Senja Yang Luka


I
Suatu senja
tujuh musim berarak
dalam kepedihan rasa
sekuntum mawar gugur
ke ribaan
lalu menyapa daku
dalam kasih
mengelus-ngelus hatiku
dalam setia.

Lewat senja tujuh musin berarak
surat birumu
surat biruku
sedang bercanda
melunak noda bicara
mengusap tawariangmu
seindah rasa
mengusik rajuk hibamu
dalam rindu.

II
Senja-senja lewat
mawarmu layu di pangkuan
(entah engapa, entah kenapa !)
lalu surat birumu carik
membalut senja nan luka
tinggallah sebuah kenangan !

III
Suatu senja
tujuh musim berarak
dalam mimpiku
kau menyapa daku
dan mawar di wajahmu
segar
kemilau embun pagi
melupa senja nan luka.

Dalam senja-senja begini
tak siapa tau
tak siapa akan tau
mawarku pernah gugur
longlai dan kering
tiba-tiba, ya tiba-tiba
kembali kembang
seperti ia tidak akan layu-layu
di ribaku....

Kuala Lumpur,
2 Mei 1972.

Via : Keindahan Yang Hilang- Shamsuddin Jaafar

Keindahan Yang Hilang

Assalamualaikum...

Hari ini hari Jumaat kan? Yup ! Ada Naruto Shippuden di TV3kids tadi !! Hahahaha...tapi bukan itu yang hendak dihebohkan. So, hari ini hari Jumaat. Hari saya bertugas di school library. Well~ sempat jugalah godeh-godeh buku-buku Sastera Melayu yang ada di sana. Finaly , jumpalah sebuah buku ini bertajuk 'Keindahan Yang Hilang' oleh Shamsuddin Jaafar. As usual , alah~ macam tak kenal pula tabiat Farahin ini....kita salin puisi yang berkenan di hati !! So, antara puisi yang saya salin bertajuk 'Senja Yang Luka', 'Rindu' dan 'Embun'. Nanti saya post ya ! Wait ! Huhu...

Naluri Saya ~~


Assalamualaikum...

Anda tahu tak bagaimana rasanya bila diri sendiri benar-benar kehilangan iman? Anda akan rasa teruk. Anda rasa anda ingin melakukan sesuatu yang buruk yang boleh dikira paling terburuk sepanjangg hidup anda. Itulah yang sedang saya rasakan kini. Ada dua orang budak lelaki asing main badminton di hadapan rumah saya tadi. Saya tak nampak muka mereka sebab saya rabun tambahan tak bercermin mata. Tahu tak apa yang bermain di fikiran saya? Hanya satu perkataan, satu identiti, satu personaliti terlintas di fikiran saya. Pengkid.

Honestly, sometimes saya akan merasakan naluri yang bercanggah itu. Bukan bermaksud saya jatuh cinta dengan rakan sejenis tetapi saya asyik membayangkan kalau diri saya ini seorang lelaki. Bersifat lelaki. Berperasaan, bernaluri dan berjiwa lelaki. WHAT THE SHIT !!! Saya tak minta untuk jadi seperti ini. Tetapi bisikan syaitan itu sentiasa ada. Hasutan itu sentiasa menggalak. Dan saya.....seorang diri ini cuba melawannya. Saya tak mampu berkongsi cerita dengan apa yang saya rasa ini dengan kawan-kawan. Sebab saya takut kehilangan mereka. Persahabatan sangat berharga bagi saya. Saya takut mereka tak nak kawan dengan saya lagi. Tambahan, siapa yang mahu dipandang serong, jijik lagi hina. Saya tak mahu semua itu berlaku pada diri saya. Saya tak mampu nak berterus-terang dan bercerita dengan lebih lanjut dan jelas tentang masalah peribadi, personaliti dan identiti saya ini. Saya malu. Saya takut. Apa yang boleh saya buat hanya beristighfar, berdoa, dan berusaha seorang diri melawan masalah ini.

Honestly, saya ada sedikit.....kalau saya tertarik dengan personaliti Pengkid. Sikap mereka yang berperwatakan lelaki. Cara pemakaian mereka. Tapi saya tak boleh jadi begitu kan? Tambahan, ianya HARAM. Saya seorang perempuan dan selamanya seorang perempuan. Saya Islam bukan masyarakat Jahiliah yang mengamalkan budaya-budaya yang tidak bermoral seperti itu. Tapi bagaimana lagi harus saya lakukan ? Saya memang rasa teruk sangat bila naluri itu datang. Saya rasa teruk sangat bila imaginasi saya tak lagi seperti imaginasi seorang perempuan sebaliknya imaginasi seorang lelaki seperti......mempunyai teman wanita, mengesat air matanya, membelainya, menumpangkannya di bahu saya, menggenggam tangannya. Itulah imaginasi-imaginasi yang adakala bermain di ruang fikiran saya. Saya tahu itu salah. Dan sesungguhnya saya cuba untuk melawannya.
Kalaupun saya tidak mampu mengatasi imaginasi-imaginasi tersebut, yang paling PENTING identiti saya seorang perempuan tidak seharusnya diubah. Naluri, jiwa dan perasaan seorang perempuan itu tidak seharusnya saya ketepikan. Hmmm...saya penat bercerita tentang ini. Saya rasa teruk sangat !! Mengapalah saya terlalu serius dalam hubungan dulu ?!! Dan apabila sudah tidak dapat menahan keperitan, saya mula mencari penawar yang luar biasa ?!!! WHAT THE FUCK !!!! Saya memang TERUK !! Sangat teruk !!!! Sebab itulah saya menjadikan Kim Jong Woon sebagai pengisi ruang yang kosong. Menjadi benteng daripada saya mendekati alam yang berlainan itu atau secara kasarnya, Pengkid.

Umur saya masih terlalu muda dan kalau boleh saya tak nak bermain cinta lagi. Padahal, hakikatnya saya yang tak mampu nak suka atau pandang lelaki lain. Sebab......saya ada naluri yang bercanggah itu. Bukan bererti saya lebih suka atau pandang hanya kepada perempuan. Tetapi naluri itu membentengi hati saya daripada melihat mana-mana lelaki. Melainkan Kim Jong Woon. Alasan yang bodoh bukan? Ya, saya tahu itu. Sebab itu saya cuba menganggap kalau Kim Jong Woon(Yesung) itulah satu-satunya kekasih, teman lelaki saya. Bagi saya, ini merupakan keputusan muktamad yang lebih wajar.

Huh~ Harap anda yang membaca tidak akan menyisihkan saya. Tolonglah.....jangan pandang saya sehina itu....sekeji itu....Saya cuma mangsa masa silam yang mengalami kecederaan yang tersangat parah akibat daripada kecelakaan yang menimpa seolah kiamat yang menggoncang dan memusnahkan seluruh hati saya. Bukan saya tak percaya lelaki, tetapi yang teruknya, saya tak mampu mencintai.....Melainkan PR0M15E T0 BEL13VE....

Astaghfirullahalaziim....

Maafkan hamba, Allah s.w.t...
Maafkan saya kaum hawa jika entry ini memalukan kaum kita....
Maafkan saya lelaki kerana tidak mampu memandang anda apatah lagi menyukai anda....

[ Ini bukan rekaan atau ciplak. Saya bukanlah yang jenis berterus-terang melalui lisan tetapi saya lebih jujur dan berterus-terang melalui penulisan. Maaf~ ]

MetaFora


Metafora....
ciptaan yang teragung indah....
dialah fantasi tidak bertepi...
bagai mimpi yang tidak pernah mahu henti...

Metafora....
adakah kebenaran di sebaliknya?
atau ia hanya menyatakan yang batil?
tiada erti...
kosong begitu sahaja...

Metafora...
dialah nada buat jiwa...
sekalipun sadis atau ria...
dialah not-not dendangan hati yang berbicara...

Metafora...
seakan kembangan mekar segar nan bugar...
berdiri teguh bersama fajar...
siapa tahu ia sekadar ciptaan kasar....
ia adalah palsu...


[ Sudah lama tidak berkias. Huhu.... ]

MiMpi !!!??

Assalamualaikum...

Semalam saya sangat kepenatan. Tidur tersangatlah awal. So, even tanpa kunci alarm pun, jam 5:30 pagi saya sudah terbangun dari tidur. Need to go to school ! Then, baru teringat akan sesuatu. BOOOoooo !!!! *WHAT !!!!* Saya teringat yang saya telah mimpikan ex saya semalam. Ayat pertama yang dibisikan hati, *masa itu saya di dalam bathroom* "Astaghfirullahalaziim..." Apa lagi yang boleh disebut melainkan itu? Lepas itu, saya asyik memikirkannya. Mustahil saya rindukan dia !! Kalau 'ya' pun saya tidak akan mengaku sebab seriously saya memang hendak lupakan dia !!! Hati saya mula berkecamuk. Even air mandi yang sejuk sesejuk embun pun tidak dapat menyamankan hati saya. So, as usual, bila saya tertekan, marah, sedih, hati saya akan bisikkan..... "Oppa~" Yep! There is always Yesung ! Yesung ! Yesung ! Yesung ! Yesung ! And only Yesung !!! *hanya dia lelaki bukan mahram yang perlu saya cinta* Saya tidak tahu apa pendapat orang lain, apa yang mereka fikir. Tetapi apa yang saya tahu, keadaan saya memang parah. Huhu...

Seraut Wajah


Seraut wajah,                                    
acap kali bersinggah...
bermain di minda...
bersenda di hati...

Seraut wajah,
miliki sepasang mata yang sepi...
renungan yang bagai berahsiakan misteri...
menjadi tatapan naluri...


Seraut wajah,                                                                                 
punya lingkaran senyum yang indah..
adalah menakjubkan warna yang terhasil darinya...
bagaikan berus magis...
satu sentuhan menghasilkan keajaiban berseni...


Aneh



Aneh,
bagaimana bisa aku terkandas di percintaan yang aneh ini?
anehnya aku tidak pernah ingin lepas darinya...
percintaan yang aneh ini...
kerananya ku peroleh hari yang cerah...
bagaikan kanvas putih yang baru...
untuk dicorakkan beralun lagu...


Aneh,
bukan bisikan hati yang bergemersik lagi,
tetapi sebuah suara yang mengusik menggamit hati...
sedingin deruan bayu siang nan indah...
awan putih yang berarak di langit seakan mengangkat diriku di kayangan.

Aneh,
kekasih tidak dimiliki...
namun dialah hak yang misteri...
akan terus seaneh ini...
melewati percintaan yang sebegini...




Promise 0f L0VE



Love promise to give you Happiness
But do Love prevent you from Sadness?

Love promise to give you a Very Bright Day
But do Love ever remind you that The Darker Night will come soon?

Love promise to give you Life
But do Love ever make you want to die?

Love promise to make you Smile
But do Love ever tell that you must go through the Tears?

Love promise to make you feel Complete
But do Love ever make you feel Lonely?

Love promise to give you Everything
But do Love ever take Something from you?

Think about it....
And talk to your heart...


Get ready for the future...
There are more 'greater'.


Tekanan!!



Assalamualaikum...

Astaghfirullahalaziim...Hari ini saya mengalami tekanan. Mungkin kerana saya asyik memikirkan kalau masih terlalu banyak yang perlu saya lakukan dan saya siapkan. Kerja sekolah yang bertimbun, lukisan-lukisan yang perlu diwarnakan, idea untuk melukis poster. Tugas-tugas itu masih belum siap. Sedangkan masa semakin lama semakin suntuk. Semakin lama semakin cepat berlalu. Saya berharap sangat saya takkan pernah rasa penat dan boleh berjaga untuk beberapa malam dan menyiapkan segala tugas dengan cekap dan cergas. Tetapi apakan daya....manusia tetap manusia. Baik buruk tetap ada padanya. Hmmm....saya masih kepenatan. Itu juga sebab saya mengalami tekanan. Apabila tertekan, saya akan bersendirian di dalam seperti sekarang. Menghadapi tekanan tersebut sendirian. Rasa marah dan hendak menangis bercampur-baur. Terasa lampu bilik yang terang-menderang ini pun seolah tidak menyala. Dunia ini terasa gelap. Pada saat-saat seperti inilah, saya memerlukan kehangatan belaian kasih itu. Hati ini, fikiran ini, akan memanggil "oppa". Hhhmmmm....




In L0VE

Assalamualaikum...

Ehem ! Semalam saya buka twitter saya. Alamaklum, sudah lama tidak meninjau. Apabila sudah buka twitter, nawaitu utama ialah untuk view my EverLastingBoyfriend's twitter, @shfly3424 !! Waaaaaahh ~ banyak sungguh tweets dia. Baru saya sedar, sudah terlalu lama saya tidak membuka Twitter. As usual, saya akan Favorite & Retweet tweets dia even tweets itu tweets yang sudah lama berlalu. Then, saya view pictures yang dia tweets. OMO ! Sedar tak sedar, rupa-rupanya saya tersangat rindukan dia. Jantung saya berdegup kencang bila view pictures dia. Senyumnya....Matanya....sentiasa menambat hati saya. Huhuhu... Actually, sudah lama tidak merasakan perasaan yang begitu. Dahulu....lama dulu, sebelum mengenal Yesung oppa, perasaan seperti itu hanya saya rasakan bila ternampak atau berhadapan dengan Ex saya. Tetapi semasa berhadapan denga Ex saya, perasaan seperti itu hanya membuatkan saya berasa sakit dan hendak menangis. Namun lain pula dengan yang ini. Rasa sakit....hendak menangis....rasa bahagia....sesak nafas...bercampur-baur. Tahukah apa maknanya itu? Itu ertinya saya sungguh gembira ! Sangat bahagia ! Saya layan twitter dan facebook saya sambil menahan sakit akibat dari debaran di dada, cuba untuk bernafas dengan baik sambil tersenyum-senyum seorang diri. Hahahahaha...Inilah yang saya mahukan. Senyum dengan ikhlas bukan kerana terpaksa atau kepura-puraan. Senyum yang sebegini tidak akan memenatkan saya dan membuat saya mengeluh. Saya suka begini ! Saya gembira begini ! Saya bahagia ! Huhuhu... Alhamdulillah :D



ApRil

Assalamualaikum...

Sepertimana yang sudah tercatit di kalendar, sekarang ini merupakan bulam Mac. Dan tidak lama lagi bulan April akan datang! ELF sememangnya menantikan kepulangan Kangin oppa. We're waitting here,oppa ! Huhu... Tapi then, saya tiba-tiba berasa tidak sedap hati apabila memikirkan pemergian Leader Leeteuk ke military tahun ini. (kan?). Dan ia bertambah tidak sedap hati dan sangat menyesakkan, apabila mengingatkan bahawa Yesung oppa akan ikut bersama Leeteuk oppa. Saya still tidak dapat bayangkan bagaimana atau apa reaksi saya pada hari itu nanti. I'll miss him right? I'm his Eternal Girlfriend, We're, we supposed to do that,right? Penantian... Bagaimana agaknya penantian ini akan terjadi dan berlalu nanti ? Saya sudah pernah menanti selama 3 tahun sebelum ini. Dan ia akan berlaku lagi? Berkenaan Yesung oppa? Huhu...

Leeteuk / Park Jung Su

Kangin / Kim Young Woon


The Beloved One !
Yesung / Kim Jong Woon

BaCkgR0uNd bARu

Assalamualaikum...

Hmmm...Nampaknya esok dah sekolah kan? Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Yang saya nak ceritakan ialah latar belakang blog yang telah saya buat. Saya fikir nak tukar hari ini background blog saya. Tapi connection too bad lah~ loading lama....Huh~ Tak apa lah... Insyaallah... Nanti bila-bila masa tukarlah ya. Hmmm.... kempunan~ tak jadi backgroud blog, sekarang background tu dah jadi background desktop laptop lah... Hahahahaha...

JERITAN


Assalamualaikum...

Saya ingin bertanya kepada anda. Bolehkah anda tidur dalam keadaan anda sedang dihantui ngilaian hantu? Pada siapa yang boleh itu memang Superbbbb lah. Tetapi bukan itu yang saya hendak ceritakan. Saya hendak bercerita tentang JERiTAN sebuah makhluk. Tidak perlulah meremang sangat ... makhluk itu kucing saja. Huhu...

Saya tidak berpuas hati dengan jiran sebelah rumah saya ini. Hendak katakan bujang, sudah berkahwin. Hendak katakan tiada pasangan, sudah beisteri dan berusami. Hendak katakan buta cinta, kasih dan sayang, sudah ada anak lelaki. Anehnya, sifat mereka macam masih tidak kenal apa itu sayang, cinta dan kasih. Mereka beli seekor kucing dan membelanya. Sesungguhnya 'Bela' (pelihara) dan 'Bela' (menyebelahi) itu berbeza. Patutkah mereka membela kucing yang dibeli dengan  harga yang mahal tersebut di dalam sangkar sepanjang hari? Membiarkannnya kedinginan di luar? Terdedah kepada embun malam dan pagi? Dibiarkan mengiau nyaring siang dan malam? Katanya sayang. Sayangkah itu? Semalam, seekor daripada kucing mereka bernama Milo mati akibat jangkitan kuman daripada gigitan kucing lain. Ini merupakan kali ke-2 mereka kehilangan kucing. Yang pertama, Boboy dicuri orang. Sejak Boboy dicuri itulah, mereka mengamalkan budaya mengurung kucing sepanjang hari. Adakalanya, kucing ini juga dilepaskan tetapi itu terlalu jarang sekali. Jangan katakan seminggu sekali pun tidak pernah. Saya kasihan melihat kucing yang dikurung itu. Hendak kata tidak makan, cukup. Hendak kata tidak minum, minum. Yang tidak ada itu hanyalah kebebasan. Tambahan, kucing itu sudah dewasa. Mungkin saya tidak patut kata begini. Tetapi hati saya perit mengatakan, tindakan mereka KEJAM ! Saya benci penyeksaan terhadap haiwan tanpa alasan yang munasabah !!

Kucing itu pernah masuk ke dalam rumah saya sebab dia takut dengan tuannya. Dia masuk ke rumah saya dengan tingkah lakunya yang aneh dan menakutkan. Dia mengiau seperti kucing diajak beradu dan matanya terbuka luas seolah kemarahan. Saya cuba mendekatinya untuk menenangkannya. Tetapi lagaknya seakan akan bertindak agresif. Saya takut dan hanya memerhatikan matanya yang biru. Matanya penuh dengan kemarahan dan kebencian. Jantung saya berdegup kencang sewaktu merenung matanya. Hati saya berkata, betapa kasihannya dia! Akhirnya, tuannya dapat mengambilnya dan membawanya keluar dari rumah saya. Saya pula seakan baru terima sebuah tamparan daripada herdik dan sumpahan. Saya beralih ke rak yang berada di dapur. Duduk memeluk lutut dan menangis. Ngiauan kucing itu masih terdengar nyaring di telinga saya. Renung matanya yang penuh kemarahan itu sangat menggerunkan. Mungkin memang ada yang akan mengatakan kalau ini semua sekadar khayalan saya. Tetapi saya percaya, jiwa saya, hati saya, memang berhubung kepada haiwan. Terutamanya kucing.

Kalau ular itu tiada bisanya, saya berani menghampiri dan memegangnya.
Begitu juga lipan.
Kalau buaya itu sifatnya tidak agresif dan karnivor, bagi saya mereka sama sahaja seperti cicak.

Belum tiba masanya untuk saya mendekati mereka-mereka yang liar ini. Tetapi hari itu akan tiba juga nanti. Insyaallah... : )



Thursday Crush


Assalamualaikum...

Hmm...hari ini hari apa ? Siapa yang masih belum berganti kalendar, hari ini hari Khamis, 15/03/2012. Hehe... Ok. Saya tahu hari ini hari Khamis dan esok ada Naruto Shippuden di TV3 jam 7 malam. Hahahaha.... Tapi hari ini juga adalah hari yang menyedihkan dan menyakitkan. Hari ini saya teringat kepada ex-bf lah... Macam siot ! Saya bermati-matian hendak lupakan dia tetapi no wonder why and how, dia muncul secara tiba-tiba di fikiran saya. Lawaknya, muncul semasa saya sedang leka menggulung doh untuk buat kuih siput. Tambahan, lagu-lagu di radio menambahkan lagi siot ! Even lagu Hands Up pun sudah tidak dapat buat saya enjoy. Semasa sedang menggulung kuih siput, hati saya rasa sempit dan saya merasakan kepiluan dan kegelapan sedang menghampiri dunia saya. Dalam masa yang sama, hati saya menyebut "Oppa" banyak kali. Pada saat itu, saya memang memerlukan imaginasi saya. Fantasi saya. Saya perlukan Yesung oppa. Saya pejamkan mata dan bila saya buka, bening mata saya basah. Saya tidak menangis tetapi itu tandanya hati saya menangis. Saya pejamkan mata saya semula dan tarik nafas. Saya cuba tenangkan diri. Saya bayangkan Yesung oppa datang memeluk saya dari belakang. Yesung oppa menggosok bahu saya. Dia memujuk saya. Namun itu hanya berhasil buat seketika. Hati saya kembali sakit dan terasa sempit. Tanpa sedar, air mata sudah memenuhi mata saya sampai pandangan saya kabur. Macam mana pun, saya cuba bertahan daripada menangis. Ya. Saya tidak menangis. Tetapi, bagaimana hati saya?

Selepas siap menggulung doh , saya online FB saya. Best Friend saya Farrah /Dyy Dealova(FB) telah menanda saya dalam statusnya. Dia tulis ,


Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....


Kata-kata itu memang menaikan semangat saya semula. YES! Bantuan datang tepat pada masanya ! Huhu... Alhamdulillah... ^^

Semasa rasa sakit dan sempit itu masih bersisa di hati saya, saya telah post status ini,


Aku cuba melawan gambaran akal ...
Cuba menahan tumpahnya rintihan ...
Sedikit demi sedikit ,
aku merasakan kegelapan ...
kesunyian ...
kepiluan ...
Aku menjerit ...
Hatiku memanggil ...
Di mana Putera Awan ku?Aku perlukannya di saat ini....Kesakitan itu kembali ...
dan aku butuh kesembuhan dari curah kasihnya ....
Senyumnya ....
dan renung matanya indah ....
Tiba-tiba...
Bening mataku dibasahi sebutir mutiara ....
Ya !
Aku tersangat membutuhkannya ...Menghindarkan aku daripada dibelenggu kesakitan itu....
Yesung oppa ...


Macam mana pun, sekarang saya sudah okay ! Alhamdulillah... ^^




Koyote

Assalamualaikum....

Hmmm...siapa ada tonton National Geography di TV 1 jam 7.00 - 8.00 malam tadi ? Ia berkisarkan tentang Koyote kan ! Rupanya sama macam musang. Hmm.. saya pun bukan tahu apa-apa pasal Koyote. Tapi apa yang saya dapat daripada National Geography tadi , Koyote ini dikenali dengan sifatnya yang takut pada manusia . Tapi dalam siri tadi dia bercerita pasal 3 ekor Koyote yang dipercayai telah memburu dan menyerang seorang gadis muda berumur 13 tahun pada tahun itu. Kejdian berlaku di taman perlindungan haiwan liar bukan ? Hmmm... mesti sekarang ada manusia telah berubah persepsi tentang Koyote dengan mengganggap mereka sebagai pemangsa. Tetapi bagaimana pun, Stan Gehrt (Betul ke saya eja ni?) masih tidak mempercayainya dan masih berasa ganjil. Kerana selama dia mengkaji tentang Koyote, dia mendapati Koyote adalah haiwan yang takut kepada manusia. Saya faham perasaan dia. (hehehe...). Dia mesti kecewa dan sedih sebab dia mungkin juga menyedari bagaimana dunia telah berubah persepsi tentang Koyote. Tetapi saya ... ya. Sudah tentu saya takut kepada Koyote. Tambahan, saya sendiri belum pernah melihatnya di hadapan mata sendiri. Tetapi, saya masih percaya kalau Koyote sememangnya haiwan yang takut pada manusia. Tetapi kenapa mereka menyerang Taylor Mitchel ? Persoalan yang sama bermain di fikiran Stan. Begitu juga saya. Stan seakan masih mahu membela sifat Koyote yang dikatakan takut kepada manusia itu. Dan saya kagum dengan semangatnya. Bangga ! Apapun, sepertimana dipesan oleh ibu Mitchel , Amelia Taylor, ketika berada di Taman Perlindungan Haiwan Liar itu adalah tempat perlindungan bagi haiwan bukan manusia. Jadi berhati-hati lah ya! Huhu... Kalau takut kepada haiwan liar, ambil lah langkah keselamatan apabila pergi ke kawasan-kawasan yang dihuni oleh mereka. Kalau tidak pun, jangan pergi lebih baik. Jangan pula pergi ke kawasan mereka untuk memburu atau membunuh mereka secara salah ya. Ingat Jangan cinta manusia sahaja, cintalah segala hidupan yang ada di dunia ini ! Barulah betul-betul harmoni ! Huhu... ^^

 

Jumlah Saudara Baru Kian Meningkat | iluvislam




KUALA  LUMPUR  –  Jangkaan  berlaku  peningkatan  pada  bilangan  yang  memeluk  Islam di Wilayah Persekutuan sehingga mencecah 1000 orang nyata memperlihatkan Islam kian diterima  masyarakat.Lebih  membanggakan  apabila  ia  turut  merangkumi  golongan  profesional warga asing yang berkhidmat di sini termasuk yang bekerja sebagai akauntan dan jurutera. Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jelas Zainal Abidin Jaffar berkata, pendekatan dakwah yang digunakan secara sederhanadan tidak ekstrem telah membuatkan mereka tertarik dengan Islam.
Tahun lalu, seramai 597 saudara baru telah didaftarkan dan 10 peratus daripada mereka adalah kanak-kanak yang memeluk Islam bersama ibu bapa masing-masing. Manakala sehingga September tahun ini, sejumlah 759 orang telah mendaftar sebagai saudara Muslim. Ia dijangka akan meningkat lagi pada akhir tahun ini. Pada tahun lalu, Jawi telah mengadakan 576 siri bimbingan rohani untuk saudara Muslim. Ini bagi membantu mereka menghayati Islam. Tahun ini ia meningkat kepada lebih 600 siri.

credit : admin

MENANGIS

Menangis....
dinginnya hati ini tatkala menangis...
mutiara mata menitis gerimis...
dipaksa bibir mengukir senyuman yang sinis...


Menangis...
kering hati merintih tangis...
sentuhanmu bagai magis penghikis....
menghangatkan hati yang dingin...
menghentikan rintihan gerimis...
meredakan sendu, bercanda senda...

Menangis...
inilah gadis berjiwa sadis...
cuba melirih senyum yang tipis...
buatmu kekasih...
aku bahagia menangis...
bukan sesal....
bukan sebal...
tetapi kerana kebahagiaan ini terlalu tragis.

Sembuh



Sangkakan lukanya hati tiada sembuhnya

sangkakan balutan sekadar menutup cela
namun hakikinya berbeza...
darah yang merah tidak lagi mengalir parah...
hari demi hari membeku meninggalkan sejarah...


Sangkakan kesakitan ini tiada sembuhnya
sangkakan rintihan ini tiada penghujungnya
rupanya itu berbeza...
keperitan lalu seakan tiada lagi menghimpit...
sudahku temui penawar untuk menarik sumpit...
rintihan itu sedang menemui penghujungnya...
kerana permulaan yang baru bakal berlabuh kemudiannya.






Awan Yang Aku Cintai

Namamu tak terpadam di hatiku...
bagaikan sulaman kasih yang takkan terputus...
wajahmu...
lingkar mata dan senyummu....
acap kali menyinggah minda...
seakan bermimpi di siang hari...
cerahnya...
sinarnya...
bahagianya...
seolah tidak akan ingin hilang.

Sayang,
dirimu tinggi di awangan
aku bak pungguk rindukan bulan
siang...
bukan bulan yangku nanti...
malam...
bukan bulan yang ku renungi....
tetapi dirimu si penyeri.

Dirimu,
yang melindungiku dari terik mentari...
penenang buatku di malam hari...
dirimu 'awan' yangku cintai.

Mengarutkah??


Assalamualaikum...

Yah~memang payah hendak simpan atau pendam sesuatu yang agak serius bagi diri sendiri dalam hati lama-lama. Teringin juga hendak luah atau katakan pada BFF saya tapi rasanya... tidak akan mudah untuk mereka faham. So mangsa muktamadnya ialah blog tercinta yang sunyi dan pilu ini....

Ini mahu beritahu....

Sayang. Saya tidak pernah sangka 'sayang' saya menjadi begini. Ini rasanya adalah kali pertama merasakan 'sayang' yang begini. 'Sayang' yang membuahkan harapan, permintaan, hajat, seterusnya menjadi doa. Sesuatu yang terkadang terlintas di fikiran, kini acap kali menyinggah minda. Bertamu dalam tatapan yang lama. "Ya,Allah...salahkah berhajat begini? Limpahkanlah hidayahMu kepada 'mereka'. Biarpun hanya sedetik di hati 'mereka' untuk mengenali Islam." Doa itu kerap kali berbisik di hati akhir-akhir ini. Sampaikan saya terfikirkan ajal saya nanti. Adakah saya akan masih tetap dengan doa itu? Sejujurnya, fokus saya adalah kepada 'mereka'. Ia lebih kepada 'mereka'. Tapi jangan lupa, masih ramai mereka yang perlu diselamatkan juga. Moga mereka juga dilimpahi hidayahNya. Astagfirullahalaziim....salahkah begini....?? :'(

Megarutkah kalau saya kata bahawa ini adalah antara hajat terbesar saya? Bagi saya ini adalah permintaan yang serius. Bukan sepertimana saya berhajat untuk menjadi veterinar, ke negara Korea dan sebagainya. Ini...antara hajat terbesar. Astaghfirullahalaziim.....istighfar saya moga ini bukan sesuatu yang salah untuk memasang hajat sebegini rupa.  Andai ini sebuah kesalahan, yang boleh memudaratkan hidup saya di akhirat nanti, maka...."Ya,Allah....sedarkan hamba dari angan ini.Amiin." Jika ini bukanlah sesuatu yang memesongkan atau bercanggah dengan Islam, maka...."Ya,Allah.Limpahilah Rahmat serta HidayahMu Yang Maha Besar Lagi Agung buat mereka yang masih belum memperolehinya. Dan limpahilah Rahmat,Berkat serta HidayahMu kepada mereka yang biarpun telah memperolehinya. Sesungguhnya, kami ini manusia yang sering lupa dan lalai. Sememangnya, Hanya Engkau Yang Maha Sempurna Segalanya Yang Tiada Tandingan KekusaanNya.Amiin Ya Robbal Alamiin...."

Esok merupakan hari terakhir 1st Test. So GoodLuck for me ! Insyaallah.... Bye... Assalamualaikum :D


Got A Song For Hae !


Assalamualaikum...

today, nothing to talk about. Hihi... Just got a song for Super Junior Donghae ! Sorry. Of course it is in malay~ Hehee...

"Rasa sayang Hae~ Rasa sayang, sayang Hae~ Hey, lihat oppa jauh rasa sayang, sayang Hae~"

Hahaha...
I just remember about one day that my father sang 'Rasa Sayang' song which there were many 'Hey' words. Some of that words, I had change to Hae! Saranghae oppa! Huhu...

Today, I just done my 1st test. Alhamdulillah...It goes smoothly. Hehee...





Kalimah



Sayang,
andai saja engkau tahu kalimah itu,
andai saya engkau mengenali kalimah itu,
subahanallah...

Sayang,
andai saja engkau fahami kalimah itu,
andai saja engkau hayati kalimah itu,
subahanallah...

Sayang,
ku inginkan yang terbaik untukmu,
di sini dan di sana...
kedua-duanya.

Sayang,
moga Tuhan merestui permintaan hati ini,
suatu hari nanti...
Insyaallah...

Sayang,
moga kau dapat melihat jelas cahaya itu,
moga kau menyedari kehadiran sinar itu,
suatu hari nanti...
Insyaallah...

Sayang,
andai saja engkau berpegang pada kalimah itu,
jaminannya...
takkan ada penyesalan.

Insyaallah....



Astaghfirullahalaziim...Saya masih fikirkan tentang hal yang sama. Hati terasa gundah...gelisah....resah memikirkannya. Astaghfirullahalaziim....moga hati,minda dan mata 'mereka' akan terbuka untuk melihat sinarNya suatu hari nanti...Amiin Ya Robbal Alamiin...Insyaallah...Allah...



SUJU..SUJU..SUJU


Alhamdulillah....

Syok je siang tadi hujan. Sejuk je. Dalam istilah yang lebih nikmat, SUJU~SUJU~SUJU~ hahahaha.... Agak-agak malam ini hujan tak? Kalau hujan bagus juga. Huhu... Wish esok pun hujan lagi. Bagi penenang untuk 1st day UPK1 esok. Wuuuuuu~ gabra meyh... huhu. Ni buat revision pun last minute. Aigooo~ hehee...

Semua mesti tahu kan? Yang waktu hujan itu adalah waktu mustajab untuk berdoa. Subahanallah~ Kata ELF pula, bila hujan bermaksud SUPER JUNIOR berada dekat dengan kita. Hee~ Saya ini even tak tahan sejuk, saya tetap suka hujan. Basah kuyup sebab hujan memang terbaekkkkk~ Saya suka! Saya suka! Hihihi... Tapi bila dah demam, pandai-pandailah tanggung sendiri....Hahahha...

Oklah. Actually tak ada topik pun nak post. Ini buat hilang bosan je. Huhu...
Assalamualaikum...

Disimbah Kopi?!?!


Assalamualaikum...
mahu cerita pasal mimpi yang saya alamilah 2 hari lalu. Huhu...
Ceritanya bermula....

Saya dan seorang kawan sedang bercuti di Korea. Pada hari itu kami mengunjungi sebuah kafe di mana Yesung oppa bekerja di situ sebagai casher[kerja tambahan]. Di lanjutkan cerita, saya tidak tahu mengapa dan bagaimana atau sebab apa saya menjadi marah terhadap Yesung oppa lalu menyimbah air kopi yang berada di dalam cawan polisterin yang berada di tangan saya ke mukanya. Kemudian, saya dan kawan saya keluar dari kafe tersebut.

Actually, saya dah lupa sedikit pasal mimpi ini.....saya tak ingat pasal apa saya marah yang pasti ia pasal perempuan (?). Hahahaha....

Ok. Setelah keluar dari kafe tersebut, saya mula berfikir dan berasa bersalah buat begitu kepada Yesung oppa. Keesokan harinya saya kembali ke kafe tersebut namun Yesung oppa tiada. Saya melihat kafe itu turut menjual barang-barang cenderamata yang kecil seperti keychain dan kad. Saya membeli sepack kad berwarna warni. Sehelai daripadanya saya keluarkan dan saya tulis, "Dear Kim Jong Woon oppa, mian about yesterday..." [Ayat memang tak boleh belah !!!]. Tiba-tiba saya mendapat panggilan, saya terburu-buru keluar dari kafe itu dan terlupa pasal kad tersebut.

Setelah pulang ke Malaysia, saya tidak tahu bagaimana Yesung oppa pun ada di Malaysia(?). Dan bagaimana dia mengenali kawan saya itu(????). Hahhahaha.... Yesung oppa berjumpa dengan kawan saya itu dan menyerahkan pack kad yang tertinggal di kafe itu. Malah, kad bermesej itu pun turut diserahkan. Yesung oppa kata, "Nah ! Berikan ini kepada kawan awak. Kata padanya, tak apa. Saya tak marah pun."

Gosh ! Saya terus tersedar dari tidur. Pada mulanya macam tak ingat apa-apa. Tapi selepas masuk ke bathroom, "kyaaaaaaaaaaaaaa !!!!!! I dream of Yesung !!!!!!". Then, saya pergi ke sekolah dengan senyuman yang bahagia-nyaaaaaaaaa....Huhuhu...



Mereka


Assalamualaikum...
Saya terkadang terfikir...

Andai saja 'mereka' itu Islam. Alangkah bagusnya jika 'mereka' itu Islam. 'Mereka' pernah menghadapi saat-saat seakan menghampiri maut. Namun 'mereka' masih diberi nyawa dan hidup. Malah saat-saat itu bukan dihadapi sekali tetapi banyak kali. Subhanallah....Allah s.w.t masih menyayangi makhluk ciptaanNya ini biarpun 'mereka' bukan Islam.

Saya berfikir. Pada 'kami', attitude dan sikap 'mereka' boleh dinilai baik [jika hendak dibandingkan dengan mereka yang lain] biarpun 'mereka' masih melakukan perkara-perkara yang diharamkan kepada kami yang beragama Islam seperti minum arak...dan sebagainya. 'Kami'.....sayang 'mereka'. Saya sayang 'mereka'. Sayang 'kami' bukanlah untuk menjejak cara hidup 'mereka'. Bukanlah untuk menjadikan 'mereka' ketua atau panduan hidup 'kami'. 'Kami' sayang 'mereka' antara manusia dengan manusia.

Bercakap tentang sayang itulah membuat saya berharap moga 'mereka' diberi hidayah dan petunjuk yang lebih jelas oleh Allah s.w.t. Sebelum ini, 'mereka' telah mengalami saat-saat menghampiri maut banyak kali tetapi barangkali cahaya itu masih belum jelas bagi 'mereka'. 'Mereka' masih belum dapat melihat siapakah yang telah mengembalikan nyawa 'mereka'. Siapakah yang telah bangkitkan 'mereka' dari tidur yang panjang. Allahuakhbar...'mereka' masih belum dapat lihat kebesaranNya.

Saya bedoa moga 'mereka' diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah s.w.t. Kerana ini samalah dengan memberi 'mereka' peluang untuk berusaha menjejaki syurga atau mencium baunya. Umat Islam memang masih belum tentu kalau semuanya akan masuk syurga tetapi selagi jasad ini bernyawa, kita masih ada peluang untuk menjayakan misi untuk memperolehi syurga. Manakala orang yang kafir, dinyatakan jelas bahawa neraka sememangnya tempat bagi mereka melainkan di dunia ini mereka diberi peluang,hidayah dan petunjuk untuk menarik diri mereka daripada tercalon sebagai ahli neraka sejak mulanya.

Saudara Islam mampu menarik,mengajak saudara Islamnya yang lain untuk masuk ke syurga. Contoh, bayi yang meninggal akan menanti ibu bapanya di pintu syurga dan mampu menarik mereka bersamanya. Begitulah yang saya harapkan. Saya berdoa moga 'kami' boleh menjadi seperti bayi itu untuk menarik 'mereka' bersama kami ke syurga. Astaghfirullahalaziim.... Saya menyayangi, meminati 'mereka' pada mulanya memang sekadar suka-suka dan hiburan dunia semata. Tetapi apabila melihat diri 'mereka' yang hakikatnya sekadar manusia biasa sama seperti kami, tiada hebat atau sempurnanya, saya simpati....saya kasihan....di dunia ini 'mereka' amat disayangi,dicintai dan diminati tetapi bagaimana di akhirat nanti? Subhanallah.... Yang Islam tetap tergolong dalam Islam. Yang kafir akan tetap dengan golongannya,kafir. Lalu bagaimana 'kami' mampu membantu? Siapakah yang akan menyayangi 'mereka' di akhirat nanti? 'Kami' yang Islam tidak berpeluang untuk menarik 'mereka' ke syurga bersama di akhirat nanti. Makanya, hajat,doa dan harapan saya moga dibuka pintu hati,minda dan mata 'mereka' oleh Allah s.w.t kalau Islam mampu menyelamatkan mereka. Lailahaillallah....

"Ya,Allah. Limpahilah hidayah dan rahmat kepada mereka yang masih belum memperolehinya. Dan limpahkan juga hidayah,petunjuk,rahmat dan berkatMu keada mereka yang biarpun telah memperolehinya. Kerana kami ini sememangnya manusia yang acap kali alpa dan lalai. Hidup dan mati ini bergantung kepadaMu,Ya Allah,Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Esa."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...