Bukan Naluriku

Siapakah kamu bagiku?
Siapakah kamu bagi hatiku?
Siapakah kamu buat diriku?

Sedari dulu,
sentuhanmu sentiasa membuat aku meggigil,
kehangatan itu membuat aku selesa,
malah turut menyakitkan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
apabila kau senyum kepadaku,
bagaikan haruman mawar menyinggah hiduan,
ketenangan itu sungguh membahagiakan,
namun turut membuat aku kekeliruan,
kerana itu bukan naluriku.

Sedari dulu,
perlahan-perlahan aku merasakan ada perbezaan antara kita,
hubungan ini tidak harus ada,
persahabatan ini mesti menjadi noktah,
bagaimanakah dapatku hentikan semua ini?

Hari demi hari,
tatkala waktu semakin menghampiri kita,
ketika itulah kesempatannya aku menghidar darimu,
meninggalkan perasaan itu,
merenggangkan hubungan persahabatan ini,
kerana mencitaimu,
bukan naluriku.



[ Puisi ini terhasil melalui kisah-kisah lama saya dahulu. Mengenali seorang kawan perempuan yang mesra dan sangat ramah. Tidak sangka saya boleh tersalah sangka akan persahabatan kami. Betapa SUKARnya. Betapa SUSAHnya melawan naluri yang bercanggah itu. Tambahan, biarpun saya menghindar darinya tetapi dia sering mendekati saya. Namun akhirnya saya berjaya. Berjaya meninggalkan perasaan itu malah turut merenggangkan hubungan kami. Saya tak menyesal. Asal kedua-dua kami selamat.]



Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...