Skuad P3

Assalamualaikum....

Pergh! Penat gila hari ini! Satu jam yang lalu saya baru saja balik dari pertandingan kawat kaki di PPD Kluang. Tapi jalan kaki dari sekolah. Hehehe....Well~ pagi tadi smart saja dengan kasut yang kilat tak berapa nak kilat and uniform Pengakap yang lengkap tak berapa nak lengkap. Hahaha.... Sebab saya punya kedudukan lencana Johor, Kluang and '30' terbalik. Aish! Masalah~masalah~. Tapi itu pagi tadi. Tapi masa balik tadi pakaian 'smak' gila. Hahahaha.... Dengan butang baju and lengan yang terbuka. Butang baju buka separuh saja ya. Anyway, saya pakai baju hitam dekat dalam. Huhu...  Sebelum balik rumah, sempat lagi lepak dengan kakak-kakak tecit dekat bus stop sekolah rendah yang dekat sebelah sekolah saya. Saya siap baring meniarap dekat situ. Kaki sakit~~~ tak larat nak jalan kaki balik. So, rehat jap. Lepas ketiga-tiga kakak tu balik, saya pun gerak. Nak tahu tak? Pasukan Pengakap Puteri kami datang lambat. Elok-elok giliran nombor 3 dah jadi pasukan puteri yang terakhir sekali kawat kaki. Kami buat yang sebaik mungkin (even tak sebaik mana). Hahaha...yalah. Kami berlatih 1 minggu lebih saja. Tak sampai 2 minggu pun. Huhu.... Oklah. Sampai sini saja ok. Penat lah~~ Assalamualaikum.

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...