Lembut bayu pagi bertiup
aku di sini hanya membisu
entah apa yang dibicarakan hati ini
aku sendiri tidak dapat mendengar
kerana hati ini tersembunyi dalam kebisuan
Aku nikmati saja bayu yang bertiup
biar ia meniupkan BISIKAN HATI yang bergemersik
lembut sayu bayu bertiup
membelai hatiku yang adakala kusam
mengusap batinku yang adakala suram
Entah apa yang disuarakan hati ini
gemersiknya bagaikan deru angin bertiup
angin yang membawa khabar dan berita
biarpun deruannya kedengaran sama
tapi aku dapat menganggar
ada rahsia di sebaliknya .
No comments:
Post a Comment