Solat Mudah & Sah




Assalamualaikum...

Hey! Tiba-tiba teringat tentang sesuatu lah.
Mahu tahu apakah ia?

Tahukah anda bahawa Islam itu memudahkan? Malah ia tidak memaksa?
Entry kali ini saya hendak post tentang solat.
Solat untuk sekadar sah dan Insyaallah dapat menghindarkan anda daripada azab api neraka sakar.

Kita mulakan dengan wuduk ya.
1. Ratakan air ke seluruh muka(sekali sahaja) berserta niat wuduk di dalam hati.
2. Ratakan air dari tangan hingga ke siku, kedua-duanya(sekali sahaja).
3. Ratakan air ke sebahagian kepala(sekali sahaja).
4. Ratakan air di kaki hingga ke buku lali,kedua-duanya(sekali sahaja).
5. Tertib(ikut urutan dari 1 hingga 4).

PEMBERITAHUAN!
Membaca Bismillah, berkumuh, membasuh tangan hingga ke pergelangan tangan, memasukan air ke dalam hidung dan menghembuskannya, membasuh kedua-dua belah telinga hanyalah dihukumkan sunat. Tidak dilakukan pun tidak mengapa. Tetapi ada ganjaran pahala bagi sesiapa yang melakukannya.

Sekarang, kita mulakan tatacara solat kita.

1. Berdiri tegak.
2. Menyebut 'Allahuakhbar' tanpa mengangkat tangan berserta niat solat dalam hati (teruskan berdiri tegak).
3. Baca Al-Fatihah. (tidak perlu doa iftitah).
4. Rukuk berserta tomaninah 'Subhanallah'(sekali sahaja). (Tak perlu 'subhanarobbial a'zimi wa bihamdih'.)
5. Berdiri tegak sambil menyebut, 'Samia'llahuliman hamidah, robbana lakalhamd. Allahuakhbar'.)
6. Sujud. (tidak perlu tomaninah 'subhanarobbial a'la wabihamdih')
7. Duduk antara dua sujud. ( tidak perlu tomaninah).
8. Sujud. (tidak perlu tomaninah).
9. Duduk tahiyat awal (tidak perlu bacaan salawat).
10. Duduk tahiyat akhir ( baca salawat hanya sampai kalimah syahadah, 'Asyhaduan Lailahaillallah, Wa asyhaduanna Muhammadarasulullah.')
11. Beri salam, 'Assalamua'laikum Warahmatullah'(sekali sahaja).

PEMBERITAHUAN!
1. Doa qunut ketika dalam solat subuh, tidak dibaca masih sah solat. Ia boleh digantikan kepada sujud sahwi sebelum memberi salam selepas tahiyat akhir. Jika tidak digantikan, juga tidak apa.
2. Tatacara di atas hanya cara dalam solat. Bukan turut merubah rakaat solat. Rakaat solat tetap seperti biasa.
Subuh : 2 rakaat
Zohor : 4 rakaat
Asar : 4 rakaat
Maghrib : 3 rakaat
Isyak : 4 rakaat
3. Tatacara wuduk dan solat di atas hanya khas untuk mereka yang sukar untuk mendirikan solat atau secara kasarnya, malas. Sebaiknya, bagi kita yang mampu mendirikan solat dengan sempurna, janganlah ikut tatacara tersebut.
5. Jika anda kekeliruan atau berasa ragu dengan tatacara di atas, sebaiknya rujuklah kepada yang lebih pakar dan mengetahui. Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu. Jika ada silap dan salah, jangan segan untuk menegur. Saya sudi mengetahui dan menerimanya.




SJ goodies !!

Assalamualaikum....

Hari ini saya telah pergi shopping dengan mak saya. Haishh....sudah lama tak berjalan, naik lenguh kaki pusing-pusing dekat bandar tu ha. Huhuhu.... Nawaitu saya hendak ke bandar sebab mahu beli buku rivision fizik. Alamaklum....otak saya ini lambat sikit hendak pick up apa yang cikgu ajar di hadapan. Tambahan, modul yang cikgu berikan pun dah tak berupa modul. Hahahaha... So, I need a rivision book.

As usual, sebelum balik, saya akan bersinggah ke kedai serbaneka berdekatan dengan stesen bas, iaitu Sinajaya dan Jovial. Firstly, saya pergi ke Sinajaya. Fikir mahu beli komik tapi tiada yang menarik. So, beli makanan saja di situ. Then, saya singgah pula ke Jovial. Untuk mencari komik. Jumpa! Tajuknya, "Anak Kucing Ketua Pelajar". Nampak macam kelakar saja ceritanya. Alang-alang sudah singgah ke Jovial, apa salahnya kalau kita godeh-godeh kpop goodies yang terjual di situ. Dari penanda buku, pencil case, key chain, diaries, semua saya belek. Kyaaaaa~~ banyak sungguh yang menarik!! Of cozlah yang menarik itu Super Junior. Ada diary dengan cover Leeteuk oppa. Ada pencil case dengan gambar SuperShow 4. Ada bookmark dengan gambar Yesung A-Cha padanya !! Yep! Saya beli yang itu! Huhuhu... Ada juga button yang tertulis di atasnya, "I  Super Junior! YES! Saya beli yang ini juga!! Hehehe...


Sebaik saja sampai rumah, saya asyik belek saja goodies ini. Hehehe...Sampai mak saya ketawakan saya sebab saya asyik balik-balik tengok benda ini. Hahahahaha...

Skuter & Trauma

Assalamualaikum... Yay! Hari ini saya baru saja passed tunggang skuter. Tapi lesen belum lah ya. Hehehe... Nanti ayah nak ajar saya tunggang moto dia pula. Lenguh seyh tangan. Itulah namanya orang yang dah lama tak pegang handle(handle basikal). Hahahaha... So, sekaligus dengan ini saya telah atasi trauma saya. Dulu saya terlalu 'sakit' sampai saya takut untuk ambil risiko melakukan hal-hal yang berkemungkinan boleh melukai diri saya. Tapi sekarang, I did it! YES! Saya tak cedera, tak luka. Just haus saja. Alamaklum, menunggang di tengah panas. Huhuhu... Haus saya sebab menunggang skuter di tengah panas, seolah hausnya saya sebab kehilangan cinta dalam hati saya. Honestly, hati saya semakin tertutup. Ruangnya semakin sempit dan gelap. Dan kesunyian batin yang saya rasakan telah menjerat saya dalam kekeliruan. Sekarang, saya sedang melakukan sebuah kesilapan. Walau bagaimanapun, I try hard untuk mengawal kesilapan itu supaya ia tidak melibatkan orang-orang di sekeliling saya. It's such a big secret for me. Too personal. Saya tak mampu nak berterus-terang even di blog ini. Hmmm...

Mid Year!!!

Assalamualaikum.... Alamak~~ tak lama lagi nak Mid Year exam lah....ini pun sedang sibuk-sibukan diri dengan study group with my BFF, Raidah and Aznie. As usual, Aznie akan jadi 'guru' kami. Alamaklum, she's the clever one. Huhu... Today, kami buat study group about subjek Biologi. Mengenali dua beradik yang seakan iras tapi tak serupa, iaitu Mitosis and Mieosis. Hihihi... Aishhh~~ Add Math pun dah tunggang-langgang jadinya. Tak ingat Formula!! Hampeh~~ Hahahaha.... Fizik? Adessss.... Oklah. Itu ja nak cerita. Hee~

OMO! Chingu-yah!!

Assalamualaikum....

Astaghfirullahalaziim... buka-buka blog sudah terkejut begini. Terharunya~ Hendak tahu kenapa? Seorang blogger telah menjadikan blog saya sebagai entrynya....Kamsahabnida, chingu~~ Touching sangat.... Rasa macam baru dapat hadiah yang teristimewa. Yep!! This is really a precious moment, present for me. Gomawo~~ Eeeee....tak puaslah nak ucapkan terima kasih. Terharu sangat nie.... Terima kasih e-zatisofea. <----- klik this name to view her blog!! Terharu.... :') terharu sangat!!!! OMOooooo~~~~



Click image di atas untuk view entry tersebut!! hehee...

My HeartBeat

Assalamualaikum....

Yeyeyeyeye!! Finally!! I get my heartbeat back!! Hmm...lately, no woner why I kept focused & view about Pengx. Untill that, I feels like I lost something. You know what? I lost my heartbeat. I can't feel his presence. Yesung. Where was he? But today, my heart back beating faster. Back fall in love. Honestly, I feels much better like this than my heart 'stop' beating. That just make me feel worst. Lonely. I miss this feeling. Really miss it!! Yesung!! I miss you,oppa !! Really miss you !!



Jaminan Cinta


Assalamualaikum....

Hmm....as we know, cinta tidak menjamin apa-apa. FINE!! I agree!! But, apa sudah jadi dengan saya sekarang? Kerana cinta dahulu, iman saya turut jadi goyah?? TERUK!!! Bagaimana seksanya bila ada ketika terpaksa bertahan kuat dalam keadaan yang sesak dan memenatkan. Anda fahamkah apa yang saya maksudkan ini? Sudah tentu tidak~~ Baiklah. Saya bercerita sendiri sahaja. 'Cinta tak menjamin apa-apa'. Tapi ia sedang merubah cara hidup saya. Bergantung pada saya sama ada hendak meneruskannya atau memperbaiki hidup ini sebaik mungkin.

Huh~~ malaslah nak menaip.....
pffft !



Homework....homework....

Assalamualaikum....

Hwaaaa !! Banyaknya homework !!! Bad mood jadinya. Add Math ini tak terenjoy rasanya. Bak kata cikgu, "Enjoy do your Add Math." Ah! I can't!! I'm so stress!! There are many homework left!!! Inilah akibatnya 9 hari tak masuk kelas. Semuanya demi kawad kaki hari tue. Hukhukhuk....eotteokhae?!!! Oppa~~

Bertarung

Aku sudah lepaskan cabaran yangku terima dahulu,
aku meninggalkan permainan itu,
dan memulakan permainan yang baru,
dengan langkah yang baru.

Tetapi mengapa,
mengapa permainan yang ini jua turut mencabar jiwaku?
persis saja seperti permainan dulu,
aku terpaksa bertarung tegar dengan diriku sendiri.

Dan ia masih sama,
aku bertarung sendirian,
dengan perisai IMAN,
berserta senjata DOA.

Akan menangkah aku?







Tabah Tapi Lemah

Assalamualaikum....

Hmm....lately, honestly saya asyik cari cerita pasal Pengx saja. No wonder why? Pengkid ini as we know mereka perempuan yang berperwatakan seperti lelaki dan menjalinkan hubungan sejenis yang melampaui batas. Kita tengok mereka ini nampak 'kuat' kan? Yalah. Berpakaian serta lagak seperti lelaki. Gagah perkasa gitu. Hahaha.... Tapi sedarkah anda 'kekuatan' mereka itulah kelemahan mereka. Kelemahan mereka sebagai seorang perempuan.

Seperti saya. Saya juga perempuan. Tetapi saya juga ada tingkah laku yang lasak sedikit. Hendak tahu kenapa? Sebab saya tak nak tunjuk kelemahan saya sebagai seorang perempuan. Dulu saya TABAH berpura-pura berkeadaan baik bila berhadapan dengan gf ex saya. Dulu saya TABAH berhubung baik dan mesra dengan dia. Tapi sekarang saya LEMAH. Bila saya bertembung dengan dia, saya buat tidak peduli saja. Saya pura-pura tidak kenal atau tak nampak dia. Saya tidak seTABAH dulu. Saya sudah LEMAH dan hakikatnya semakin LEMAH.

Cinta, hati, jiwa, perasaan, emosi, fikiran, tingkah-laku, tindakan,
Semua di atas berkaitan dengan IMAN saya.
Salah satu atau semuanya 'rosak',
Maka IMAN saya juga akan mudah ROSAK.

Astaghfirullahalaziim...
Siapalah yang boleh bantu saya selain daripada
Allah s.w.t. dan diri saya sendiri?
Tiada sesiapa....
Cuma saya dan Allah s.w.t.

Alamak! saya baru perasan yang saya sudah lari sedikit dari tajuk asal. Apa yang saya hendak sampaikan sebenarnya,

Pengkid itu tetap perempuan. 'Kuat' mereka seakan lelaki tetapi hakikatnya LEMAH tetap sebagai perempuan. 'Rusuk kanan Adam' ini LEMAH kerana ada segelintir 'Adam' tidak tahu menjaga 'rusuk'nya dengan baik. Atau mungkin tidak sengaja mengabaikannya serta melupakannya.

Wahai 'Adam',
Jangan tunggu 'rusuk' itu hancur menjadi debu seakan pasir baru hendak disimpan dan dijaga di dalam bekas yang bersalut emas.

Allahuakhbar....


P/S: 'Adam' di sini merujuk kepada kaum lelaki. Bukan hanya kekasih. Tetapi suami, bapa, abang, sepupu lelaki, saudara lelaki, datuk, pak cik dan selebihnya.


Skuad P3

Assalamualaikum....

Pergh! Penat gila hari ini! Satu jam yang lalu saya baru saja balik dari pertandingan kawat kaki di PPD Kluang. Tapi jalan kaki dari sekolah. Hehehe....Well~ pagi tadi smart saja dengan kasut yang kilat tak berapa nak kilat and uniform Pengakap yang lengkap tak berapa nak lengkap. Hahaha.... Sebab saya punya kedudukan lencana Johor, Kluang and '30' terbalik. Aish! Masalah~masalah~. Tapi itu pagi tadi. Tapi masa balik tadi pakaian 'smak' gila. Hahahaha.... Dengan butang baju and lengan yang terbuka. Butang baju buka separuh saja ya. Anyway, saya pakai baju hitam dekat dalam. Huhu...  Sebelum balik rumah, sempat lagi lepak dengan kakak-kakak tecit dekat bus stop sekolah rendah yang dekat sebelah sekolah saya. Saya siap baring meniarap dekat situ. Kaki sakit~~~ tak larat nak jalan kaki balik. So, rehat jap. Lepas ketiga-tiga kakak tu balik, saya pun gerak. Nak tahu tak? Pasukan Pengakap Puteri kami datang lambat. Elok-elok giliran nombor 3 dah jadi pasukan puteri yang terakhir sekali kawat kaki. Kami buat yang sebaik mungkin (even tak sebaik mana). Hahaha...yalah. Kami berlatih 1 minggu lebih saja. Tak sampai 2 minggu pun. Huhu.... Oklah. Sampai sini saja ok. Penat lah~~ Assalamualaikum.

Bukan Naluriku

Siapakah kamu bagiku?
Siapakah kamu bagi hatiku?
Siapakah kamu buat diriku?

Sedari dulu,
sentuhanmu sentiasa membuat aku meggigil,
kehangatan itu membuat aku selesa,
malah turut menyakitkan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
apabila kau senyum kepadaku,
bagaikan haruman mawar menyinggah hiduan,
ketenangan itu sungguh membahagiakan,
namun turut membuat aku kekeliruan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
perlahan-perlahan aku merasakan ada perbezaan antara kita,
hubungan ini tidak harus ada,
persahabatan ini mesti menjadi noktah,
bagaimanakah dapatku hentikan semua ini?

Hari demi hari,
tatkala waktu semakin menghampiri kita,
ketika itulah kesempatannya aku menghidar darimu,
meninggalkan perasaan itu,
merenggangkan hubungan persahabatan ini,
kerana mencitaimu,
bukan naluriku.



[ Puisi ini terhasil melalui kisah-kisah lama saya dahulu. Mengenali seorang kawan perempuan yang mesra dan sangat ramah. Tidak sangka saya boleh tersalah sangka akan persahabatan kami. Betapa SUKARnya. Betapa SUSAHnya melawan naluri yang bercanggah itu. Tambahan, biarpun saya menghindar darinya tetapi dia sering mendekati saya. Namun akhirnya saya berjaya. Berjaya meninggalkan perasaan itu malah turut merenggangkan hubungan kami. Saya tak menyesal. Asal kedua-dua kami selamat.]



Realitinya

Assalamualakum....

Hehee.....saya sudah mula bacalah buku 'Terimalah Pinanganku' itu. Well~ good! Menenangkan dan buat saya khayal. Wahahahaha....sebab dia bercerita tentang keindahan CINTA serta diselitkan sedikit kisah-kisah para nabi dan sahabat. Hadis dan ayat Al-Quran pun ada. Upssiiii....hati saya sudah mula lembutkah? Hahahaha....Yalah. Lembut. Bila lembut itu yang asyik terkenang-kenangkan keburukan, kehitaman, keperitan CINTA saya. Suey~ betul lah. Yalah. Kita tak boleh terus bermimpi dan tersenyum sendiri kan? Ada masa we have to face the facts! The REALITY! Itulah hal yang agak susah dihadapi manusia bukan? Tapi itulah hakikatnya. Realitinya. Hmmm....



'Kawan' Makan Kawan

Assalamualaikum....

Cis! Tak guna punya 'Kawan' ! Mengganggu perjalanan saya dengan Raidah ketika hendak balik dari sekolah saja. Cop! 'Kawan'? Siapa? Yang mana? Well~ memandangkan saya ini bakal menjadi calon-calon veterinar, so semua haiwan saya kata 'Kawan'. Hehehe....

Ehem! Waktu hendak keluar dari sekolah tadi, ada seekor anjing berlari ke arah kami. Pada mulanya, saya dengan Raidah stay saja. Tapi anjing itu makin dekat dan dekat. So, kami lari lah. Saya pun belum jadi Official Veterinar. Kalau tak, bolehlah saya pegang dengan pakaian serba pelindung. Hahahaha.... Kami berlari dan masuk ke sekolah sebelah. Well~ kawasan di situ memang tapak sekolah-sekolah menengah & rendah. Fortunately, Pak Cik Guard di situ tolong halau anjing itu. Aigoo~ anjing siapalah itu?

Anjing itu tak nampak liar. Sebab dia tak menyalak pun. Dia just hendak dekat dengan kami je. Nak menyendeng lah tu~ Dia ingat kami ini tuan dia apa? Yalah tu. Lagikan kami lari. Lagi lah dia ingat kami nak main kejar-kejar dengannya. Tapi kalau tak lari nanti, kalau dia menggesel, tak ke najis? Haishh~~~

Nasihat saya, janganlah lepaskan haiwan peliharaan anda terutama anjing yang menjadi najis bagi orang Islam tanpa tuan ya? Respect us please. Kalau dah jemu dengan anjing itu? Sudah malas nak jaga? Cuba hantar dia ke mana-mana kebun untuk jadi penjaga? Atau anda boleh hantar ke pusat perlindungan haiwan. Okey? Arasso? Haishhh....susah~susah~



B'coz Of The Past

Assalamualaikum...

Hmmm....actually saya rasa bodoh sangat sampai seteruk ini impaknya dari Puppy Love saya. Bukannya sekali saya main dengan Puppy Love. Since primary school lagi sudah mengada-ngada. Tapi tak lah macam sekarang. TERUK sangat !! Sampai rasa macam trauma. Ish ish ish....Antara impaknya:

1. "Susahnya nak pandang mana-mana lelaki."
    - means tak ada pun rasa macam... nak terkinja-kinja or gedik-gedik sikit bila nampak lelaki.
2. "Keputusan akhir, Yesung menjadi pilihan."
    - saya katakan Yesung itu adalah penawar buat saya. Suaranya, senyumnya, matanya. Hah~~ longlai....hehehe.....
3. "Sampai hati selalu dibisik syaitan kerana kosong sebab tiada nama lelaki di hati. Except my father."
   - That's why ada rasa macam nak jadi pengkid. (still sekadar angan-angan. Tak tertunai lagi ok.)
   - Tingkah-laku rasa macam nak lasak je. Kalau boleh.
4. "Sentiasa terasa sakit."
   - Bila sebut pasal sakit, even just sebut saya sudah terbayangkan darah merah yang mengalir dan pedih yang perit.

Haishh~~~mengeluh jelaah....

Agak-agak inikah tanda sudah melupakan? NOPE!!! Ini bukan melupakan tetapi meninggalkan. Meninggalkan hal yang lalu tetapi cuba membentuk hal yang sama melalui cara yang bercanggah. I guess....??

Takut

Assalamualaikum...

Tadi saya sempat belek-belek semula buku 'Terimalah Pinanganku' itu. Dalam entry yang lalu saya ada kata kan yang saya tawar hati nak baca buku itu? Tapi tadi terasa pula nak baca. Well~~~ baca langkah-langkah saja. Kasi scan~ hmmm....honestly, it quite interesting tapi entah kenapa saya rasa nak tak nak je baca buku itu. Nak tahu kenapa? Sebab saya takut nak dekatkan diri dengan hal-hal berkaitan CINTA mahupun PERCINTAAN. Hah! Tak sangka Puppy Love mampu beri kurap pada hati saya. Wahahahahaha !! Even sekarang pun saya sudah jarang baca novel. Tak terasa nak baca pun. Hewhew...

Up 20

Assalamualaikum....

Ehem! Hehehe....pagi tadi ayah beri saya RM 20~~~ kehkehkeh....untuk beli kasut kawat. Weee~~ bolehlah saya simpan lagi RM 15 saya. RM 20 + RM 10. Hah! Complete. Nanti saya nak beri duit itu kepada cikgu tak pun kepada komander, Kak Izzaty yang cute, comel, nice and sweet. Hihihi...But then, diorang sibuk cerita pasal ladam. Hmm....nak letak ke tak? Macam malas je. Banyak sangat urusan! Diorang cakap letak paku payung pun boleh. Nanti kita cuba try test eh? Hahahaha.... Entah ada ke tidak paku payung dekat rumah. Huhu....

Leader Teuk Story

Something about him....
The past that need to forget (i guess)...
Teuk oppa...


pearl sapphire blue world: Leader Teuk Story :(: I saw this post on weibo about teuk and thought that its something that every fan should know about. You might already know this or you mi...

Jam 2 pagi

Assalamualaikum...

Hmm....pukul 3 pagi sudah...jam 2 tadi bangun makan. Yalah, malam semalam lepas balik tak makan apa-apa pun. Penat sangat terus tertidur. Huhu...So, tadi makan and sempat basuh baju. Nanti pagi nak pakai pergi sekolah. Ada kawat lagi. Waaaaahh~~~kaki sudah ok, sekarang tangan pula sakit. Aigoooo~~~ Itulah dugaan  bila masuk kawat. Well~~ saya minat. Saya suka. Apa susah? Susah senang, badan saya yang tanggung. Hehehe...Tapi ini first time saya masuk kawat untuk peringkat Kebangsaan and first time juga buat formasi segala. Tapi BEST!

Korek Tabung, Korek Hati

Assalamualaikum....

Fuhh!! Hari ini memang terasa penatnya. Kawat kaki tak cukup 6 jam, petang ini tambah 2 jam. Huhu.....Well~ hari Sabtu pertandingan akan bermula. Peringkat Daerah tuh! First time niyh! Well~ timba pengalaman....Tapi...saya kan kawat kaki Pengakap, so we need kasut yang sesuai untuk kawat lah. Lagi-lagi ini pertandingan. Perlu ada disiplin, kekemasan, keseragaman dan macam-macam lagi lah. Majoriti kami hendak pakai kasut kawat, tapi tak semua anak platun ada kasut kawat itu. So, we need to by one.

Bila sudah sampai rumah jam 1:30 petang sebelum pergi ke sekolah semula pada jam 3:30 petang, saya sempat juga korek tabung. Ada RM 26. Hehee...bolehlah kiranya kalau nak beli kasut kawat itu. Katanya harga hampir RM 30. Well~ nanti cekaulah RM 5 daripada Mak. Kehkehkeh... Apapun, kalau boleh nak simpan lagi RM 26 itu. So, saya try minta ayah RM 20. Hmmm....hampeh~ banyak sangat alasan. Makin banyak alasan, makin dalam rasanya hati saya dikorek. Tak ada SUPPORT langsung!!! Yalah.....saya memang tak pernah dapat apa-apa support pun except dalam akademik. RIMASlah!!! Kadang-kadang rasa macam tak dihargai!!! Tapi what can I do? Even saya anak tunggal pun saya malas nak bising-bising, ngadu-ngadu, ngampu-ngampu niyh! Disebabkan ayah sudah KOREK HATI saya, akhirnya saya menitiskan air mata. Selama 16 tahun saya hidup, hanya dalam beberapa tahun sahaja saya diSUPPORT dalam apa yang saya lakukan. Dari 6 tahun hingga 9 tahun kot? Tapi yang paling jelasnya adalah 6&7 tahun. Saya masuk pertandingan mewarna, melukis, nasyid, saya disokong. Tapi sekarang? WHAT? Apa saya ini sudah dewasa sangatkah? Saya masuk kawat kaki ini pun bukan parents tahu. I know, mereka tidak akan peduli. Kalau saya beritahu pun, cuma kepada Mak. Itupun kalau dah 3 kali ulang pun tak dengar, tak ingat, saya malas nak ulang lagi. FINE!!! IT'S NOT IMPORTANT for you!!!

Tadi lepas kawat kaki, sebelum balik ke rumah, saya sempat tukar duit syiling yang bertimbun ini di kedai runcit. ALRIGHT!! RM 20 sudah ada di tangan. Ups! Jangan lupa RM 5 yang sudah berbulan terperap di dalam poket. Hehee...Now, I only need RM 5. Agak-agak kalau minta Mak lepas tak? HELLO~~~discount sudah jauh sangat tuh! Dari RM 20 ke RM 5. Yalah....apa ingat saya nak sangatkah susahkan my parents? Kalau boleh, saya tak nak pun.

Hmmm.....sekarang tabung saya sudah ringan~~~sedihnya......



Kronik

Memandangkan saya tak sedap hati berkenaan hal sebelum ini, saya mencari sesuatu untuk menjadi benteng supaya 'penyakit' ini tak menular dan menakluki sepanjang hidup saya nanti. Huhu...

Entry blog di bawah ini agak membantu.

MINDA KRONIK: CONTENGAN UNTUK PENGKID: Tiupan bayu April terasa lagi.Menghembus sejuk mengenai leher.Mata berkelip merenung keypad.Terasa nak menconteng blog pulak malam ni.=) Con...

Melarat ?

Assalamualaikum...

Saya tak tahu whether saya sudah buat salah or not. Saya baru sahaja follow blog ini. Tidak tahu 'MENGAPA'? Untuk 'APA'? Just want to follow. Adakah 'penyakit' saya sedang melarat??? Honestly, saya sendiri rasa tak sedap hati sekarang ini. Aahhh~~~ ...> <...

http://pengkidstory.blogspot.com/

Rindu


Lemah dayaku merenung kijar matamu...
ukir senyum di bibirmu lumpuhi jiwaku...
Bahagia...
duniaku seakan berbugar semekar merahnya sakura...
Namun sayang...
bagaiman bisaku bendung kesayuan itu?
kepiluan yang memaku hatiku?
Kasih...
rindunya aku padamu...
andai saja aku bisa mendakap kasih dirimu...
alang baiknya andai tanganmu dapatku genggam setulus taqwa...
Kasih...
sejauh manapun dirimu...
jejak kakimu tetap terkesan di tanah bersalju...
tetap berbekas hadirmu di hatiku...
Aku merinduimu...
sungguh merinduimu...
semakin rindu terasa kita semakin jauh...
Semakin rindu...
semakin cinta aku pada dirimu...




Pohonan

Kasih...
dingin ini membeku...
andai tiada daya bisa membunuh kalbu...
Berteduhlah...
berteduh di bawah pohonan ini...
aku sedia melindungimu...
tak kira dari terik mentari...
jika pun salju lebat yang menuruni...
Bersandarlah...
aku teguh berdiri demimu...
menjadi teman buatmu...
Ceritakanlah...
Luahkanlah...
bacakan isi hatimu padaku...
aku akan mendengar sehabisnya...
tanpa noktah...
tanpa koma...
aku tetap sudi mendengar...
Kasih...
aku adalah tempat untukmu berlindung...
aku jua tempat untukmu sandarkan segala keluhan...
Aku bukan pohonan sakura yang mudah menggugurkan bunganya...
tak kira musim...
sama ada dingin...terik...
aku tetap sama...
Tetap pohonan sakura milikmu seorang...

Hujan




Tatkala titis hujan itu menimpa telapak tanganku...
Terasa bagaikan air mata jatuh menghiba di ribaku...
Awan mendung yang meneduhi langkahku..
Seakan redup pandangan sepasang mata yang penuh kehampaan...
Gemersik rintikan hujan itu...
Menyerupai esakan tangis yang memilukan...
Sayu...
Hati menjadi sendu...
Alam seolah menangis kepadaku...



Hati

Hati...
kerana hati memakan diri..
kerana hati terluka iri..


Aku tak ingin melihat sakuraku meluruh layu sekali lagi...
kerana hati..
dayanya hilang lalu mati...


Aku tak ingin sakuraku menyuram di bawah mendungnya awan...
kerana hati...
indahnya hilang sama sekali...


Hati...
menjunamkan aku ke lembah duri...
mengurung aku di dalam sangkar sunyi nan sepi...


Hati...
aku tak ingin percaya lagi pada hati...

Pelengkap Sanubariku

Senyummu indah mempesona...
gemuruh jiwaku hingga tak terasa...
seakan pohonan sakura menyapa riang di senja hari...

Matamu seindah renungan langit yang meluas...
biruan yang tenang itu mengkucar-kacirkan batinku..
seolah ribut salju merimbun di dingin hari...

Di dakapanmu terasa nyaman ketenangan...
umpama himpunan sakura meluruh membelai...
bahagianya aku tak lekang di dada...

Sentuhanmu memujuk bekunya hatiku...
bagaikan salju mencair di kelopak sakura...
menitis menjadi embun membasahi jiwa...

Detak jantungmu menimbang cintaku...
geloranya sederas rindu menderu...
biar masa seakan terhenti tak ingin berlalu...

Bisik kalimah manismu mengusik batinku...
tak keruan terasa dek malu hatiku...
harap bisa ku dengari lagi kalimah manis itu...

Dicintaimu....Mencintaimu...
pelengkap sanubariku...
biarpun dingin salju membeku...
sakura tetap membugar segar di benak ku...

Bukan Mahuku

Hatiku membisikan harapan...
namun tegarku tentang sehabis lawan...
tak mungkin ku biarkan parut kembali berpaut...
membusuk kudis...

Harapan itu bukan mahuku...
doa tulus sesungguhnya itu kehendakku...
butakan hati...matikan akal...
jangan diperlihatkan padaku keperitan lalu...

Mengharapkan itu...
namun doaku ambillah dia milikMu...
hindari dia dari menjangkiti hatiku...
jauhkannya dari alam dunia hidupku...

Air Matamu


Andai embun pagi sudah cukup mendinginkan...
mengejutkan aku dari kehangatan khayalan...
apatah lagi air matamu...

Kasih,
dingin air matamu membeku pilu hatiku...
renung mata kuyumu menghunus sayu di hatiku...
Janganlah menangis...
jangan bersedih...
aku takut kelopakku tidak mampu menampung titis embun hatimu itu...
aku terasa rapuh melihat kesedihanmu...
terasa luluh daya dedahan kerasku...

Kasih...
usahlah menangis...
pilu hatiku semakin mengilu...
bersandarlah...
berteduhlah di bawah rimbunanku...
ku akan menemani hatimu...
sehingga pasti kau takkan menangis lagi...




Yang Teristimewa

Di saat pertama kali ku terlihat akan dirimu...
senja merah terasa segar bagai keheningan petang...
anehnya warna-warni pelangi menghiasi langit malam...

Renung mata indahmu mempesonakan...
sepertimana terpesonanya aku tatkala merenung buruj-buruj yang berkijar kerlip di langit malam....
terasa malam seakan sedang menghampiri subuh...
sunyi dan menenangkan...

Ukir senyummu menapak bahagia di benakku...
rembulan penuh itu terpancar seru bahagianya aku...
tercermin wajahmu di balik purnama itu...
tersenyum sendiri aku menongkah di jendela...

Kasih,
dirimu yang teristimewa...
menakluki hati tak kira siang mahu malam...
menyempurnai taman sakura membunga bugar nan segar...
luruh salju mengganti terbitan fajar...
cinta di hatiku sedang menumbuh liar...

Sungguh Rindu

Kasih....
sunggu rindu aku padamu...
terasa teramat jauh perantaraan kita...

Kasih...
rindu aku pada renung tatap indah matamu...
rindu aku pada ukir senyum pesonamu...
rindu aku akan bisik merisik hati putriku...

Kasih...
merinduimu itu lebih dingin daripada suanya salju....
merinduimu itu lebih meributkan daripada taufan malam...
merinduimu itu barangkali lebih memuaskan...
kerana aku tahu ada cinta buatmu di hatiku...

Doa

Tuhan...
butakan hatiku...
untuk tidak merindui dia....

Tuhan...
matikan akalku...
untuk tidak mengingati dia...

Tuhan...
gelapkan pandanganku...
untuk tidak melihat dirinya....

Tuhan....
sokongilah doaku...
biarkanlah bisik hatiku itu....
yang asyik mengharapkan dia....
dengarkanlah doaku,Tuhan....

Tuhan...
jauhkan dia dari hatiku...
hindarkan dia dari hidupku...

Berhentilah

Hati...
usah berharap lagi...
jangan biar luka mencalar padamu lagi....

Hati...
usah berdegil lagi...
jangan biar rintihan membanjiri dirimu lagi...

Hati...
usah mencintai lagi...
dia bukan kekasih hati...

Hati...
usah merindui...
dia bukan yang patut disambut kembali...

Hati...
terimalah hakiki...
hadapilah realiti...
dirimu harus sembuh daripada sakit kembali...
jangan mencintai lagi....berhentilah...

Cinta? It's not My Type~~

Assalamualaikum....

Semalam sebelum balik ke Kluang, saya sempat beli sebuah buku di Pusat Islam Johor setelah mendengar ceramah Ustaz Asyraf dan lunch di sana. Buku itu bertajuk Terimalah Pinanganku. Saya fikir buku itu berkenaan rumah tangga seperti cara-cara menghormati suami dan sebagainya atau mungkin cerpen-cerpen pendek berkaitan suami isteri. Tetapi apabila saya baca ringkasan di bahagian kulit belakang buku tersebut malah di muka surat pertamanya, ia menyentuh berkaitan percintaan. Madah-madah cinta dan makna percintaan?!! Saya terus tawar hati untuk meneruskan pembacaan. Di kulit belakang ada tertulis, "Cinta itu menyembuhkan." Ya. Mungkin. Mungkin benar Cinta itu menyembuhkan. Tetapi biarlah buat masa ini saya sembuh tanpa cinta. Biarpun sukar, setidaknya ia tanpa Cinta. Cukuplah adanya Cinta Allah s.w.t. bersama saya. Cukuplah ada Yesung untuk menjadi penawar saya. Cukuplah ada kawan-kawan untuk saya lupakan kedukaan saya. It's enough.

What's happening???

Assalamualaikum....

What have been happened to my blog actually?!! Hours ago, I lost several things that I had edited in my blog. That just weird. I was curious about something. Did there was a hacker on my blog? Ah! If that was true, you such a jerk!! Make myself in trouble!! FUCK!! BulSHIT!!!! Get that word!! You'll get the curse later in your life!! Aaarrggghhh !!

Comel Sungguh !!!

Cuba anda klik tajuk di bawah ^^

Everything Not Always Same: Kehadiranmu_Adeara KyQee: Nama sebenar beliau ialah Areara KyQee... Kewujudannya d dlm hidup Qeeta sgt special n melengkapkan hidup  Endeavor Qeeby .. kedua2nya merup...



Comel kan haiwan tue~~~~ geram !! Macam hamster comelnya. Tapi ini lagi comel. Mata dia bulat ! Eeeeee~~~~geram! geram! geram!

Lelaki-wanita

http://wanmuhammadhazem.blogspot.com/2011/07/setuju-dengan-pendirian-waheeda-wassini.html

Assalamualaikum....

Sudah klik link di atas? Itu artikel berkenaan bekas artis dan pelakon Wahidah bukan? Apa yang saya hendak sampaikan dalam entry kali ini ada kaitan sedikit berkenaan artikel tersebut. Di dalam artikel tersebut ada menyebut tentang lelaki yang berperwatakan perempuan bukan? Itulah yang hendak saya sampaikan sekarang ini.

Dalam artikel itu ada menyebut, Wahidah terbatal wuduk akibat tersentuh dengan rakan-rakan lelaki yang berperwatakan perempuan. Jadi, apakah iktibar daripada situ?

Itulah sebabnya haram bagi kita yang Islam mengubah fitrah kita. Jika sudah lelaki, sebaiknya teruslah berperwatakan lelaki. Jika perempuan, kekallah dengan sifat keperempuanannya. Namun kita tahu bukan. Ada yang diberi dua jantina. Itu bergantung kepada perwatakannya lebih kepada siapa? Sama ada wanita atau lelaki. Harap faham lah ya.

Ok. Berbalik soal lelaki yang berperwatakan wanita ini. Ada di antara mereka ini sengaja dibuat-buat, ada yang dikatakan semula jadi maksudnya mungkin dalam keluarganya semua wanita atau majoritinya wanita. Namun, seeloknya yang dibuat-buat itu usahlah diteruskan. Anda itu lelaki. Pemimpin kepada wanita. Bukan pengikut wanita. Harap maaf jika ada yang tersinggung. Saya menegur sahaja.

Bagi yang dikatakan semula jadi pula, biarpun anda lelaki yang berperwatakan wanita, janganlah pula menganggap bahawa diri anda itu seolah-olah sebenar-benarnya wanita. Anda dengan wanita yang tiada pertalian darah, mahram, ajnabi, tetap haram bersentuhan. Jikapun terpaksa, sebaiknya berlapik. Tidak boleh bersentuhan antara kulit dengan kulit. Anda sendiri lebih tahu bukan? Ingatlah, walaubagaimanapun anda tetap seorang lelaki. Biarpun pakaiannya berubah, make-upnya, anda tetap lelaki. Jika sudah berkahwin tetap digelar suami, jika mengetuai jemaah digelar imam, jika merupakan ketua kedua dalam keluarga digelar abang. Ingat. Di mana-mana pun. Anda itu tetap lelaki. Cara pengkapanannya pun nanti mengikut cara-cara pengkapanan lelaki. Nama yang akan disebut turut bersertakan 'bin'. Dosa yang anda tanggung, tetap dosa-dosa isteri dan anak-anak. INGAT! Anda itu lelaki selamanya.

Seperti yang kita tahu, yang kita sedar, kita sedang menghampiri dunia akhir zaman. Tanda-tanda kecilnya, antaranya ialah kaum wanita semakin ramai manakala kaum lelaki semakin berkurangan. Jadi usahlah anda 'menambahkan' lagi kaum wanita ini. Oleh itu, dinasihatkan berubahlah wahai lelaki pemimpin wanita! Bermula dengan niat dan berubahlah secara perlahan-lahan. InsyaAllah...Anda akan berjaya. Selagi kubur belum menjemput, masih belum terlambat. Berubahlah. Dan bangkitlah sebagai lelaki yang akan memimpin wanita-wanitamu ke jalan yang benar. InsyaAllah....

Cinta Platonik

Awak teman lelaki saya,
saya teman wanita awak,
kita kawan kan?


Aku terlalu serik dengan percintaan yang lalu sampaikan aku kehilangan kepercayaan kepada yang bernama CINTA. Aku anti-cinta. Tapi bukan anti-lelaki. Buktinya,
Ferhan. Satu-satunya mahram aku yang paling aku sayang.
He's my Boyfriend. He's my Best Friend.
He's everything.
He can be anything for me.
He's perfect!
Tapi macam manapun, dia tidak dapat tutup lubang-lubang hitam di hati aku.
Kerana dia adalah teman lelaki.
Bukan kekasih.
Bukan teman hidup.

Bila aku sedih, menangis,
he's the only one man that be with me.
Satu-satunya kawan yang akan mengesat air mata aku dan menukarnya menjadi butiran mutiara yang sangat indah. He's awsome!

Dia pernah bergaduh dengan Girlfriend dia disebabkan aku.
Girlfriend dia jealous sebab he spent more time with me than her.
Akhirnya, they break up.
He continued to be with me.
As a friend.

Pada suatu hari,
dia ada kata pada aku yang dia sayangkan aku.
Aku just ucap terima kasih saja lah.
Masing-masing antara kami saling sayang-menyayangi.
Siapa tidak sayang kawan beb!

Hubungan akrab kami telah menjadi bahan gosip di kampus.
Apalah yang menariknya cerita pasal mangsa kegagalan cinta dengan teman lelaki yang putus cinta sebab kawan?
Tapi kami buat tidak tahu saja.

Tamat saja belajar,
masing-masing ikut haluan masing-masing.
Tapi tidak kira haluan macam manapun, mesti hendak cilok mana boleh.
Ya tak?
Ini zaman teknologi. Zaman IT.
Come on lah beb!
FB ada. Twitter ada. Bak kata, macam-macam ada.

Then,
semasa reunion,
kami berjumpa. Wow ! Dia semakin handsome and smart lah beb !
And...
dia bawa awek bersama.
Nama dia Safina.
Cantik, ayu.
Pokok kata memang secocoklah dengan dia.
Siapa tahu? Rupa-rupanya itu tunang dia.

Tiga bulan kemudian,
mereka bernikah dan bersanding.
Aku juga yang jadi pengapit pengantin perempuannya.

Tapi....
Since Ferhan sudah kahwin ini,
aku pun jarang contact dengan dia.
Yalah. Aku tak nak lah rosakan rumah tangga orang pula.
Cukup-cukuplah dulu Ferhan bertekak lidah dengan ex dia.
Tapi yang kena pelempang aku juga.
Mangsa keadaan...

So,
disebabkan sudah lama tidak jumpa,
Ferhan aturkan temu janji untuk kami berdua.
Katanya Safina izinkan.
Aku pun on saja lah.
Lagipun, aku miss gila dekat dia.
Yalah. Aku mana ada kawan lain selain dia.
Kenalan ramai lah.

Sewaktu temu janji itu,
dia ada cakap dekat aku yang dia rindukan aku.
Rindu sangat-sangat.
Aku pun balas saja lah dengan benda yang sama.
Tapi aku ada tanya juga tak apa ke kalau dia cakap macam itu?
Kalau Safina dengar tak niaya?

Dia tak jawab...
tiba-tiba suasana jadi senyap.

Dia beritahu aku....

"Shika. Sejak aku kahwin, kita jarang contact kan?
Kau tahu tak? Aku rasa hidup aku kosong tanpa kau.
Dan....
aku tak tahu pula aku sampai mengigau.
Itupun Fina yang beritahu."

Aku terkejut.
Takkan sampai mengigau?

"Habis Fina ok tak?"

Dia tidak jawab.
Sebaliknya....

"Shika. Sudi tak kau jadi isteri aku?"

Kali ini aku memang terkejut gila.
Sudah keruh apa otak si Ferhan ini.

"Apa kau cakapkan ni Ferhan?
Kalau nak bergurau pun agak-agak lah.
Kau kan sudah ada isteri.
Dengar kata Fina pregnant, right?"

"Kami sudah bercerai."

"What ?!! Wa...Wa...Why?Sebab aku ke?!!"

"Bukan. Perkahwinan kami memang sudah tidak dapat diselamatkan.
Dia keguguran dan tak boleh mengandung lagi.
Sejak dia tahu tentang itu,
dia mengalami tekanan jiwa dan asyik desak aku supaya ceraikan dia.
Katanya tak nak susahkan aku."

"Habis? Kau ceraikan?Macam itu saja?"

"Tapi ini bawa kebaikan untuk kita juga Shika."

"Kau gila!Perjanjian tetap perjanjian!!Kau tahu itu kan?!!"

"Tapi takkan sampai macam itu? Kita still boleh berkawan kan even sudah berkahwin?Lagipun, hubungan antara lelaki dan perempuan itu memang lumrah tidak terhenti di persahabatan sahaja."

"NO!"

Aku terus pergi tinggalkan dia.
Di tempat temu janji.
Aku tinggalkan dia di hati aku sebagai seorang kawan.
Hanya seorang kawan.

Hal ini buat emosi aku terganggu.
Aku  pernah gagal dalam percintaan tetapi takkan dalam persahabatan juga?
TERUK !!!

Jadi.
aku decided untuk menyambung kembali misi pencarian aku yang telah terhenti bertahun-tahun lalu.
Aku mencari saudara lelaki aku.
Yang sebaya dengan aku.
Merupakan anak isteri pertama ayah aku.
Aku tak tahu bagaimana kehilangannya.
Sebab apa dan bagaimana.
Yang aku tahu,
aku ada harta yang perlu dicari.

Setelah aku bertungkus-lumus,
berhempas-pulas mencari saudara lelaki aku ini,
aku mendapati dia sedang berkhidmat di sebuah rumah anak-yatim.
Aku datang ke rumah anak yatim itu mencari seseorang yang bernama
Muhammad Ahmad Ikhwan bin Ahmad Ridhwan.
Muncul seorang lelaki berwajah tampan dan cerah.
Dan aku sangat mengenalnya.
Itulah Ikhwan.
Siapa sangka itu jugalah Ferhan.

Aku tidak menyangka.
Terlalu kecil bumi Allah s.w.t. ini.

Sekarang aku faham,

tidak semua hubungan antara lelaki dan perempuan itu terhenti di persahabatan,
tetapi ada yang lebih daripadanya.
Bukan percintaan.
Tetapi kekeluargaan.

Cinta kami berdua,
selamanya cinta platonik.
Bukan untuk bernikah,
Bukan untuk mengikat apa-apa hubungan,
tetapi cukup sekadar hidup bersama
sebagai sebuah keluarga.

Ini adalah percintaan Adam & Hawa kami.





Cerita ini hanya rekaan saya semata. Jika ada persamaan nama dan perwatakan, mohon tidak disalah anggap. Terima kasih.







Gambar Botak

Assalamualaikum...

Tadi saya singgah sekejap di FB saya. Tak lupa juga untuk berkunjung ke group kesayangan saya iaitu CME. Huhu....Jadi tadi terbaca sebuah post katanya Yesung oppa ada share pic orang botak di Twitter and adakah itu bermakna oppa akan pergi ke army tidak lama lagi? Hati saya sempit. Hati saya sakit. Walau tidak terseksa mana, tetapi saya tidak suka perasaan yang begitu. It spoil my mood. Huh~~~ Adakah saya akan rindukan dia nanti? Twitter dia akan senyap seketika ke nanti? Hmmm....Entahlah.Malas hendak fikir. It really spoil my mood! Just wait and see till that day come. I hope I won't miss it. Yalah, saya kan jarang online FB and Twitter. So, jarang jugalah dapat update pasal oppa. Huh~~~ mengeluh jelaaahh.....

Suara Haiwan

Assalamualaikum...

Tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, saya terlihat seekor anjing di pagar bahagian dalam sebuah rumah. Tiba-tiba saya terfikir kalau-kalau anjing itu menyalak, apakah maksudnya? Sedangkan saya tidak berbau darah atau membawa daging? Saya teringat kalau haiwan itu sentiasa berzikir mengagungkan Allah s.w.t. Jika anjing itu menyalak, sudah tentu saya takut. Tetapi adakah saya takut kerana salakannya seolah akan bertindak agresif dan mengejar saya atau kerana saya sedar bahawa dia sedang melaungkan kalimah Allah s.w.t. ? Tepuk dada tanyalah sendiri diri kita masing-masing.

Kemudian saya terfikir pula tentang ikan. Satu tajuk terlintas di fikiran saya. Tsunami. Sebelum tsunami, kita akan merasakan gegaran bukan? Dan haiwan yang dapat mengesannya terlebih dahulu sudah tentu hidupan laut seperti ikan bukan? Katakan anda memelihara ikan di dalam akuarium di rumah. Dan anda melihatnya berenang kelam-kabut di dalam akuarium tersebut. Lalu anda mula sedar bahawa dia sedang merasakan sesuatu. Barangkali bencana? Sudah tentu kita juga akan berasa gelisah bukan? Tetapi sedarkah gelisah yang bagaimana yang kita rasakan? Adakah gelisah kerana bencana akan menimpa dan kita kehilangan segalanya? Atau kerana bahasa tubuh ikan itu melalui caranya berenang yang menyedarkan kita bahawa......seolah dia berkata....., "INGATLAH PADA ALLAH S.W.T. WALAU APAPUN YANG TERJADI. INGATLAH PADA ALLAH S.W.T. ! INGATLAH PADA ALLAH S.W.T. !!" Jadi bagaimana? Renung-renungkanlah. Masing-masing tahu jawapannya. Jawapan itu dapat mengukur ketakwaan kita kepada Allah s.w.t.

Astaghfirullahalaziim....




F-R-U-S-T = FRUST


Assalamualaikum....

Huaaaaaa !! Hendak menangis rasa !! Pagi tadi pun buka twitter still niat hendak wish Good Morning to Yesung tapi LOADING lama sungguh !!! BENCI !! Ufffft !! Saya sudah jarang on FB~~ Apa lgi Twitter. So, masa still ingat and terasa mahu on ini lah yang hendak tweet pada EverLastingBoyfriend saya itu. Tapi . . . . . . Huh~~~ Sudah 3 hari 3 pagi saya buat hal yang sama dan mengalami hal yang sama. TERUK !! Huh~~ Miss him....



Gelap


Assalamualaikum....

Jam pukul berapa sebenarnya sekarang ini? Saya terbangun dari tidur. Bilik saya gelap sangat. Nampak macam sedang tiada current. Pukul empat pagi ke? Huhu....Saya tidur mati rupanya. Homework banyak tidak siap. Banyak tidak buat. Teruklah Farahin ini.! Eeh....bateri laptop penuh? Kemalangan ini baru berlaku ke? Huh? Aishhh....sudahlah gelap, tiada current. Homework pula tidak siap. Dinner pun tidak nih ! Laparnyaaaa.....Okey. Sampai di sini sahaja ok.  Assalamualaikum....

P/S : Oh ! Seluruh taman gelap.  Huhu...

Kiri ke Kanan ???


Assalamualaikum....

Waaaaaaahhhh.....saya join platun kawat kaki untuk pertandingan kebangsaan lah. Hehee...Sudah lama tak kawat kaki, belakang sakit-sakit jadinya. Tapi best!! Untuk pengetahuan, saya ini Unit Beruniform Puteri Islam tetapi kawat kaki yang saya join ini adalah kawat kaki secara sukarela. Di pertandingan nanti, kami akan memakai uniform pengakap. Alamak ! Saya masih tidak dapat membayangkannya. Hikhik... Lagi satu, hari ini ialah 1st daya saya join kawat kaki ini. So, it's quite weird bila kita jalan mula dengan kaki kiri. Semuanya dimulakan dengan kaki kiri. Padahal saya yang Puteri Islam ini sudah terbiasa dengan kaki kanan. Bak kata, lebih afdhal. Ya tak? Huhu... Apapun, antara dugaan dalam kawat kaki. Saya mesti mengatasinya!! Ingat!! It start with LEFT side NOT RIGHT side !! Hihihi....Okeylah. Itu saja yang hendak di share. Assalamualaikum.....




Wasting Time

Assalamualaikum....

Huh~~~ I really really really wasting my time !! Didn't I ?!!! I keep spend my time, MY WHOLE TIME with my blog !!! That just INSANE. Lastly, I didn't done any my homework. That just NOT RESPONSIBLE !!! SHIT !!! I just make SHAME on myself !!! Hmmm....

Mangsa


Aku
dahulunya seorang pencinta
dan terus mencinta
kemudiannya kecewa
nan terseksa.

Aku
dahulunya kelam-kabut dalam kesuraman
dan kedinginan dalam kepiluan
kemudiannya keseorangan
nan kesunyian.

Kini aku bukan pencinta
malah tidak mampu mengaguminya
tidak lagi...
tidak kali ini.

Jangan kata sehiris luka hanya pedih
bagai digigit serangga.
Jangan sangka parut dahulunya
tidak mengingatkan pada kehitaman semalam.
Jangan fikir memori tidak mampu membawa trauma.

Aku bukan lagi seorang yang sedang CINTA. Tetapi seorang yang sedang PERCAYA.
PR0M15E T0 
13
ELIEVE !!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...