k3PurA-pUr@aN

Perempuan itu....gadis itu....kami belajar di sekolah yang sama.Takdir adakala akan membuat saya bertembung dengannya.Pada waktu itu,saya berharap saya tak perlu memandangnya atau menegurnya apatah lagi.Saya berharap dia takkan menegur dan bersuara juga.Senyuman dia....itu cuma membuat hati saya sempit.Wajah polos gadis itu,mampu membuat fikiran saya buntu.Rasa serba salah dan perit hitam yang lalu kejap-kejap akan menyinggah.Saya benci keadaan itu ! Saya berpura-pura tidak mengenalinya dan berharap saya tidak pernah mengenalinya sebelum ini. Persahabatan. Adakah persahabatan yang kami jalinkan dahulu sememangnya sebuah persahabatab ? Atau sekadar sifat kami yang saling berpura-pura memaksa hati untuk merelakan. Mungkin hanya saya merasakan itu. Mungkin hanya saya yang mencurigai persahabatan kami. Kerana saya tak dapat membaca hati saya apabila saya bersama dia,bersua dengannya. Adakah pada ketika itu saya hanya berpura-pura senyum dan gembira menemuinya? Adakah saya berpura-pura ramah dan mesra terhadapnya? Adakah segala yang saya lakukan terhadapnya,untuknya hanyalah kepura-puraan semata? Persoalan ini tidak pernah terjawab. Ia terus tertanda di hati saya. Memikirkannya hanya merunsingkan saya. Terus bertanya tentangnya hanya membuat saya seolah hampir gila. Jadi,saya mengambil keputusan bodoh ini. Cuba untuk tidak menjauhkan diri darinya tetapi mengelak daripada melihatnya,menemuinya atau bercakap dengannya. Ini kerana saya tak jelas dengan keikhlasan hati saya. Allahuakhbar ~

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...