HAMBA CINTA

Saya baru sedar.Merenungkan....yang saya pernah menjadi hamba cinta.Ah!Kesian betul.Tak sangka saya boleh sesat dalam cinta.Teruknya!Saya kata saya mengaguminya.
Kagum degan keindahan dan kehebatannya.Yes,I am!Tapi tak sedar pula saya terlalu memujanya sampai saya memperhambakan hati dan maruah saya.Saya pernah hampir menyukai kawan sejenis.Waktu itulah saya sedang memperhambakan diri saya.Tapi saya tetap cuba melawan.Cinta itu bukan raja untuk saya tunduk padanya.Bukan tuan untuk saya menjadi anjingnya.Cinta itu kepunyaan saya.Milik saya.Saya adalah tuannya.Cinta tak boleh melangkah takhta saya.Alhamdulillah..dosa itu tidak berlaku.Saya pun tak terlanjur habis.Kawan saya tak tahu saya pernah menyukainya.Agak-agak kalau saya beritahu padanya,mungkin dia faham yang dia patut menjauhkan diri dari saya.Tapi...saya takut kehilangan kawan.Saya sangat perlukan kawan.




Tapi sekarang,kami dah tak berapa rapat.Dia sekolah lain.Saya sekolah lain.Kalau terserempak dengan dia,rasa berdebar dan ego seperti lelaki tu dah tak ada.Tapi saya tetap waspada terhadap diri saya sendiri.Fahami kalau menyukai kawan sejenis itu adalah dosa.Menyayangi dan mencintainya seakan kekasih,itu adalah dosa.Saat berpegang tangan dengannya,dan diri mula berbangga seakan ego seorang lelaki,itu adalah dosa.Saya perlu dan wajib  fahamkan dan terapkan itu dalam hati dan minda saya.Kawan perempuan menjadi kekasih kepada diri seorang perempuan,itu adalah dosa.






Mungkin saya patut letakan Cinta di bawah tapak kaki saya.Bukan di hati saya.Biar ia dipijak dan diinjak.Saya rela.Saya takkan menjadi hambanya lagi.It's disgusting !

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...