Cinta Platonik

Awak teman lelaki saya,
saya teman wanita awak,
kita kawan kan?


Aku terlalu serik dengan percintaan yang lalu sampaikan aku kehilangan kepercayaan kepada yang bernama CINTA. Aku anti-cinta. Tapi bukan anti-lelaki. Buktinya,
Ferhan. Satu-satunya mahram aku yang paling aku sayang.
He's my Boyfriend. He's my Best Friend.
He's everything.
He can be anything for me.
He's perfect!
Tapi macam manapun, dia tidak dapat tutup lubang-lubang hitam di hati aku.
Kerana dia adalah teman lelaki.
Bukan kekasih.
Bukan teman hidup.

Bila aku sedih, menangis,
he's the only one man that be with me.
Satu-satunya kawan yang akan mengesat air mata aku dan menukarnya menjadi butiran mutiara yang sangat indah. He's awsome!

Dia pernah bergaduh dengan Girlfriend dia disebabkan aku.
Girlfriend dia jealous sebab he spent more time with me than her.
Akhirnya, they break up.
He continued to be with me.
As a friend.

Pada suatu hari,
dia ada kata pada aku yang dia sayangkan aku.
Aku just ucap terima kasih saja lah.
Masing-masing antara kami saling sayang-menyayangi.
Siapa tidak sayang kawan beb!

Hubungan akrab kami telah menjadi bahan gosip di kampus.
Apalah yang menariknya cerita pasal mangsa kegagalan cinta dengan teman lelaki yang putus cinta sebab kawan?
Tapi kami buat tidak tahu saja.

Tamat saja belajar,
masing-masing ikut haluan masing-masing.
Tapi tidak kira haluan macam manapun, mesti hendak cilok mana boleh.
Ya tak?
Ini zaman teknologi. Zaman IT.
Come on lah beb!
FB ada. Twitter ada. Bak kata, macam-macam ada.

Then,
semasa reunion,
kami berjumpa. Wow ! Dia semakin handsome and smart lah beb !
And...
dia bawa awek bersama.
Nama dia Safina.
Cantik, ayu.
Pokok kata memang secocoklah dengan dia.
Siapa tahu? Rupa-rupanya itu tunang dia.

Tiga bulan kemudian,
mereka bernikah dan bersanding.
Aku juga yang jadi pengapit pengantin perempuannya.

Tapi....
Since Ferhan sudah kahwin ini,
aku pun jarang contact dengan dia.
Yalah. Aku tak nak lah rosakan rumah tangga orang pula.
Cukup-cukuplah dulu Ferhan bertekak lidah dengan ex dia.
Tapi yang kena pelempang aku juga.
Mangsa keadaan...

So,
disebabkan sudah lama tidak jumpa,
Ferhan aturkan temu janji untuk kami berdua.
Katanya Safina izinkan.
Aku pun on saja lah.
Lagipun, aku miss gila dekat dia.
Yalah. Aku mana ada kawan lain selain dia.
Kenalan ramai lah.

Sewaktu temu janji itu,
dia ada cakap dekat aku yang dia rindukan aku.
Rindu sangat-sangat.
Aku pun balas saja lah dengan benda yang sama.
Tapi aku ada tanya juga tak apa ke kalau dia cakap macam itu?
Kalau Safina dengar tak niaya?

Dia tak jawab...
tiba-tiba suasana jadi senyap.

Dia beritahu aku....

"Shika. Sejak aku kahwin, kita jarang contact kan?
Kau tahu tak? Aku rasa hidup aku kosong tanpa kau.
Dan....
aku tak tahu pula aku sampai mengigau.
Itupun Fina yang beritahu."

Aku terkejut.
Takkan sampai mengigau?

"Habis Fina ok tak?"

Dia tidak jawab.
Sebaliknya....

"Shika. Sudi tak kau jadi isteri aku?"

Kali ini aku memang terkejut gila.
Sudah keruh apa otak si Ferhan ini.

"Apa kau cakapkan ni Ferhan?
Kalau nak bergurau pun agak-agak lah.
Kau kan sudah ada isteri.
Dengar kata Fina pregnant, right?"

"Kami sudah bercerai."

"What ?!! Wa...Wa...Why?Sebab aku ke?!!"

"Bukan. Perkahwinan kami memang sudah tidak dapat diselamatkan.
Dia keguguran dan tak boleh mengandung lagi.
Sejak dia tahu tentang itu,
dia mengalami tekanan jiwa dan asyik desak aku supaya ceraikan dia.
Katanya tak nak susahkan aku."

"Habis? Kau ceraikan?Macam itu saja?"

"Tapi ini bawa kebaikan untuk kita juga Shika."

"Kau gila!Perjanjian tetap perjanjian!!Kau tahu itu kan?!!"

"Tapi takkan sampai macam itu? Kita still boleh berkawan kan even sudah berkahwin?Lagipun, hubungan antara lelaki dan perempuan itu memang lumrah tidak terhenti di persahabatan sahaja."

"NO!"

Aku terus pergi tinggalkan dia.
Di tempat temu janji.
Aku tinggalkan dia di hati aku sebagai seorang kawan.
Hanya seorang kawan.

Hal ini buat emosi aku terganggu.
Aku  pernah gagal dalam percintaan tetapi takkan dalam persahabatan juga?
TERUK !!!

Jadi.
aku decided untuk menyambung kembali misi pencarian aku yang telah terhenti bertahun-tahun lalu.
Aku mencari saudara lelaki aku.
Yang sebaya dengan aku.
Merupakan anak isteri pertama ayah aku.
Aku tak tahu bagaimana kehilangannya.
Sebab apa dan bagaimana.
Yang aku tahu,
aku ada harta yang perlu dicari.

Setelah aku bertungkus-lumus,
berhempas-pulas mencari saudara lelaki aku ini,
aku mendapati dia sedang berkhidmat di sebuah rumah anak-yatim.
Aku datang ke rumah anak yatim itu mencari seseorang yang bernama
Muhammad Ahmad Ikhwan bin Ahmad Ridhwan.
Muncul seorang lelaki berwajah tampan dan cerah.
Dan aku sangat mengenalnya.
Itulah Ikhwan.
Siapa sangka itu jugalah Ferhan.

Aku tidak menyangka.
Terlalu kecil bumi Allah s.w.t. ini.

Sekarang aku faham,

tidak semua hubungan antara lelaki dan perempuan itu terhenti di persahabatan,
tetapi ada yang lebih daripadanya.
Bukan percintaan.
Tetapi kekeluargaan.

Cinta kami berdua,
selamanya cinta platonik.
Bukan untuk bernikah,
Bukan untuk mengikat apa-apa hubungan,
tetapi cukup sekadar hidup bersama
sebagai sebuah keluarga.

Ini adalah percintaan Adam & Hawa kami.





Cerita ini hanya rekaan saya semata. Jika ada persamaan nama dan perwatakan, mohon tidak disalah anggap. Terima kasih.







Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...