MAHUNYA AKU


Aku mahu memadamkan kepahitan silam,
Hilangkan pahit itu dan sadurkannya dengan kemanisan kenangan,

Aku mahu menitik noktahkan sebuah cerita,
Memulakan pendahuluan yang baru di buku yang baru,

Aku mahu membasuh luka memulih cela,
Mahu menggantikan hati merah yang segar warnanya,

Aku mahu menginjak tanah dan hakikat,
Menghapus angan-angan yang sekadar menjunam,

Aku mahu menjadi yang bahagia dan gembira,
Bukan sedih melara sepanjang usia,

Aku mahu berimpian indah belaka,
Bukan fantasi yang asyik menggores luka,

Aku mahu miliki sebenarnya cinta,
Bukan dimiliki cinta yang konon benar nampaknya,

Aku mahu kental indah berjiwa,
Bukan terjelupuk jatuh ditimpa hampa,

Aku mahu terus berbahagia,
Bukan mencari bahaya yang sia-sia,

Aku mahu berhenti mencintai dia,
Itu bukan sekadar hanya kata,

Aku mahu melenyapkannya bersama luka,
Itu adalah madah berbahasa sasa,

Aku mahu menghumbannya bersama duka,
Biar mati ditelan masa,
Luput ditimpa bahagia.

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...