MAIN BISIK-BISIK

Perkara ni dah lama berlaku.Sejak awal tahun lagi.Tapi saya sengaja buat tak endah.Hati saya mula membisikan sebuah nama selain nama 'ex' saya.Mata saya pun asyik nak pandang pemilik nama tu saja.Sehingga kini saya masih merasakan perkara yang sama.Tapi nama dia masih samar-samar walaupun selalu dibisikan hati saya.Apa yang saya rasa,saya cuma nak mengenalinya.Maklumlah,saya tak pernah tegur dia walaupun sekelas.Perasaan ni sama dengan perasaan yang saya rasa pada tahun lepas.

      Pada tahun lepas,hati saya telah membisikan dua nama selain nama 'ex' saya.Kedua-duanya hanya permainan hati saya.Perasaan tu tak kekal lama.Tak sampai sebulan pun.Tiba-tiba,ia terpadam begitu sahaja.Akhirnya,nama 'ex' saya juga yang jelas terbisik di hati.

      Pada tahun ni nampaknya hati saya cuba untuk main bisik-bisik lagi.Saya mula menyedarinya ketika salah seorang rakan sekelas saya buat aktiviti 'telangkai' dalam kelas.Saya tak tahu apa tujuan dia buat aktiviti tu,tapi nampak macam nak jadi telangkai.Penjodoh.Dia bertanya kepada semua pelajar dalam kelas sama ada mereka sedang menyukai sesiapa.Tak kira di dalam kelas atau di luar kelas.Saya pun terbabit sekali dalam soal siasat ni.

      Dia bertanya kepada saya sama ada saya sedang menyukai sesiapa.Saya hanya menggelengkan kepala.Dia tidak berpuas hati dengan jawapan saya dan bertanya untuk kali ke-2.Tanpa berfikir panjang saya terus menjawab 'tidak'.Pada ketika itu,nama orang tu tidak pula berbisik di hati saya.Malah nama 'ex' saya pula asyik bergema di hati saya.Saya turut tertanya-tanya sendirian,"Betul ke aku tak suka sesiapa?Tapi nama ****** asyik berbisik je dalam hati aku ni.Habis siapa pula dia tu?Kenapa aku asyik nak pandang dia aje?"

      Terlalu banyak persoalan bermain di hati dan minda saya.Dan pada ketika itu saya menyedari bahawa hati sedang main bisik-bisik.Mungkin sebab rasa sunyi dan rasa lelah mencintai Si Dia yang buat hati saya melencong sedikit.

      Namun peristiwa yang berlaku pada 5 Mei 2011 telah membuka mata dan telinga hati ini seluas-luasnya.Dan ternyata hanya satu nama yang masih menjadi BISIKAN HATI ini,iaitu MNSS.Mungkin sekarang ni saya sedang berpatah balik untuk kembali berlari mengejarnya tanpa saya memalingkan wajah ke arahnya.Biarlah dia nampak saya seakan sedang melangkah pergi darinya.HARAPAN itu kembali.

"Mungkin aku akan terluka lagi nanti tapi tidak mengapa,walau terpaksa menangis lagi,menanggung perit untuk sekali lagi,aku akan cuba untuk terus berlari.Dan andai
pada suatu saat nanti engkau masih tak termiliki olehku,sekali lagi aku hanya melihat engkau pergi meninggalkan bayang di ingatan ini .Dan sekali lagi namamu menjadi
                                                      BISIKAN HATI..."

1 ulasan :

KeTaM_BaTu berkata...

kesedihan dan kegembiraan sering datang silih berganti.. walaubagaimanapun kita haru mengharungi kerna ia akan mematangkan diri kita. jangan pernah takut untuk mencuba!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...