sU@Ra HaTi

Assalamualaikum...
Annyeonghasaeyo !

Di library sekolah, saya berkenan dengan sebuah novel remaja ni. Tajuknya 'Suara Hati' ditulis oleh Nazira Mohd Noor. Saya tak baca pun novel tu. Tapi bila saya selak dan tengok-tengok di dalamnya, terdapat banyak seni kata yang menarik. Jadi, saya salin seni kata yang menarik itu. Antaranya....

"Keikhlasan yang sering diharapkan seringkali menghadiahkan keputusan yang bijaksana.
Pupuklah ia dalam kehidupan untuk kecemerlangan yang berpanjangan."

"Kejujuran dalam membuat keputusan adalah ketulusan yang tersembunyi dalam diam."

"Hakikat adalah suatu kepastian yang tiada berkecuali.
Terimalah ia dengan tenang kerana di sebalik ketenangan pasti ketemu kebahagiaan."

"Kematian bukan pengakhiran kerana di akhirat hukum pengadilan bakal menyaksikan
siapa yang kalah, siapa yang menang.Insafilah!"

"Kebahagiaan bukan berpanjangan & penderitaan juga bukan abadi.
Kawal perasaan & kendalilkan kewajaran untuk mewarna kehidupan yang bergelombang."

"Gerak hati yang memuncak sering mengelirukan perasaan yang terundang.
Kewajaran mengatasi segala rintangan & desakan nafsu."

"Kesengsaraan & penderitaan adalah rencah sebuah kehidupan.
Tanpa sengsara & derita kita pasti tidak mengenali kenikmatan yang tergaris dalam kamus kehidupan."

"Kenangan adalah sebuah ilham.
Sedangkan kelukaan sebuah kematangan.
Kenyataan sebuah pengajaran yang sukar didefinisikan."

Terdapat juga dua buah puisi terselit dalam novel tersebut.
Iaitu...

"Perpisahan
adalah duri yang menyucuk perasaan
adalah kaca yang hancur berselerakan
adalah racun yang amat menyakitkan
adalah samudera yang ganasa bergelombang

Perpisahan
aku terpau di dada kenangan
teragak-agak untuk meniti perjalanan
menuju ke alam kedewasaan
mengorak langkah mengharung kabus
mewarnakan nostalgia yang kian terutus

Perpisahan
selamat bertemu di medan pertarungan
perjuangan sebuah harapan
yang menuntut kecekalan dan kesabaran."

"Sebuah puisi hari ini
adalah penawar tusukan duri-duri
yang merembat nurani
membiarkan jiwa sepi merintih tak henti
lalu kelukaan menjelmakan api
membakar sebuah keheningan malam
hati kian tenggelam

Karam dalam lautan perasaan
lemas dalam sanubari kontang
menjelmakan kepedihan yang sering
menikam...
Sebuah puisi hari ini
sunyi dari keriuhan dan keriangan
terlakar pada kegundahan berpanjangan."




Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...