MuTiAr@ kATa SasT3RaW@n NeGarA

Saya merupakan librarian di sekolah. Saya akan bertugas pada setiap hari Jumaat sahaja. Pada hari khamisa yang lalu, selepas kelas tambahan, saya tidak pulang ke rumah dan melepak di library bersama Farrah dan Aznie di mana pada hari tersebut adalah hari mereka bertugas sebagai librarian. Di library, saya mencari buku-buku bergenre kesusasteraan kerana saya sangat berminat pada karya-karya puisi dan penulisan. Saya menemui dua buah buku yang menarik, iaitu Mutiara Kata Sasterawan Negara dan buku Himpunan Rindu. Seperti biasa, saya akan menyalin bait-bait kata atau puisi yang menarik hati saya. Ini ialah antara bait-bait kata  dari Mutiara Kata Sasterawan Negara yang menarik hati saya ;

"Cinta hanyalah sekali dan yang sekali itu tidak akan dapat dikikis-kikis dari jiwa manusia
selagi hayat dikandung badan."

"Cinta itu adalah barang suci, bukan benda buatan atau hawa nafsu yang boleh dipermain-mainkan, ditukar atau dinilai dengan harga emas kekayaan atau bangsa ketuanan."

"Untuk mencapai sesuatu kita berjuang dan kita berjuang juga
untuk mengekalkan barang yang tercapai itu."

"Tiap-tiap perjuangan mesti menghendaki pengorbanan."

"Sekali hati telah terpatah, alamat semua perjuangan akan gelap dan cita-cita pun patah setengah jalan."

"Rezeki adalah di tangan Tuhan, tetapi budi dan kehormatan diri tidaklah boleh dijual beli atau ditimbang terima."

"Rindu sebenarnya menjadi baja bagi pohon cinta yang baru tumbuh."

"Kejahatan itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu yang kering."

"Perhitungan hanya berpusat kepada kebenaran."

"Cinta sebenarnya bukan perkara yang mesti diperkatakan.
Tetapi mesti dirasai dan dinikmati."

"Erti sabar itu ialah menerima macam-macam cubaan,
tetapi tidak mengalah kepada kemungkaran atau kejahatan."

"Kasih sayang tumbuh pada hati mana pun juga,
tidak memilih yang muda atau yang tua."

"Kesakitan hanya ujian hidup."

"Setiap perjalanan dan peristiwa telah ditetapkan oleh Allah untuk sesuatu yang lebih manfaat."

"Pengorbanan tanpa kesakitan bukan pengorbanan namanya."

"Hati wajib dibersih dan dijaga kerana hatilah markas semua gerakan kita."

"Ringgit dan kuasa boleh bertakhta mencairkan hati dan cinta."

"Jiwa kita dipengaruhi oleh fikiran kita.
Jiwa kita berubah apabila fikiran kita berubah."

"Penderitaan menjadi guru yang paling mujarab mengajar manusia untuk sedar dan berusaha."

"Jangan dilihat apa yang tiada,
lihatlah apa yang masih ada."

"Manusia...selalu belajar daripada bencana."

"Dunia ini luas bagi mereka yang bercinta."

"Sesuatu nikmat hidup itu akan hanya lebih besar ertinya sesudah sesuatu kepahitan."

"Cinta tidak pernah ada usia."

"Wanita menjadi dewasa kerana cinta,
sementara lelaki menjadi remaja kerananya."

"Cinta memang sesuatu yang biasa dan universal,
tetapi cinta juga sebenarnya sesuatu yang luar biasa dan terlalu peribadi."

"Cinta itu satu duka dan bahagia yang tidak terhurai,
'satu penerimaan dan penolakan yang ganjil'."

"Merindukan kesepian adalah satu kehausan yang nikmat....
nikmat dalam kesepian,kita damai dengan diri kita sendiri."

"Cintamu kepada manusia mempermainkan cintamu kepada Allah.
Cintamu kepada semesta, mencerminkan bagaimana kau mengasihi bukti nyata adanya Allah."

"Anak berayah
rakyat bernegeri
itulah cara yang ada."

"Derita yang dijeritkan tanpa suara ialah bahasa ternyaring bangsa kita."

"Penantian melonglaikan gerak waktu di detik antara siang dan malam."

"Semuanya hadir pada tempatnya
Semuanya berlaku pada waktunya."

"Sastera lebih hidup dari kehidupan
Gagasan lebih tahan dari kenyataan."

"Yang paling hodoh juga punya kekasih,
yang paling disayangi pun punya musuhnya."

"Fitnah ialah racun yang memusnahkan."


Okeyh ! Sampai sini ja ok. Nanti kalau ada masa dan nyawa yang panjang, ELFarahin post pula puisi-puisi indah yang ELFarahin jumpa dalam buku Himpunan Rindu. Terbaek beb ! Huhu... Assalamualaikum. Bye~

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...