Mangsa


Aku
dahulunya seorang pencinta
dan terus mencinta
kemudiannya kecewa
nan terseksa.

Aku
dahulunya kelam-kabut dalam kesuraman
dan kedinginan dalam kepiluan
kemudiannya keseorangan
nan kesunyian.

Kini aku bukan pencinta
malah tidak mampu mengaguminya
tidak lagi...
tidak kali ini.

Jangan kata sehiris luka hanya pedih
bagai digigit serangga.
Jangan sangka parut dahulunya
tidak mengingatkan pada kehitaman semalam.
Jangan fikir memori tidak mampu membawa trauma.

Aku bukan lagi seorang yang sedang CINTA. Tetapi seorang yang sedang PERCAYA.
PR0M15E T0 
13
ELIEVE !!!



Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...