'Kawan' Makan Kawan

Assalamualaikum....

Cis! Tak guna punya 'Kawan' ! Mengganggu perjalanan saya dengan Raidah ketika hendak balik dari sekolah saja. Cop! 'Kawan'? Siapa? Yang mana? Well~ memandangkan saya ini bakal menjadi calon-calon veterinar, so semua haiwan saya kata 'Kawan'. Hehehe....

Ehem! Waktu hendak keluar dari sekolah tadi, ada seekor anjing berlari ke arah kami. Pada mulanya, saya dengan Raidah stay saja. Tapi anjing itu makin dekat dan dekat. So, kami lari lah. Saya pun belum jadi Official Veterinar. Kalau tak, bolehlah saya pegang dengan pakaian serba pelindung. Hahahaha.... Kami berlari dan masuk ke sekolah sebelah. Well~ kawasan di situ memang tapak sekolah-sekolah menengah & rendah. Fortunately, Pak Cik Guard di situ tolong halau anjing itu. Aigoo~ anjing siapalah itu?

Anjing itu tak nampak liar. Sebab dia tak menyalak pun. Dia just hendak dekat dengan kami je. Nak menyendeng lah tu~ Dia ingat kami ini tuan dia apa? Yalah tu. Lagikan kami lari. Lagi lah dia ingat kami nak main kejar-kejar dengannya. Tapi kalau tak lari nanti, kalau dia menggesel, tak ke najis? Haishh~~~

Nasihat saya, janganlah lepaskan haiwan peliharaan anda terutama anjing yang menjadi najis bagi orang Islam tanpa tuan ya? Respect us please. Kalau dah jemu dengan anjing itu? Sudah malas nak jaga? Cuba hantar dia ke mana-mana kebun untuk jadi penjaga? Atau anda boleh hantar ke pusat perlindungan haiwan. Okey? Arasso? Haishhh....susah~susah~



Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...