Jumlah Saudara Baru Kian Meningkat | iluvislam




KUALA  LUMPUR  –  Jangkaan  berlaku  peningkatan  pada  bilangan  yang  memeluk  Islam di Wilayah Persekutuan sehingga mencecah 1000 orang nyata memperlihatkan Islam kian diterima  masyarakat.Lebih  membanggakan  apabila  ia  turut  merangkumi  golongan  profesional warga asing yang berkhidmat di sini termasuk yang bekerja sebagai akauntan dan jurutera. Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jelas Zainal Abidin Jaffar berkata, pendekatan dakwah yang digunakan secara sederhanadan tidak ekstrem telah membuatkan mereka tertarik dengan Islam.
Tahun lalu, seramai 597 saudara baru telah didaftarkan dan 10 peratus daripada mereka adalah kanak-kanak yang memeluk Islam bersama ibu bapa masing-masing. Manakala sehingga September tahun ini, sejumlah 759 orang telah mendaftar sebagai saudara Muslim. Ia dijangka akan meningkat lagi pada akhir tahun ini. Pada tahun lalu, Jawi telah mengadakan 576 siri bimbingan rohani untuk saudara Muslim. Ini bagi membantu mereka menghayati Islam. Tahun ini ia meningkat kepada lebih 600 siri.

credit : admin

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...