"S" itu...

  • Sakit-Sakit mencintaimu
  • Sanggup-Sanggup mencintaimu walau kau takkan kembali
  • Sungguh-Ingin bersungguh mencintaimu
  • Sempit-Hatiku sudah sempit untuk cinta yang lain
  • Sayang-Aku sayang padamu
  • Sangat-Aku sangat mencintai
  • Sampai-Takkan kesampaian cinta ini
  • Sedih-Terkadang terasa sedih kerana mencintaimu
  • Sinis-Aku tak memandang sinis pada perasaan ini
  • Serius-Ingin serius mencintaimu
  • Senyap-Aku senyap daripada meluahkan perasaan ini
  • Sentak-Terkadang hati ini tersentak kuat
  • Sunyi-Aku sunyi mencintaimu
  • Sendiri-Aku masih sendiri
  • Sepi-Hatiku sepi tanpa kasihmu
  • Sindir-Takkan pernah aku menyindir perasaan ini
  • Selamat-Moga hubunganmu selamat dengannya
  • Sejahtera-Engkau sejahtera di ingatan dan hatiku
  • Selamanya-Doaku ingin selamanya mencinta
  • Suka-Aku sangat menyukaimu
  • Sifar-Hasil cintaku 'sifar'
  • Samar-Jangan engkau samar dari ingatan
  • Sirna-Jangan cintaku sirna dari hati
  • Setia-Ingin setia mencintaimu
  • Sampah-Aku seolah sampah masa silam cinta kita yang dahulu
  • Sangkar-Aku kurung hatiku di dalam sangkar,biar cuma mencintaimu
  • Salah-Harap mencintaimu bukan satu kesalahan
  • Silap-Tak ingim kesilapan lalu berulang
  • Silam-Antara kita cuma watak kisah silam
  • Sulam-Telahku sulam cinta ini pada hatiku
  • Sukar-Sukar melupakanmu
  • Susah-Susah membancimu
  • Sengaja-Aku sengaja untuk tidak melupakanmu
  • Separuh-Cintaku separuh tanpa cintamu
  • Sejiwa-Kita tidak sejiwa
  • Sehati-Kita bukan sehati
  • Selalu-Aku selalu memikirkanmu
  • Sentiasa-Aku sentiasa mengingatimu
  • Siat-Terkadang hatiku terasa seolah disiat-siat
  • Sudah-Aku takkan sudah mencintaimu
  • Saat-Setiap saat aku mencintaimu
  • Satu-Biarlah cintaku satu untuk satu lelaki
  • Semua-Relaku korban hati untuk semua(engkau dan dia)
  • Siapa-Aku bukan sesiapa padamu
  • Segalanya-Engkau bukan segalanya
  • Sumpah-Risiko mencintaimu seakan sumpah
  • Seolah-Mencintaimu seolah hanya engkau untukku
  • Seakan-Merinduimu seakan cuma engkau lelaki yang layak dirindui
  • Sama-Hati ini tiada perubahan,tetap sama,tetap mencintaimu
  • Sambil-Mencintaimu sambil menanti seorang yang terbaik untuk hati ini(bukan yang lebih baik daripadamu)
  • Sengat-Hatiku pedih disengat cinta
  • Suara-Takkan terluah suara cintaku untukmu(aku menunggumu)
  • Sah-Moga Allah sahkan(memberkati) cintaku terhadapmu
  • Solat-Selesai solat,aku berdoa moga cintaku kekal untukmu
  • Syurga-Moga Allah menempatkan cintaku disyurga
  • Sana-Engkau jauh di sana(meninggalkan aku)
  • Sial-Kesakitan ini bukan kesialan mahupun kemalangan(inilah risikonya)
  • Sentuh-Cintaku tak berdaya menyentuh hatimu
  • Surat-Tak terutus lagi surat untukmu
  • Sarat-Hatiku sarat dengan satu cinta untukmu
  • Sumbat-Hatiku telah tersumbat,penuh dengan cinta untukmu
  • Sifat-Sudah sifat hatiku degil tetap mencintaimu
  • Sulit-Sulit untuk membuangmu dari hatiku
  • Sekutu-Aku,hati dan cinta adalah sekutu
  • Suluh-Duniaku gelap walau disuluh cinta yang cerah untukmu
  • Sakat-Takkan sesekali aku menyakat perasaan ini
  • Simpan-Moga Allah izinkan aku menyimpanmu di hatiku selama yang aku mahu
  • Sultan-Engkau adalah sultan(raja) di hatiku
  • Simpul-Biarku simpul hati ini dengan cinta terhadapmu
  • Sempat-Harap punya kesempatan suatu hari nant untuk meluahkan lagi perasaan ini
  • Sukat-Cintaku padamu tak tersukat
  • Sakura-Cintaku padamu menjadikanku Sakura di gurun pasir
  • Semak-Hatiku semak dengan cinta terhadapmu
  • Syaitan-Moga cintaku bukan hasutan syaitan laknatullah
  • Simpati-Jangan engkau kembali andai engkau simpati padaku dan hatiku
  • Sinar-Engkau antara sinar hidupku
  • Suci-Moga cinta ini suci di sis Allah
  • Salju-Cintaku padamu menjadikan duniaku seolah mengalami musim salju,dingin
  • Sudi-Takkan kau sudi untuk kembali
  • Seri-Engkaulah penyeri duniaku
  • Sebab-Engkau menjadi sebab untuk aku tidak mencintai yang lain
  • Sahaja-Jelas cintaku padamu bukan cinta yang bersahaja
  • Sederhana-Sederhanakah cintaku??
  • Silang-'Silang pangkah' menjadi jurang antara kita(tiada jodoh)
  • Sokong-Aku menyokong cintamu bersamanya
  • Sahih-Adalah sahih hatimu miliknya
  • Saling-Kita tak saling memiliki
  • Sering-Aku sering merinduimu
  • Suntuk-Moga waktu tak suntuk untuk mencintaimu(dipanjangkan umur)
  • Surut-Harap cintaku padamu takkan surut(pudar)
  • Sisip-Biarkan aku sisipkan kau pada hati ini
  • Serik-Aku tak serik mencintaimu
  • Seram-Keperitan ini bukan mimpi seram bagiku
  • Suram-Duniaku seram tanpa hadirnya dirimu
  • Sisi-Aku redha kau di sisinya
  • Suruh-Tak ku suruh(memaksa) kau mencintaiku
  • Suntik-Aku masih mampu bertahan dengan kesakitan ini,seakan terkena suntikan tanpa ubat penenang
  • Sihat-Aku masih sihat untuk mencintaimu(tak apa-apa)
  • Sergah-Kesakitan sentiasa menyergah hatiku
  • Seksa-Seksaan inilah risiko mencintaimu
  • Sepakat-Aku dan hati ini sepakat untuk mencintaimu selama mahunya kami
  • Seiring-Hatiku dan hatimu tak seiring
  • Sehaluan-Cinta kita tak sehaluan(cintamu untuknya,cintaku untukmu)
  • S******(kekasihmu)-Moga S****** dikurniakan kebahgiaan di dunia dan di akhirat
  • S*****(dirimu)-Mencintaimu selalu S*****,sejahtera...
  • Sini-Aku tetap di sini merindui,menyayangi,mencintai dan menantimu.

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...