Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Lambang Islam ?

Posted by ELFarahin | On April 04, 2012 | |
Assalamualaikum......

Hari ini saya diduga Allah s.w.t dengan sebuah ujian yang ringan dan mudah (hakikatnya) melalui rakan sekelas saya yang bukan Islam. Dia bertanya, apakah maksud bulan dan bintang yang terdapat pada kubah masjid atau surau. Malunya, saya tiada jawapan untuk itu. Saya hanya terfikir, barangkali itu sekadar adat atau kreativiti umat Islam yang tersendiri kerana sedangnkan masjid/ surau pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu tidak ubah seperti pondok kecil yang beratapkan nipah daun pokok kurma. Saya tahu ini pun dari menonton Jejak Rasul yang sudah lama dahulu. Mujur masih ingat. Alhamdulillah. Apabila saya katakan pada rakan saya itu bahawa saya tiada jawapan bagi soalannya itu, dia mula mencabar jiwa saya. Dia kata...." Awak Islam ke?". Ayat itu terlalu sinis. Saya terkejut mendengarnya. Seriously, memang tersentap. Kata-katanya asyik bermain di fikiran saya. Kata-kata itu mencabar pendirian saya sebagai seorang Islam malah its spoil my mood also. Saya berasa malu bila dia berkata begitu. Saya malu dengan diri saya. Saya malu dengan Allah s.w.t. Malah saya malu dengan dia. Saya rasa hendak menangis pun ada. Kata-kata dia itu terlalu menyakitkan. Adakah sememangnya serendah itu tempat saya?? Sehina itu?? Astaghfirullahalaziim....

So tadi saya cari maksud bagi lambang bintang dan bulan pada kubah masjid/surau ini. Saya mendapat dua jawapan daripada laman forum ; http://komuniti.iluvislam.com/topic/21630-simbolik-lambang-bulan-sabit-dan-bintang/. Jawapannya....

"Bulan sabit itu maksud kepada bekas (bekas dakwat), bintang itu cahaya ilmu ( atau dakwat / penulisan ilmu) bekas ilmu. jika di perhatikan ianya seperti huruf "nun" Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ p/s: Makrifah kurniaan Allah kepada orang dahulukala, ( tidak ada satupun ciptaan Allah Yang sia sia , walaupun sebentuk Huruf atau sesedut nafas) Maaf , Hanya sekadar cerita cerita ilmu yang tiada apa apa kaitan dengan iman. Tetapi ianya dapat berkecimpung Dalam Iman bagi yang mengerti . Ianya bukan dengan hanya satu maksud, tetapi pelbagai maksud ( zahir ,batin dan Rahsia ( rahsia Allah tiada siapa yang mengerti) "


dan....


"*assalamualaikum *bismillah
Saudari/ra, Pada hari ini kita melihat bahawa setiap agama itu mempunyai simbolnya tersendiri. Sebagai contoh: Islam dengan "bulan bintang", Kristian dengan "salib", dan Yahudi dengan "bintang 6". Maksud simbol Islam dengan "bulan bintang" tidak dapat dipastikan. Cuma ada yang mengatakan bahawa bintang 5 itu menunjukkan rukun Islam yang 5 dan banyak lagi tafsiran yang cuba diutarakan. Namun, tafsiran-tafsiran tersebut tiada pengukuhannya dari segi sejarah. Menurut sejarah, setiap kumpulan yang berperang mempunyai bendera atau simbol mereka tersendiri. Mereka terus mempertahankan bendera tersebut dari jatuh. Kerana jatuhnya bendera atau simbol tersebut, maka kumpulan tersebut diktibar kalah. Dalam sejarah Islam, bendera-bendera yang telah digunakan adalah bewarna putih, hijau atau hitam kosong. Bendera atau simbol Islam dengan "bulan bintang" adalah bermula ketika pemerintahan Kerajaan Turkey Uthmaniah. Selepas Islam tersebar dengan lebih luas melalui usaha yang dilakukan oleh kerajaan Turkey Uthmaniah, maka secara tidak langsung simbol Islam dengan "bulan bintang" terus diketahui umum sebagai simbol untuk agama Islam. Wallahualam. "

Jadi, rasanya pendapat saya juga tidaklah jauh pesongannya daripada komen yang kedua. Ia adalah kreativiti umat Islam itu sendiri. Begitu juga tulisan khad. Bukankah ia adalah kreativiti yang terhasil daripada pemikiran kreatif umat Islam itu sendiri? Ia adalah sebuah seni melambangkan kesenian umat Islam itu sendiri. Tidakkah begitu?

Baiklah....
Sampai di sini sahajalah ya.
Agak-agak perlukah saya suarakan jawapan ini kepada rakan saya itu esok?
Rasanya seolah saya tidak mampu berhadapan dengannya....

[Jika ada kesalahan tentang entry ini, kepada anda yang berilmu lebih tinggi daripada saya bolehlah menegur atau berkongsi ilmu sekali ya. Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh]

No comments:

Post a Comment

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin