"S" itu...

  • Sakit-Sakit mencintaimu
  • Sanggup-Sanggup mencintaimu walau kau takkan kembali
  • Sungguh-Ingin bersungguh mencintaimu
  • Sempit-Hatiku sudah sempit untuk cinta yang lain
  • Sayang-Aku sayang padamu
  • Sangat-Aku sangat mencintai
  • Sampai-Takkan kesampaian cinta ini
  • Sedih-Terkadang terasa sedih kerana mencintaimu
  • Sinis-Aku tak memandang sinis pada perasaan ini
  • Serius-Ingin serius mencintaimu
  • Senyap-Aku senyap daripada meluahkan perasaan ini
  • Sentak-Terkadang hati ini tersentak kuat
  • Sunyi-Aku sunyi mencintaimu
  • Sendiri-Aku masih sendiri
  • Sepi-Hatiku sepi tanpa kasihmu
  • Sindir-Takkan pernah aku menyindir perasaan ini
  • Selamat-Moga hubunganmu selamat dengannya
  • Sejahtera-Engkau sejahtera di ingatan dan hatiku
  • Selamanya-Doaku ingin selamanya mencinta
  • Suka-Aku sangat menyukaimu
  • Sifar-Hasil cintaku 'sifar'
  • Samar-Jangan engkau samar dari ingatan
  • Sirna-Jangan cintaku sirna dari hati
  • Setia-Ingin setia mencintaimu
  • Sampah-Aku seolah sampah masa silam cinta kita yang dahulu
  • Sangkar-Aku kurung hatiku di dalam sangkar,biar cuma mencintaimu
  • Salah-Harap mencintaimu bukan satu kesalahan
  • Silap-Tak ingim kesilapan lalu berulang
  • Silam-Antara kita cuma watak kisah silam
  • Sulam-Telahku sulam cinta ini pada hatiku
  • Sukar-Sukar melupakanmu
  • Susah-Susah membancimu
  • Sengaja-Aku sengaja untuk tidak melupakanmu
  • Separuh-Cintaku separuh tanpa cintamu
  • Sejiwa-Kita tidak sejiwa
  • Sehati-Kita bukan sehati
  • Selalu-Aku selalu memikirkanmu
  • Sentiasa-Aku sentiasa mengingatimu
  • Siat-Terkadang hatiku terasa seolah disiat-siat
  • Sudah-Aku takkan sudah mencintaimu
  • Saat-Setiap saat aku mencintaimu
  • Satu-Biarlah cintaku satu untuk satu lelaki
  • Semua-Relaku korban hati untuk semua(engkau dan dia)
  • Siapa-Aku bukan sesiapa padamu
  • Segalanya-Engkau bukan segalanya
  • Sumpah-Risiko mencintaimu seakan sumpah
  • Seolah-Mencintaimu seolah hanya engkau untukku
  • Seakan-Merinduimu seakan cuma engkau lelaki yang layak dirindui
  • Sama-Hati ini tiada perubahan,tetap sama,tetap mencintaimu
  • Sambil-Mencintaimu sambil menanti seorang yang terbaik untuk hati ini(bukan yang lebih baik daripadamu)
  • Sengat-Hatiku pedih disengat cinta
  • Suara-Takkan terluah suara cintaku untukmu(aku menunggumu)
  • Sah-Moga Allah sahkan(memberkati) cintaku terhadapmu
  • Solat-Selesai solat,aku berdoa moga cintaku kekal untukmu
  • Syurga-Moga Allah menempatkan cintaku disyurga
  • Sana-Engkau jauh di sana(meninggalkan aku)
  • Sial-Kesakitan ini bukan kesialan mahupun kemalangan(inilah risikonya)
  • Sentuh-Cintaku tak berdaya menyentuh hatimu
  • Surat-Tak terutus lagi surat untukmu
  • Sarat-Hatiku sarat dengan satu cinta untukmu
  • Sumbat-Hatiku telah tersumbat,penuh dengan cinta untukmu
  • Sifat-Sudah sifat hatiku degil tetap mencintaimu
  • Sulit-Sulit untuk membuangmu dari hatiku
  • Sekutu-Aku,hati dan cinta adalah sekutu
  • Suluh-Duniaku gelap walau disuluh cinta yang cerah untukmu
  • Sakat-Takkan sesekali aku menyakat perasaan ini
  • Simpan-Moga Allah izinkan aku menyimpanmu di hatiku selama yang aku mahu
  • Sultan-Engkau adalah sultan(raja) di hatiku
  • Simpul-Biarku simpul hati ini dengan cinta terhadapmu
  • Sempat-Harap punya kesempatan suatu hari nant untuk meluahkan lagi perasaan ini
  • Sukat-Cintaku padamu tak tersukat
  • Sakura-Cintaku padamu menjadikanku Sakura di gurun pasir
  • Semak-Hatiku semak dengan cinta terhadapmu
  • Syaitan-Moga cintaku bukan hasutan syaitan laknatullah
  • Simpati-Jangan engkau kembali andai engkau simpati padaku dan hatiku
  • Sinar-Engkau antara sinar hidupku
  • Suci-Moga cinta ini suci di sis Allah
  • Salju-Cintaku padamu menjadikan duniaku seolah mengalami musim salju,dingin
  • Sudi-Takkan kau sudi untuk kembali
  • Seri-Engkaulah penyeri duniaku
  • Sebab-Engkau menjadi sebab untuk aku tidak mencintai yang lain
  • Sahaja-Jelas cintaku padamu bukan cinta yang bersahaja
  • Sederhana-Sederhanakah cintaku??
  • Silang-'Silang pangkah' menjadi jurang antara kita(tiada jodoh)
  • Sokong-Aku menyokong cintamu bersamanya
  • Sahih-Adalah sahih hatimu miliknya
  • Saling-Kita tak saling memiliki
  • Sering-Aku sering merinduimu
  • Suntuk-Moga waktu tak suntuk untuk mencintaimu(dipanjangkan umur)
  • Surut-Harap cintaku padamu takkan surut(pudar)
  • Sisip-Biarkan aku sisipkan kau pada hati ini
  • Serik-Aku tak serik mencintaimu
  • Seram-Keperitan ini bukan mimpi seram bagiku
  • Suram-Duniaku seram tanpa hadirnya dirimu
  • Sisi-Aku redha kau di sisinya
  • Suruh-Tak ku suruh(memaksa) kau mencintaiku
  • Suntik-Aku masih mampu bertahan dengan kesakitan ini,seakan terkena suntikan tanpa ubat penenang
  • Sihat-Aku masih sihat untuk mencintaimu(tak apa-apa)
  • Sergah-Kesakitan sentiasa menyergah hatiku
  • Seksa-Seksaan inilah risiko mencintaimu
  • Sepakat-Aku dan hati ini sepakat untuk mencintaimu selama mahunya kami
  • Seiring-Hatiku dan hatimu tak seiring
  • Sehaluan-Cinta kita tak sehaluan(cintamu untuknya,cintaku untukmu)
  • S******(kekasihmu)-Moga S****** dikurniakan kebahgiaan di dunia dan di akhirat
  • S*****(dirimu)-Mencintaimu selalu S*****,sejahtera...
  • Sini-Aku tetap di sini merindui,menyayangi,mencintai dan menantimu.

BERHARAP TINGGI

Awak.Saya selalu berharap awak akan tegur saya di 'chatbox' bila kita sama-sama kebetulan 'online'.Tapi awak tak tegur pun sejak awak tau yang 'Ain Syakira' tu adalah saya.Saya rasa awak layan saya dengan dingin.

Tiba-tiba hari tu 'chatbox' awak timbul.Ting!Saya suka sangat.Gembira abizzz!!Saya jawab 'hai' awak.Then,tiba-tiba...."hai,awak!ni saya lar.Mesti awak ingat ni dia."Hancurnya hati saya.Remuk abizzzz!!Dunia yang indah sebentar tadi gelap dalam sekelip mata.Kekasih awak rupanya.Hahaha....saya tertipu.

Saya layan dia macam biasa.Kami kan kawan.Tapi...pada masa yang sama,saya menangis depan komputer.Betapa hampa dan kecewanya saya.Saya tak dapat tahan sakit di dada sampai saya terduling-guling atas tilam.Saya menangis sambil ketawa.Bodohnya saya!Saya ingatkan saya dah tak kisah pasal awak tak tegur saya,tapi rupanya tak.Awak...sakitnya hati saya!

Saya seorang yang susah untuk menangis.Tapi menyedari,dan jelas kalau awak takkan tegur saya hakikatnya,itu sangat menyakitkan!Menyeksakan!Awak.Saya menangis sorang-sorang dalam bilik.Saya perlukan kekuatan.Saya perlukan awak.Tapi awak tak ada.Dan takkan pernah ada untuk saya.Saya minta kekuatan daripada Allah.Alhamdulillah...tak lama tu,saya dah ok.Airmata saya dah tak mengalir tapi hati saya perit sangat!!

Awak.Saya rindukan awak.Sangat rindu.Saya cintakan awak walaupun dah lama kita berpisah.Saya masih cintakan.Sangat cinta!Sampai hati saya susah untuk menyukai lelaki lain.Awak.....andai saja awak tahu segalanya.dan saya juga mampu mengatakan semuanya.Tapi tak apalah.....Biar saya begini....diam,bisu...mencintai awk.

                          KETAHUILAH!AKU SANGAT MENCINTAIMU,SAYANG!!

PERAIRAN BERDARAH

Pendam dan pendam...
Lalu tenggelam...
Lemas ke dasar...
Kemudian dihanyutkan arus
yang mendera...
Terumbang-ambing di perairan
Terkapai-kapai tak kesudahan

Berturut-turut hati dilukai
Dilibas ombak yang liar
Disambar petir yang menusuk ke dasar
Kejamnya....
Atas apa yang terjadi pada hati ini
Kasihan....

Kasihan?
Siapa yang mahu mengasihani?
tersenyum nangis...
Sinis aku menanggung keperitan ini...
Kesusahan ini...
Kepayahan ini...
Bagai duyung tiada lagi ekornya
Kasihan...
Tidak juga mati...

Hati ini terus disakiti
Terus terasa sepi...
sunyi sendiri...
Tetap begini...

SERU BUAT HATI

Aku ingin bertahan lebih lama
Aku ingin mencinta lebih lama
Aku ingin menyayangi lebih lama

Wahai,hati...
betahlah dengan perasaab ini
tegarlah mencintai
sangguplah menyayangi
kekallah merindui
untuk lebih lama lagi

Wahai,hati...
Marilah kita tangisi perasaan ini
Ayuhlah kita meratapi cinta ini
Sama-samalah kita melalui semua ini
Walau sedingin apa sekalipun

Wahai,hati...
Marilah kita sisipkan dia di sisi kita
Hiaskan takhta mahkota cinta
Seolah kita yakin dia akan kembali

Wahai,hati...
Yang Maha Kuasa itu ada
Dia pemutar masa kita
Tanpa kasih dan cintaNya
Takkan kita masih bernyawa
bersama perasaan ini
sehingga kini
Dialah Yang Maha Memberi keajaiban!

Wahai,hati...
Sama-samalah kita mengharungi
Cinta yang yang tak bernoktah ini
Biarpun jalan ceritanya tidak berubah
Biarlah kita meneruskannya
Sungguhpun berdarah...
Setialah mencintai dia
Semahu kita
Ingin selamanya....

SELAMANYA...

LEMAH

Sempurnanya dirimu...
tidak pernah membuatku menangis
tidak pernah membiarkan embun mata ini
menitis kehampaan
Cela pula dirimu...
tidak pernah ingin peduli perasaan ini
membiarkan hati ini merintih sendirian

Engkau tahu akan hati ini!!
Engkau kenali diri ini!!
Namun engkau tetap pergi
berpura-pura tidak mengerti

Sempurnanya dirimu...
membuat aku jatuh cinta padamu
membuat aku merinduimu selalu
membuat aku menyayangimu terlalu
membuat aku berfantasi dalam beradu
Cela pula dirimu...
membuat hatiku mati mencintaimu
membuat hatiku sepi merinduimu
membuat hatiku sunyi menyayangimu
membuat duniaku kelam dalam mimpi-mimpi itu

Jelas kini aku menagih simpati!
kerana aku akur kelemahan diri
dan aku akui nazaknya hati ini
Harapan demi harapan...
semakin bergunungan...
tapi engkau semakin berjauhan
membuntuti aku tanpa kasihan
tidak menoleh walau sekilas

Cukup mendera!
tidak mendapat balasan perasaan
libasan maut yang aku perolehi
setipa siat kelopak hati yang berdarah
itu cuma menangisi namamu
Saat ini...
kebahagiaan tidak terasa
melainkan keperitan yang terus mencelakai
hati yang lara merana terseksa!!

KERANA KEDAYUSAN

Inginku luahkan...
tidak terlafaz...
Inginku ucapkan...
tidak terkata...
Inginku suarakan..
tidak mampu berbicara...

Apa yang inginku luahkan?
hanya satu...
aku mencintaimu...
Apa yang inginku ucapkan?
cuma itu...
aku mencintaimu...
Apa yang inginku suarakan?
tetap itu...
aku mencintaimu...

Hanya sebuah ayat yang ringkas 
cuma dua perkataan yang mudah
mengapa terlalu sukar?!
mengapa terlalu susah??!!
dayusnya aku!!!
atas alasan apa aku begini?!
takut kahilangan dia lagi??!!
satu alasan bodoh!!!

Jujurku katakan...
aku tidak puas begini!
mencinta dalam sepi
dan kesunyian yang tak tertapis
tak terhakis...
malangnya lagi...
hati pula yang semakin tergores
terhiris nipis...
lalu air mata menitis sinis...

DIRI YANG MENYEDIHKAN


Hah....
keluhan yang sia-sia...
titik peluh yang tidak pernah mahu mengering
sepertimana aku tidak pernah berpaling
sangkaku garisan permulaan telah jauh ketinggalan
rupanya tidak....
aku berlari mengejar dia
diiringi pula arus cinta yang mendera
namun aku tetap terus mengejarnya
seolah perlarian ini semakin menjalar
hakikatnya...
aku tidak berganjak dari tempat yang sama
aku terlalu takut mengejarnya
sepertimana aku gerun menjejak ke garisan mula
nyatanya...
aku cuma berlari
di tempat yang sama
sejak dia pergi
sejak aku mula merindui
aku cuma berlari dalam angan-angan mati
aku bukan mengejarnya
mahupun bayang-bayangnya
aku cuma berlari
mengejar dalam bayangan
kasihan...
diri ini sangat menyedihkan
sangat melucukan....
aku mudah diperbodoh hati ini
aku hanya mampu terketawa nangis
esakan ketawa yang tidak keruan

HAHAHA!! (hu...hu..hu)
~sedih dalam kebisuan~ 

MASAM

Bagaimana mampuku ungkapkan perasaan ini?
yang adakala riang,
namun disaduri kemuraman
rasa bahagia dan syukur yang tak terkata
sepertimana bisunya air mata lara
adakala terasa jujur....
adakala terasa penuh kepura-puraan....
seolah jasad dan roh tidak sehaluan
akal dan hati saling berbahas

Aku hanya mampu tersenyum sedih
perasaan ini bercampur baur
ada manis diadunkan pula dengan pahit
masam?
itukah rasanya??
yang adakala membuat kita terasa pahit
dan manis kemudiannya....

Masam?
rasa yang tiak digemari
begitu juga aku...
akan tetapi....
andai inilah gambarannya perasaanku?
ku terima semasam apapun ia
kerana aku tahu...
kemanisan masih terselindung di sebalik
rasa masam itu... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...