SYURGA


Aku bukan puteri dongengan
bukan pari-pari seindah bidadari
tetapi adakala angan-anganku
melampaui ruang realiti
ku andai taman seindah pelangi
langit terbentang setenang biruan laut
awan berarak menentang arus ombak melambai
daun berguguran tak terjejak ke bumi
bayu bertiup lembut mengurai simpulan jiwa

Aku mencipta angan-angan
daun menghijau tanah menyubur
perhiasan dunia kekal menjadi
pekan dan kota jauh sekali
asap dan debu putih nan suci
rumah dibina hindar bencana

Aku sedar
angan-angan mustahil menjadi kenyataan
hanya syurga bukan khayalan
sebuah impian dan hajat
yang ingin dikecapi dan dihuni.

"Bukan ke bagus kalau dunia ni diharumi bunga-bunga asli?Bukan ke bagus kalau bebola matahari cantik seperti guli?Sayangnya,semua tu dah berlalu Sudah tiada.Dunia ini telah diselaputi dengan bunga-bunga plastik & bangunan 'kejayaan'.Bebola matahari pun terik seolah gunung berapi membakar bumi."

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...