman ikhlasmu terukir di bayangan mataku
sifat belasmu membangkit kenangan lalu
ucapan mesramu tersusun di bisikan bibirku
suara ramahmu membikin aku bertambah rindu

Aku telah kehilangan dirimu
aku telah terhindar dari hatimu
aku sudah tersingkir dari kasih dan cintamu
aku sudah terbuang dari akal mindamu
siapalah aku bagimu?

Langkahmu bagai mengenjak-enjak batinku
ketidakpedulimu seolah menghimpit hatiku
renungan sinismu seakan tidak mengenali diriku
jelas sekali aku telah lenyap dara diarimu
kewujudanku sekadar satu ilusi bagimu

Nyata aku kian merindu lagi
adakah rindu ini akan menyakiti hatiku  lagi?
adakah hatiku akan menghadapi azab seksa lagi?
adakah batinku akan menderita akibat merindu?
aku hanya mampu menanti kesan dari kerinduan itu.

BULAN


Bulan
aku di sini
engkau di sana
aku di bumi
engkau di langit
namun kita sama-sama makhlukNya

Bulan
malam ini kau tak ditemani bintang
tiada sebutir bintang bersinar bersamamu
hanya engkau di situ di langit malam.


Bulan
di sekelilingku ramai yang mengenali
tapi tiada satu pun yang mengerti diri ini
hanya aku di sini membisu
berbicara balam hati

Bulan
cahayamu yang terang
perlahan-lahan menerangi hatiku yang suram
cahayamu jua yang menerangi malam yang kelam

Bulan
bayu malam bertiup  merdu
mengesat air mata yang pilu
membelai hatiku yang sayu
meniup keperitan di hatiku

Bulan
hanya engkau di sana
diriku seorang di sini
apakah kita sama-sama sepi?
apakah sama kesepian yang kita alami?

Wahai BULAN penyeri malam...

ANGIN

Lembut bayu pagi bertiup
aku di sini hanya membisu
entah apa yang dibicarakan hati ini
aku sendiri tidak dapat mendengar
kerana hati ini tersembunyi dalam kebisuan

Aku nikmati saja bayu yang bertiup
biar ia meniupkan BISIKAN HATI yang bergemersik
lembut sayu bayu bertiup
membelai hatiku yang adakala kusam
mengusap batinku yang adakala suram

Entah apa yang disuarakan hati ini
gemersiknya bagaikan deru angin bertiup
angin yang membawa khabar dan berita
biarpun deruannya kedengaran sama
tapi aku dapat menganggar
ada rahsia di sebaliknya .





RIMBUNAN CINTA SILAM

Rimbunan itu,
rimbunan yang menjadi tapak semaian cinta
antara aku dan dia,
rimbunan yang rendang ketenangan,
yang menjadi tempat aku dan dia berbalas cinta;

Rimbunan itu,
rimbunan yang membawa kekusutan dalam cintaku,
umpama dedaunnya yang menutup sinar mentari
dari mencecah ke akarnya,
rimbunan yang membuahkan banyak persoalan
yang menggugat ketulusan hati,
rimbunan yang rendang namun berduri,
andai tidak berjaga tatkala belindung di bawah dedaunnya
pasti ada yang terluka;

Rimbunan itu,
rimbunan  itu masih kekal begitu,
rendang dan masih menghijau,
persis kenangan aku dan dia,
sama ada pahit mahupun manis,
kedua-duanya kekal di ingatan
biarpun kisah cinta ini telah tamat;

Rimbunan itu,
rimbunan yang mengenangkan aku akan cinta silam,
seindah namanya yang masihku cinta,
kenangan itu masih 'sejahtera' di ingatan.

RK TIN TONG!!!

Hari ini telah berlaku perkara lucu dalam kelas RK.Saya dan rakan-rakan perempuan sekelas enggan menyertai lumba lari 100 meter.Jadi kami hanya duduk di astaka dan tidak menghiraukan acara tersebut.Sehinggalah datang seorang guru perempuan memaksa kami supaya menyertai acara tersebut.Kami dah penat berpura-pura dan berbohong lalu hanya menurut arahan guru tersebut.Saya dan 7 orang rakan saya merupakan kumpulan terakhir yang berlumba lari.Kami dilabelkan sebagai,"ORANG YANG TAK NAK LARI TAPI NAK LARI".Teruk kan gelaran tu.Tapi saya lebih suka gelar kami sebagai ''PELARI PAKSA RELA".Pendek sikit.Acara lumba lari lebih kepada katogeri 'DENDA' sebenarnya.Sebaik sahaja tiba di garisan penamat,kami semua ketawa terbahak-bahak.Masing-masing merasakan acara pada tahun ini sungguh melucukan.Nak kata penat memang penat.Tapi kami ketawa tak tersekat pun tau.Ha ha ha!Memang sejarah baru dalam kelas kami.

HAKIKI


Pada hari ini sekolah saya telah mengadakan sukan tara.Acara yang ada pada hari ini ialah lontar peluru&lari 100 meter saja.Apapun,bukan tentang sukan yang saya nak cerita buat masa ni.

Di sekolah.Semua pelajar sesi petang&pagi berada di astaka.Saya&rakan-rakan karib saya membuang masa di astaka dengan melakukan perkara-perkara kosong seperti menyanyi lagu korea,cerita pasal 'Abg Tokoh' di sekolah&macam-macam lagi.Sedang asyik berbual,tiba-tiba ketiga-tiga rakan saya mengatakan hal yang sama.Hal yang amat mengejutkan saya.Kata mereka,

"Ain,tadi dia tengok aje awak."

Saya masih tak mengerti atas apa yang dikatakan Hana.

"Haah.Dia pandang aje awak."

Saya masih tak mengerti apa-apa lalu bertanya,

"Siapa??"

"S."('ex' saya.)

Kata Nini.Idah pula hanya mengangguk.

"Ya ke?Taklah."

Saya tidak mempercayai kata mereka.

"Iya.Betul.Dia pandanng aje awak.Lama."

Kata Hana.Saya menggeleng-gelengkan kepala & menutup telinga seakan tidak menerima hakikat.Walaupun ini yang saya harapkan,entah kenapa terasa mustahil pula untuk dia memandang saya setelah sekian lama hanya saya yang memandang dia.Sejak itu,sehingga sekarang juga,saya berusaha untuk mengingati matanya.Sudah 2 tahun saya tak menatap mata lelaki ini.Segalanya tampak samar.

HAKIKI

Kata mereka engkau memandangku
Bicara mereka engkau memerhatiku
Bilang mereka engkau merenungku
Kata mereka engkau mengerling ke arahku
Adakah itu benar?
Aku masih tak mampu untuk mempercayainya
Aku masih ragu-ragu mengenainya
Aku berharap tinggi ia benar
Tapi bagaimana jika tidak?
Dan hakikatnya aku masih mengejar bayangmu
Aku berharap tinggi engkau akan berlari
Mendapatkan diriku untuk kembali
Aku berharap tinggi itu menjadi hakiki
Namun ragu hatiku
Baranglali ini sekadar fantasi
Tidakkah begitu??


Ini kisah waktu balik pula.Pak Cik Van akan ambil saya pukul 1 petang.Malangnya sekolah tamat pada pukul 12 petang pula.Jadi saya tak inginmenunggu lama & berjalan kaki untuk pulang ke rumah.Sepanjang perjalanan pulang,saya asyik memikirkan hal yang diperkatakan rakan-rakan saya di sekolah tadi.

''Betul ke kau pandang aku?Adakah itu satu petanda?Andai benar,aku berbesar hati menerima pandangan itu.Tapi bagaimana jika tidak??Aku dah lupa akan mata itu.Macam mana rupanya ya.Aku hanya mampu mengingat suara kau dengan jelas.Yang lain pula hanya samar-samar.Mungkin sebab aku tak pernah nak pandang tepat ke arah kau biarpun berkesempatan.Yalah.Akhir-akhir ni kan kita selalu bertembung.Tapi aku cuma pandang kau sekilas lalu.Bukan aku benci,sesungguhnya aku mahu & nak kau tahu.Tapi entah kenapa,berada terlalu dekat dengan kau buat aku nak tak nak aje pandang kau."

Sepanjang perjalanan pulang,hati saya asyik berbisik sahaja.Saya sudah hampir dengan jalan yang menuju ke taman perumahan saya.Mengikut ganjaran masa & cara saya berjalan di tengah terik tu,kira-kira 10 minit lagi saya akan sampai di rumah.

           Sedang asyik melayan perasaan,tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah belakang.Saya terkejut dengan kehadiran kereta itu sebab ia berada hampir dengan saya ketika menyelekoh.Saya memandang ke arah kereta itu & tanpa disangka,kereta itu merupakan kereta bapa kepada 'ex' saya.Tambahan,saya nampak dengan jelas 'ex' saya sedang berada di dalam kereta itu.Pada ketika saya memang betul-betul terkejut.Hati saya berbisik,

"Petanda apakah ini??!"

Saya meneruskan perjalanan dengan perasaan terkejut tu dan tak lama selepas tu,saya terserempak dengan van Pak Cik Van saya.Dia menumpangkan saya dan menghantar saya pulang.

''Aku tahu hati ini mampu melupakanmu.Menyingkir engkau pergi dara pustaka hati ini.Sayangnya,aku yang tak mahu.Kerana aku tak ingin kehilangan kisah silam itu,kenangan pahit manis ketika aku mencintaimu,malah detik ini juga.Aku tak ingin melupakan rindu yangku simpan dalam terhadapmu,sakit perit aku mencintai dalam sunyi,kesepian aku tanpa engkau di sisi.Aku tak ingin melupakan jahat baikmu terhadapku.Biarlah segala rasa & ingatan itu berada di hati ini.Biarlah hati ini luka tak tersembuh.Aku tetap tak ingin melupakanmu.Biarkan hati ini terus MEMBISIKAN NAMAMU.Aku sanggup."

MAIN BISIK-BISIK

Perkara ni dah lama berlaku.Sejak awal tahun lagi.Tapi saya sengaja buat tak endah.Hati saya mula membisikan sebuah nama selain nama 'ex' saya.Mata saya pun asyik nak pandang pemilik nama tu saja.Sehingga kini saya masih merasakan perkara yang sama.Tapi nama dia masih samar-samar walaupun selalu dibisikan hati saya.Apa yang saya rasa,saya cuma nak mengenalinya.Maklumlah,saya tak pernah tegur dia walaupun sekelas.Perasaan ni sama dengan perasaan yang saya rasa pada tahun lepas.

      Pada tahun lepas,hati saya telah membisikan dua nama selain nama 'ex' saya.Kedua-duanya hanya permainan hati saya.Perasaan tu tak kekal lama.Tak sampai sebulan pun.Tiba-tiba,ia terpadam begitu sahaja.Akhirnya,nama 'ex' saya juga yang jelas terbisik di hati.

      Pada tahun ni nampaknya hati saya cuba untuk main bisik-bisik lagi.Saya mula menyedarinya ketika salah seorang rakan sekelas saya buat aktiviti 'telangkai' dalam kelas.Saya tak tahu apa tujuan dia buat aktiviti tu,tapi nampak macam nak jadi telangkai.Penjodoh.Dia bertanya kepada semua pelajar dalam kelas sama ada mereka sedang menyukai sesiapa.Tak kira di dalam kelas atau di luar kelas.Saya pun terbabit sekali dalam soal siasat ni.

      Dia bertanya kepada saya sama ada saya sedang menyukai sesiapa.Saya hanya menggelengkan kepala.Dia tidak berpuas hati dengan jawapan saya dan bertanya untuk kali ke-2.Tanpa berfikir panjang saya terus menjawab 'tidak'.Pada ketika itu,nama orang tu tidak pula berbisik di hati saya.Malah nama 'ex' saya pula asyik bergema di hati saya.Saya turut tertanya-tanya sendirian,"Betul ke aku tak suka sesiapa?Tapi nama ****** asyik berbisik je dalam hati aku ni.Habis siapa pula dia tu?Kenapa aku asyik nak pandang dia aje?"

      Terlalu banyak persoalan bermain di hati dan minda saya.Dan pada ketika itu saya menyedari bahawa hati sedang main bisik-bisik.Mungkin sebab rasa sunyi dan rasa lelah mencintai Si Dia yang buat hati saya melencong sedikit.

      Namun peristiwa yang berlaku pada 5 Mei 2011 telah membuka mata dan telinga hati ini seluas-luasnya.Dan ternyata hanya satu nama yang masih menjadi BISIKAN HATI ini,iaitu MNSS.Mungkin sekarang ni saya sedang berpatah balik untuk kembali berlari mengejarnya tanpa saya memalingkan wajah ke arahnya.Biarlah dia nampak saya seakan sedang melangkah pergi darinya.HARAPAN itu kembali.

"Mungkin aku akan terluka lagi nanti tapi tidak mengapa,walau terpaksa menangis lagi,menanggung perit untuk sekali lagi,aku akan cuba untuk terus berlari.Dan andai
pada suatu saat nanti engkau masih tak termiliki olehku,sekali lagi aku hanya melihat engkau pergi meninggalkan bayang di ingatan ini .Dan sekali lagi namamu menjadi
                                                      BISIKAN HATI..."

3 TAHUN LALU

Hari ni telah berlaku satu lagi peristiwa kepada saya.Ia masih tetap berkenaan dgn 'ex'  saya.Hari ini saya telah menemani rakan saya untuk mencari seorang guru.Kami merancang untuk mencari guru itu di makmal sains yang terdapat di blok kami.Malangnya,guru itu tiada.Dan apa yang lebih malang,atau mungkin suatu perkara untuk diri saya,saya dan rakan secara kebetulan telah berlalu di hadapan makmal sains yang merupakan tempat pembelajaran dan pengajaran kelas 'ex' saya.2 kali saya berlalu di hadapan makmal itu,2 kali juga saya telah terdengar akan suara seorang pelajar lelaki dari makmal itu,
        "****,mak we kau!Tu dia lalu!"

 Saya tersentak mendengar kata-kata pelajar lelaki itu.Terasa seolah sejarah beulang kembali,waktu berundur semula.Beginilah permulaan 'CINTA monyet' itu 3 tahun lepas.Bermula dari gosip dan cakap-cakap budak.Lalu saya bertanya,mencari kepastian.Dan ia bermula.Namun perpisahan kami tiada kepastian.Ia seakan TERGANTUNG.

Jadi hal yang berlaku pada hari ni telah merunsingkan hati saya.''Aku tak nak terkejar lagi.Sekarang ni,perlahan-lahan aku cuba untuk berpatah balik.Tapi kenapa tiba-tiba terdengar geseran jejak kaki seolah menuju ke arahku?Adakah engkau sedang curi-curi mengekoriku dari belakang?TAK!! TIDAK!!Aku tak boleh berharap lagi!Aku tak nak berlari lagi!Tapi adakah kau sedang mengejar aku pula???"Begitulah BISIKAN HATI saya.Keliru,tanda tanya,ingin berharap,segalanya bercampur baur.

SEKALI LAGI

Apakah petanda ini?
mengapa peristiwa itu berlaku lagi?
seakan waktu berundur kembali
namun sakit tetap tak terperi
dan terpaksaku tanggung seorang diri

Mengapa namamu berseru tika aku berlalu
petanda apakah itu?
mengapa seperti itu?
adakah engkau dalam perjalanan kembali?
atau ini sekadar khayalanku semata?
sekali lagi?

Engkau membuat aku bertanda tanya
siapakah aku kini?
mengapa aku bergelar lagi panggillan itu?
siapakah aku di mata mereka?
siapakah aku di hati kamu?

Adakah aku perlu berlari lagi?
mengejar engkau demi mencari jawapan pasti?
aku harap tidak sekali lagi
walau aku hanya berdiam
hakikatnya aku masih menunggu
SEKALI LAGI....

PEDIH


Hari ni saya terserempak dgn 'ex' saya.Saya cuma pandang dia sekilas pandang sahaja.Walaupun hati saya kalau boleh nak pandang dia dengan tepat,bila difikirkan balik,baik hentikan saja hasrat saya tu.Sama ada dekat atau jauh,sama ada lama atau sekeajap saya pandang dia,yg pasti dia tak akan membalasnya.Memang MEMEDIHKAN!!

PEDIH

Pedih
pedih mataku melihat cahaya mentari
yang menderang
sinarnya menyilau
terkebil-kebil mataku mengelip

Pedih
pedih hatiku melihat wajahmu
raut yang terukir jelas kenangan silam itu
membuat hatiku kembang kuncup menahan pedih

Pedih
mengapa harus pedih?
sudah lama berlalu
mengapa masih tetap terasa pedih?

Pedih
berapa lama harusku menanggung perih
kerana menagih kasih?
sedangkan kasih itu
telah berkecai serpih

Pedih
bilakah pedih ini akan beralih?
dan aku tidak perlu sedih meleleh?

TANPA SEBARANG KATA

Aku tidak patut melakukannya
aku sepatutnya mengendahkannya
seakan sesuatu yang tak dapatku lihat
seakan sesuatu yang tak mampuku lihat
aku tak seharusnya memandang ke arahmu

Aku sepatutnya melarikan diri
aku sepatutnya berpura-pura tidak mendengarnya
seakan sesuatu yang tak dapatku dengar
seakan sesuatu yang tak mampuku dengar

Engkau tunjukan padaku CINTA
tanpa sebarang kata
engkau memberiku CINTA
tanpa sebarang kata
engkau membuat aku menahan sesak
menunggumu
tapi engkau pergi begitu sahaja

Tanpa sebarang kata
CINTA meninggalkankku
tanpa sebarang kata
CINTA menghinaku
apakah yang harusku katakan lagi?

Bibir ku kelu tanpa bicara
mengapa ia sungguh menyakitkan?
mengapa ia terus menyakiti?
menyedari hakikat
engkau tiada di sisi
memikirkan segalanya tampak serupa

Tanpa sebarang kata air mata berjurai
tanpa sebarang kata hatiku punah
tanpa sebarang kata aku menunggu
lafaznya cinta
tanpa sebarang kata CINTA menyakitiku

Aku mengalah
aku menjadi bodoh
keana sebaik aku mendongak ke langit
aku menangis

Tanpa sebarang kata
 SELAMAT TINGGAL menemuiku
tanpa sebarang kata
SELAMAT TINGGAL datang kepadaku
aku tidak sempat bersedia menghantar kau pergi
aku merasakan hatiku tersentak kuat

Tanpa sebarang kata ia datang
tanpa sebarang kata ia muncul
tanpa sebarang kata ia pergi
seperti demam yang berjangkit
aku hanya terseksa buat seketika
dan akhirnya ketakutan ini akan pergi jua.

BAIT-BAIT PUISI INI DIPETIK DARIPADA
Lagu 'Without Saying a Word'yang dinyanyikan oleh Park Shin Hye

(SOUNDTRACK 'YOU'RE BEAUTIFUL)

'Go Mi Nam LOVE Hwang Tae Kyung'

KERANA KEBODOHANKU

Aku begitu bodoh
kerana hanya mengenali kau seorang
sedangkan engkau memandang yang lain
akhirnya kau tidak mengetahui
betapa seksanya hati ini

Aku ingin berada di setiap hari-harimu
aku ingin berada di dalam memorimu
walaupun....walaubagaimanapun....
aku hanya memandang ke arahmu
hanya dirimu
dan air mata kerap mengalir

Tatkala aku melihat engkau melangkah pergi
aku masih berasa gembira
walaupun akhirnya
engkau tetap tidak tahu tentang hati ini

Aku harus
menghentikan semua ini
dan pergi

Aku benar-benar ingin melihat hari
aku menanggung perit setiap hari
"Aku Cinta Padamu"
asyik bermain di bibirku
sekali lagi aku menangis sendirian keranamu
sekali lagi aku sendirian merinduimu

Sayang!
aku menunggumu!
Aku Cinta Padamu!

Mencintaimu seakan memiliki luka yang indah
aku melihat senyuman riangmu
malangnya aku tak berdaya ketawa bersamamu

Aku hanya memikirkan tentangmu sepanjang hari
hatiku terluka di sepanjang hari yang menyedihkan ini
"Aku ingin menemuimu"
asyik bermain di bibirku
sekali lagi aku menangis sendirian keranamu
sekali lagi aku sendirian merindui kamu

Sayang!
aku menunggumu!
Aku Cinta Padamu!

Jangan pernah kau ucap selamat tinggal
walaupun aku tak betah begini
aku masih tetap memerlukanmu
aku hanya mampu mengatakan
"Aku inginkanmu!"

Aku terus berharap
dan berharap....

BAIT-BAIT PUISI INI DIPETIK DARIPADA
Lagu 'Because I'm Stupid'yang dinyanyikan oleh SS501

(SOUNDTRACK BOYS BEFORE FLOWER)

'Ji Ho LOVE Go Jan Di'

RINDU YANG TAK TERLAFAZ

Walaupun aku tidak dapat menatap wajahmu
namun terbayangkanmu itu sudah cukup buatku
untuk melepaskan rinduku terhadapmu

Wajahmu sering terngiang-ngiang di pandanganku
sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpiku
adakah engkau tidak dapat melihat cintaku?
mengapa?sanggup engkau menggelamkan cintaku
cintaku tidak akan pudar sedikitpun demi kamu
tidak sekalipun akan pudar cintaku

Aku melihatmu dari pandangan yang jauh
namun aku berasa gembira
kerana dapat menatap wajahmu
teringin sekali aku tuk luahkan perasaanku
perasaan cinta nan mesra terhadapmu
tapi apakan dayaku?
kelu lidahku untuk luahkannya
walaupin ianya perit dan sakit berbisa
namun ku telan jua dan simpan sahaja
hasratku yang tinggi terhadapmu

Ku simpan cintaku sekian lama
untuk menunggu masa yang sesuai
untukku lafazkan cintaku terhadapmu
cinta yang telah bersarang di sanubariku
menunggu kehadiran jejaka yang dirindui
iaitu kamu...

Kamu!Kamu!

KARYA ASALNINI

DITEPIS NAMUN TAK TERHAKIS

Aku tertanya-tanya pada diriku
mengapa lidahku kelu untuk menyatakan cinta?
Kenapa?Kenapa?Kenapa?
aku selalu mengasingkan diriku daripada dia
padahai aku rindukan dia
Aku Cintakan Dia!!

Kadang-kala aku menangis
menangis menanti dirinya
tiba-tiba dia memandangku
aku menepis wajahku dari pandangannya
padahal aku dahagakan wajah dan cintanya
tanpa wajahnya,
tiadalah cinta  di dalam hatiku
aku terpaksa menjauhkan diriku daripadanya

Aku terpaksa!!

KARYA ASALNINIE

'MY BEST FRIEND'

SEMALAMAN

Semalaman bertempur kegusaran
dingin angin silih berganti
tidak lagi meremangkan
pun butir peluk berputik
tidak lagi membosankan

Semalaman mimpi tak membuai lena
semalaman emosi dibadai gelombang
ketakutan
sepasang mata berhalusinasi
ada bayang Izrael datang bertamu
dan Munkar Nakir juga bersilih

Semalaman bertafakur
di sejadah keinsafan
tanpa sedar jernih mata berkaca
apakah ia bisa mencuci dosa
dari mata?
apakah ia bisa memadam tinta kejahatan
dari kitab catitan Atid?

KARYA ASALNURAQILAH BINTI ZULKIFLI

MATA YANG BUTA

Mata itu telah sekian lama buta
dalam katup ia buta
dalam celik ia tetap buta

Aduhai!
kita selama ini telah
begitu lama di dustai
di hadapan kita tidak
pernah ada yang benar
yang bathil menjadi benar
lalu ke manakah terlontarnya yang hak?

Kita di sini tidak pernah
berhenti berharap
apatah lagi bertindak
sekalipun semua menyedari
kemanusiaan mereka sudah
lama terkubur....

KARYA ASAL NURAQILAH BINTI ZULKIFLI

'Puisi ini telah dihadiahkan kepada saya oleh
pengarangnya.Dia ialah kakak angkat saya.'

LOVE YOU FOREVER,SIS!!

HANYA DIRIMU BIDADARI UNTUKKU

Dirimu adalah pelindung
dirimu jua tempat untukku berlindung
dirimu adalah penyelamat
dirimu jua membuat diriku berasa selamat

Dirimu adalah bidadari....

Kesedihanku engkau redakan
air mataku engkau kesatkan
luka di hatiku engkau sembuhkan

Sememangnya engkau adalah bidadari.....

Dan kini engkau telah terbang pergi
meninggalkan aku tatkala sedang bermimpi
dan kini aku sendirian lagi
hari-hariku menjadi sunyi dan sepi kembali
kerana hanya engkau bidadari teman di sisi....

Bagaimanakah agaknya nasibku nanti?
siapakah yang akan meredakan kesedihan ini?
akan sembuhkah luka di hati ini dengan sendiri?
haruskah air mata ini dibiarkan mengering?
akan kurangkah pedih di batin ini dengan sendiri?

Sesungguhnya tiada apa yang dapat menggantikan dirimu
hanya engkau bidadari yangku mahu
hanya engkau yang aku perlu
hanya engkau selayalnya bidadari untukku

Khusus untukku....
Hanya dirimu....

AIR MATA LELAKI


Sayunya hati ini
tatkala engkau jauh selangkah dariku
sakitnya hati ini
tatkala engkau pergi mengikut dia
meninggalkan aku di ruang yang gelap ini

Menangis aku seorang diri
meratapi pemergianmu
merintih aku tidak tertahan sakit
terasa menyesal kerana mencintaimu
sakitnya bagai meragut jiwa

Bergenang air mata aku di dalam kegelapan
menyembunyikan rupa yang sedih ini
seperti mana aku menyembunikan cinta ini
tapi hanya satu yangku harapkan
berharap engkau menyedari perasaan ini

Lemas aku ditenggelami air mata
sedih aku ditinggalkan olehmu
sakit hatiku melihat engkau pergi bersamanya
rapuh batin ini kehilangan dirimu
runtuh benteng egoku seorang lelaki

Degupan jantung terasa sempit
helahan nafas terasa sesak
pandangan mata menjadi kabur
cengkaman di dada menusuk ke dalam
lemah jasad jatuh semangat

Bersama esakan menjerit aku di dalam hati
Aku Cinta Padamu!
Jangan tinggalkan aku!
Jangan pergi dariku!
Aku butuh engkau di sini!
Aku Cinta Padamu....

SEDUTAN DARIPADA DRAMA KOREA
Tamra The Island

'Bao Jin pergi mengikut William
meninggalkan Park Kyu'

SAYA SUKA AWAK


Rasa lega di hati ini
setelah aku melafazkan kata-kata itu
perasaan yang ku rasa selama ini
namun tidakku akur
'saya suka awak....'

Saya suka awak....
tersenyum sendiri aku
tatkala mengenangkan kata-kata itu
takku sangka aku mampu mengatakannya
sedangkan selama ini tidak pernah aku mengakuinya

Saya suka awak....
itulah pembuka kata bagi perasaan ini
ku buka pintu hatiku seluas-luasnya hanya untukmu
biarpun selama ini ku tahu ia tak berkunci
sengaja aku tidak mengizinkan sesiapa untuk memasukinya

Saya suka awak....
bagaikan sudah terlepas sebuah beban dari diri ini
tiada lagi rasa runsing resah gelisah
senang rasanya hatiku
bertambah senang rasanya kerana engkau menerimaku

Saya suka awak....
kata-kata itu ku bisikan di telingamu
berharap engkau mendengarnya dengan jelas
becampur baur rasa gugup dan cinta
tak inginku ulang lagi
cukup hanya sekali.

INSPIRASI DARIPADA SEDUTAN DRAMA KOREA
You're Beautiful

'Hwang Tae Kyung start LOVING Go Mi Nam'

BAYANGAN & BAYANG-BAYANG


Aku dan kau kini bercinta
berpasangan antara lelaki dan wanita
aku tahu ini hanya palsu belaka
sakit di dada tidak tertahan
tatkala aku mengenangkannya

Biarpun ini yangku harapkan
tapi bukan ini yang aku mahukan
bukan hanya dirimu yang perlu ada di sisi
aku juga butuh cintamu buat diri ini
namunku sedar bukan aku yang kau cinta

Bayang-bayang mengganti cermin
tiada raut tiada rupa
hanya bentuk tubuh berwarna hitam di mata
segala rasa tersembunyi di sebaliknya
tiada yang menyedari rasa sakit ini
jika sekadar melihatnya

Bayang-bayangmu bermain ceria
riang gembira jelas bahagia
sedangkan bayang-bayangku kaku sahaja
diam tidak bersuara
aku berasa diri ini juga sudah umpama bayang-bayang

Rintihanku....rontaanku.....
esakanku....rungutanku....
tersembunyi di sebalik senyuman ini
berkata sendiri aku di dalam hati

Bagaikan BAYANG-BAYANG.....

INSPIRASI DARIPADA SEDUTAN DRAMA KOREA
You're Beautiful

'Shin Woo still LOVE Go Mi Nam very much'




CINTA DALAM DIAM


Aku Cinta Kamu
itu aku tahu
itu adalah rahsiaku
itu adalah kebahagiaanku
biarpun engkau tidak memilih aku

Aku Cinta Kamu
perasaan itu menggetarkan jiwaku
mencipta fantasi di benakku
membuat duniaku indah sentiasa
apalagi tatkala kau ada bersamaku

Aku Cinta Kamu
sakitnya hati ini
terpaksa menagih cinta dalam diam
peritnya hati ini
tatkala mengenangkanmu yang mencintai dia

Aku Cinta Kamu
semakin hari semakin ketat di hatiku
takku mampu menariknya keluar dari jiwaku
kerna sudah sekian lama terpendam
setiap kali inginku luah tidak kesampaian

Aku Cinta Kamu
tidak sedarkah kau tentang itu?
aku cuba untuk menyatakan segalanya
tapi cintamu kepadanya
menghalang aku daraipada mengkhabarkannya
kerna aku  tak ingin hubungan baik ini akan merapuh

Aku Cinta Kamu
kegembiraanmu kegembiraanku
kesakitanku usahlah kau tahu
cukup engkau terus ada untukku seketika
sakit itu akan mereda
walaupun hanya untuk seketika.....

INSPIRASI DARIPADA SEDUTAN DRAMA KOREA
You're Beautiful

'Shin Woo LOVE Go Mi Nam very much'

DIALOG BULAN DAN BINTANG


"Tatkala malam pandanganku kabur
  segala benda segala perkara
  tidak jelas di pandanganku yang jauh
  yang jelas hanya tampak dirimu
  kerna hanya engkau yang ada dekat padaku

  Tatkala aku mendongak ke langit malam
  tiada bintang dapatku lihat
  biarpun ia ada di situ
  yang jelas di pandanganku hanyalah bulan
  walaupun ia jauh berbatu
  namun cahaya dan bentuknya
  cukup jelas dapatku lihat
  seperti engkau yang tak pernah kabur di pandangan."

"Tatkala kau dan aku mendongak ke langit malam
  memerhati bintang dan bulan
  padaku hanya satu bintang yang berkijar terang
  yang sering bersinar tak kira malam mahupun siang
 
  Dirimulah bintang itu.....

  Bintang yang selalu menemaniku
  bintang yang memberi aku semangat
  bintang yang rela berkorban untukku
  bintang ini jugalah.....
  yang memberi aku cinta

  Bintang ini digemari ramai
  mungkin aku juga sebahagian dari golongan itu
  kerana itu cukup sukar untuk aku mencintaimu
  kerana engkau adalah bintang yang telah dimiliki

  Salahkah aku menyukaimu?
  bolehkah aku mencintaimu?
  wahai BINTANG yan berada di sisiku....."

INSPIRASI DARIPADA SEDUTAN DRAMA KOREA
You're Beautiful

'Go Mi Nam & Hwang Tae Kyung
sedang duduk di bangku di bawah
sebuah pokok yang rendang'

(EPISOD Hwang Tae Kyung dikejar oleh seekor khinzir)



LAGU GUBAHANMU


Dikala aku menyanyikan lagu gubahanmu
ku seru perasaan yang tidak menentu
perasaan yang menyeksa batinku
ku imbau kenangan lalu antara kau  dan aku
kenangan mencipta cinta di hatiku

Engkau berdiri di situ di hadapanku
merenung tajam ke arahku menyimpan harapan
dengan raut yang garang
yang menyukarkan aku membaca hatimu
engkaulah punca perasaan itu

Ku tatap sayu wajahmu
ku luahkan segala rasa dalam lagu gubahanmu
perasaanku yang tak terkawal
ku lemparkan semua dalam lagu gubahanmu
engkaulah sumber perasaan itu

Aku menyanyikan lagu gubahanmu
sambil merintih di dalam hati
sehingga mata ini dikaburi air
dengan harapan engkau mengerti
Aku Cinta Padamu....

INSPIRASI DARIPADA SEDUTAN DRAMA KOREA
You're Beautiful

'Go Mi Nam menyanyikan
lagu gubahan
Hwang Tae Kyung'

'WITHOUT SAYING A WORD'


KETEMU BIDADARI


Kali pertama melihatmu
deraian hujan mengaburi pandangan
wajahmu yang indah
renungan matamu yang jujur
dapatku asingi air matamu dalam hujan itu

Dirimu bagaikan bidadari
yang jatuh dalam juraian hujan
engkau tidak bersayap
namun kau telah membawaku terbang
jauh dari kekusaman hidup
umbunmu tidak bermahkota
tapi engkau telah menjadi ratu di mahligai hatiku

Dikala aku mengenalimu
tampak kesedihan dan ketakutan membelenggu jiwamu
tangisan yangku lihat di sebalik renungan jujur itu
adakah itu air mata yangku asingi dalam hujan itu?

Aku mula mengkhuatiri dirimu
esakan tangisan sepimu bersoal di benakku
aku ingin mengenalimu lebih lagi
aku mahu menyelami hati,jiwa dan emosimu
andai kau izinkan,BIDADARI.....


SIANG DAN MALAMKU CINTA KAMU


Tika senja menutup siang
awan berarak seakan mendung
cahaya mentari kian bersembunyi
bayang-bayang bulan ingin menyinar
ku seru namamu cinta di dalam hati yang tegar

Tika bulan menyinar langit dan bulan
bintang mengelip berkijaran menghiasi langit malam
bayu dingin menderu di cuping
dedaun pohon melambai-lambai
ku berpuisi tentangmu di dalam hati yang puitis

Tika semua mata tertutup lena
langit malam terbentang luas
bayu yang bertiup mendodoi naluri
kesepian yang sunyi menghuni bumi
ku sebut namamu cinta di dalam mimpi

Tika subuh memadam mimpi
langit kian membiru
awan berkepul gebu
kicauan burung menyusul hari
ku ucap selamat buatmu yang hadir di dalam mimpi

Tika mentari menyinar pagi
pepohon hijau meluruh daun
bunga berkembang seri menebar harum
rama-rama mengganti kekunang malam
bertemu lagi kita pada hari ini

Beginilah hari-hariku
sepanjang waktu asyik bersamamu
melalui masa menyatu cinta
tak kira siang mahupun malam
aku cinta padamu selalu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...