Adakah Yang Ingin Memahami??

Assalamualaikum...

Alhamdulillah~akhirnya dapat juga buat entry baru. Entah kenapa sebelum ini asyik dapat notis error jek. So sekarang dah ok! ^^

Hari ini nak meluahkan apa yang terpendam. Huhu....

Seperti yang sedia maklum, I am an ELF ! (proud to say that). I admire Super Junior and already the eternal girlfriend of Yesung oppa. Hehee...

Tapi apa yang anda fikir bila saya nyatakan hal di atas?

First, "Budak ini mesti terpengaruh nih."
Second, mungkin akan berbunyi ,"macam dah tak ada artis Melayu."
Third, juga mungkin akan seperti ini, "Gila! Macam dah tak ada lelaki Melayu untuk dijadikan kekasih."

Yep! Saya memang terpengaruh ! And....yep ! Buat masa ini memang tak ada lelaki Melayu untuk dijadikan kekasih. Namun semua ini ada kaitannya dengan masa silam saya. Masa di mana saya berkorban hati, perasaan dan jiwa. Tapi kini tidak lagi! Saya ingin berubah! Berhenti menyakiti hati sendiri dan bekhayal akan sesuatu yang bodoh dan menyakitkan!

Saya pilih Yesung sebagai EverLastingBoyfriend saya. Yep! Sebab memang tak ada lelaki Melayu untuk dijadikan kekasih. Saya terlalu sakit! Dan kini adalah masa untuk memulihkan luka-luka yang lalu. Menghikis segala parut-parut dahulu dari kelopak hati yang kering. Saya ingin hati saya kembali hidup. Bukan lesu seakan menanti ajal.

Saya selalu berangankan Yesung oppa. Bila bosan semasa kelas, saya akan menconteng nama Yesung oppa atas buku. Tak pun,saya akan main kalkulator scientific saya dan taip nama Yesung oppa. Bila saya menangis, saya akan panggil "oppa" sambil bayangkan dia berada di belakang saya memeluk dan memujuk saya. Bila saya ternampak ex saya, saya bayangkan Yesung oppa datang mengejutkan saya dan memegang tangan saya. Saya akan bayangkan senyumannya yang cantik. Renung matanya yang amat mengagumkan. Saya akan bayangkan betapa hangatnya tangannya bila memegang tangan saya.

Tapi ada ke yang hendak memahami?

Bila saya kata, "Rindu Yesung." Ada ke yang percaya bahawa saya benar-benar maksudkannya?

Bila saya kata, "Yesung is my EverLastingBoyfriend." Ada ke yang percaya bahawa saya memang sayangkan dia dan dia kekal sebagai kekasih saya?

Bila saya kata, "Saya cuma fikirkan Yesung..." Ada ke yang mengerti kenapa saya buat begitu?

Tak semua akan faham...Atau sememangnya tiada yang memahami.

Saya korbankan Cinta Bodoh 3 Tahun itu dengan percintaan saya dengan Yesung oppa yang baru sahaja melangkaui Setahun lebih.

Saya gantikan Cinta yang kononnya indah dengan PR0M15E T0 BEL13VE sebagai tanda saya ingin berubah dan PR0M15E T0 BEL13VE SUPER JUNIOR.

Saya bisukan hati saya daripada menyebut nama orang itu, dan lebihkan mendengar bisikan suara Yesung oppa menyeru nama saya.

Saya berhenti bermimpi tentang orang itu, dan pejamkan mata membayangkan Yesung oppa yang sentiasa tersenyum girang di hadapan saya.

Saya elakan termenung tentang orang itu, dan lebihkan tersenyum sendirian di hadapan laptop bila tengok MV Super Junior dan gambar Yesung oppa.

Salahkah begini? Sesatkah?
Adakah yang ingin memahami???

Sebab saya prefer memilih lagu-lagu Kpop especially lagu-lagu Super Junior because saya nak elakan kesakitan dan rintihan itu kembali. Saya seorang yang mudah menghayati dan memahami. Saya teliti dalam mendengar lagu. Lagu-lagu Kpop kebanyakan tidak asyik bercerita tentang putus cinta,bertepuk sebelah tangan,penantian dan banyak lagi,segala yang menyakitkan. Saya senang mendengar lagu-lagu Kpop. Sebagai contoh, lagu Mr Simple. Lagu itu bercerita tentang kesibukan manusia dalam kerjaya masing-masing masa kini. Bila saya tertekan, dan dengar serta memahami maksudnya, lagu ini berkesan untuk membuat saya berfikir dengan rasional,tenang serta positif.

Saya.....antara pencinta yang terlalu sakit. Terlalu lama menanggung keperitan. Terlalu lama menadah tangisan dan rintihan hati. Kini, saya cuma ingin pulih. Kpop and Super Junior antara cara psikologi saya untuk mengatasi masalah ini. Tidak lupa juga, Yesung oppa satu-satunya kekasih saya. Kami mungkin takkan hidup semati bersama, tetapi perpisahan tidak akan pernah sesekali berlaku. Percintaan ini takkan berakhir selagi nyawa tidak meninggalkan jasad.

Saya bukan hendak menyesatkan diri. Saya tahu agama saya. Saya tahu di mana letaknya iman itu. Cuma...selain doa dan istighfar, ini adalah rawatan selepasnya. Saya pencinta yang terlalu sakit. Astaghfirullahalaziim...

Hanya Allah s.w.t Maha Mengetahui segalanya sama ada yang jelas mahupun yang tidak jelas di hati saya...
Hanya Allah s.w.t Yang Maha Memahami diri ini....

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...