Suara Haiwan

Assalamualaikum...

Tadi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, saya terlihat seekor anjing di pagar bahagian dalam sebuah rumah. Tiba-tiba saya terfikir kalau-kalau anjing itu menyalak, apakah maksudnya? Sedangkan saya tidak berbau darah atau membawa daging? Saya teringat kalau haiwan itu sentiasa berzikir mengagungkan Allah s.w.t. Jika anjing itu menyalak, sudah tentu saya takut. Tetapi adakah saya takut kerana salakannya seolah akan bertindak agresif dan mengejar saya atau kerana saya sedar bahawa dia sedang melaungkan kalimah Allah s.w.t. ? Tepuk dada tanyalah sendiri diri kita masing-masing.

Kemudian saya terfikir pula tentang ikan. Satu tajuk terlintas di fikiran saya. Tsunami. Sebelum tsunami, kita akan merasakan gegaran bukan? Dan haiwan yang dapat mengesannya terlebih dahulu sudah tentu hidupan laut seperti ikan bukan? Katakan anda memelihara ikan di dalam akuarium di rumah. Dan anda melihatnya berenang kelam-kabut di dalam akuarium tersebut. Lalu anda mula sedar bahawa dia sedang merasakan sesuatu. Barangkali bencana? Sudah tentu kita juga akan berasa gelisah bukan? Tetapi sedarkah gelisah yang bagaimana yang kita rasakan? Adakah gelisah kerana bencana akan menimpa dan kita kehilangan segalanya? Atau kerana bahasa tubuh ikan itu melalui caranya berenang yang menyedarkan kita bahawa......seolah dia berkata....., "INGATLAH PADA ALLAH S.W.T. WALAU APAPUN YANG TERJADI. INGATLAH PADA ALLAH S.W.T. ! INGATLAH PADA ALLAH S.W.T. !!" Jadi bagaimana? Renung-renungkanlah. Masing-masing tahu jawapannya. Jawapan itu dapat mengukur ketakwaan kita kepada Allah s.w.t.

Astaghfirullahalaziim....




Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...