Solat Mudah & Sah




Assalamualaikum...

Hey! Tiba-tiba teringat tentang sesuatu lah.
Mahu tahu apakah ia?

Tahukah anda bahawa Islam itu memudahkan? Malah ia tidak memaksa?
Entry kali ini saya hendak post tentang solat.
Solat untuk sekadar sah dan Insyaallah dapat menghindarkan anda daripada azab api neraka sakar.

Kita mulakan dengan wuduk ya.
1. Ratakan air ke seluruh muka(sekali sahaja) berserta niat wuduk di dalam hati.
2. Ratakan air dari tangan hingga ke siku, kedua-duanya(sekali sahaja).
3. Ratakan air ke sebahagian kepala(sekali sahaja).
4. Ratakan air di kaki hingga ke buku lali,kedua-duanya(sekali sahaja).
5. Tertib(ikut urutan dari 1 hingga 4).

PEMBERITAHUAN!
Membaca Bismillah, berkumuh, membasuh tangan hingga ke pergelangan tangan, memasukan air ke dalam hidung dan menghembuskannya, membasuh kedua-dua belah telinga hanyalah dihukumkan sunat. Tidak dilakukan pun tidak mengapa. Tetapi ada ganjaran pahala bagi sesiapa yang melakukannya.

Sekarang, kita mulakan tatacara solat kita.

1. Berdiri tegak.
2. Menyebut 'Allahuakhbar' tanpa mengangkat tangan berserta niat solat dalam hati (teruskan berdiri tegak).
3. Baca Al-Fatihah. (tidak perlu doa iftitah).
4. Rukuk berserta tomaninah 'Subhanallah'(sekali sahaja). (Tak perlu 'subhanarobbial a'zimi wa bihamdih'.)
5. Berdiri tegak sambil menyebut, 'Samia'llahuliman hamidah, robbana lakalhamd. Allahuakhbar'.)
6. Sujud. (tidak perlu tomaninah 'subhanarobbial a'la wabihamdih')
7. Duduk antara dua sujud. ( tidak perlu tomaninah).
8. Sujud. (tidak perlu tomaninah).
9. Duduk tahiyat awal (tidak perlu bacaan salawat).
10. Duduk tahiyat akhir ( baca salawat hanya sampai kalimah syahadah, 'Asyhaduan Lailahaillallah, Wa asyhaduanna Muhammadarasulullah.')
11. Beri salam, 'Assalamua'laikum Warahmatullah'(sekali sahaja).

PEMBERITAHUAN!
1. Doa qunut ketika dalam solat subuh, tidak dibaca masih sah solat. Ia boleh digantikan kepada sujud sahwi sebelum memberi salam selepas tahiyat akhir. Jika tidak digantikan, juga tidak apa.
2. Tatacara di atas hanya cara dalam solat. Bukan turut merubah rakaat solat. Rakaat solat tetap seperti biasa.
Subuh : 2 rakaat
Zohor : 4 rakaat
Asar : 4 rakaat
Maghrib : 3 rakaat
Isyak : 4 rakaat
3. Tatacara wuduk dan solat di atas hanya khas untuk mereka yang sukar untuk mendirikan solat atau secara kasarnya, malas. Sebaiknya, bagi kita yang mampu mendirikan solat dengan sempurna, janganlah ikut tatacara tersebut.
5. Jika anda kekeliruan atau berasa ragu dengan tatacara di atas, sebaiknya rujuklah kepada yang lebih pakar dan mengetahui. Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu. Jika ada silap dan salah, jangan segan untuk menegur. Saya sudi mengetahui dan menerimanya.




Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...