Mengarutkah??


Assalamualaikum...

Yah~memang payah hendak simpan atau pendam sesuatu yang agak serius bagi diri sendiri dalam hati lama-lama. Teringin juga hendak luah atau katakan pada BFF saya tapi rasanya... tidak akan mudah untuk mereka faham. So mangsa muktamadnya ialah blog tercinta yang sunyi dan pilu ini....

Ini mahu beritahu....

Sayang. Saya tidak pernah sangka 'sayang' saya menjadi begini. Ini rasanya adalah kali pertama merasakan 'sayang' yang begini. 'Sayang' yang membuahkan harapan, permintaan, hajat, seterusnya menjadi doa. Sesuatu yang terkadang terlintas di fikiran, kini acap kali menyinggah minda. Bertamu dalam tatapan yang lama. "Ya,Allah...salahkah berhajat begini? Limpahkanlah hidayahMu kepada 'mereka'. Biarpun hanya sedetik di hati 'mereka' untuk mengenali Islam." Doa itu kerap kali berbisik di hati akhir-akhir ini. Sampaikan saya terfikirkan ajal saya nanti. Adakah saya akan masih tetap dengan doa itu? Sejujurnya, fokus saya adalah kepada 'mereka'. Ia lebih kepada 'mereka'. Tapi jangan lupa, masih ramai mereka yang perlu diselamatkan juga. Moga mereka juga dilimpahi hidayahNya. Astagfirullahalaziim....salahkah begini....?? :'(

Megarutkah kalau saya kata bahawa ini adalah antara hajat terbesar saya? Bagi saya ini adalah permintaan yang serius. Bukan sepertimana saya berhajat untuk menjadi veterinar, ke negara Korea dan sebagainya. Ini...antara hajat terbesar. Astaghfirullahalaziim.....istighfar saya moga ini bukan sesuatu yang salah untuk memasang hajat sebegini rupa.  Andai ini sebuah kesalahan, yang boleh memudaratkan hidup saya di akhirat nanti, maka...."Ya,Allah....sedarkan hamba dari angan ini.Amiin." Jika ini bukanlah sesuatu yang memesongkan atau bercanggah dengan Islam, maka...."Ya,Allah.Limpahilah Rahmat serta HidayahMu Yang Maha Besar Lagi Agung buat mereka yang masih belum memperolehinya. Dan limpahilah Rahmat,Berkat serta HidayahMu kepada mereka yang biarpun telah memperolehinya. Sesungguhnya, kami ini manusia yang sering lupa dan lalai. Sememangnya, Hanya Engkau Yang Maha Sempurna Segalanya Yang Tiada Tandingan KekusaanNya.Amiin Ya Robbal Alamiin...."

Esok merupakan hari terakhir 1st Test. So GoodLuck for me ! Insyaallah.... Bye... Assalamualaikum :D


Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...