Aku dan Kau


Aku dan kau adalah sama
Sesama kita adalah serupa
Dua insan, Dua jiwa
di antara kita saling melengkapi
Kau adalah cerminku
Dan aku adalah bayang-bayangmu
Kata mereka,
keserasian itu makanan percintaan
tapi keserasian antara kita menghalang berputiknya percintaan
Aku dan kau memang serupa
Tetapi ada yang membezakan kita
Perbezaan itu merupakan tembok besar yang mustahil dapat aku mahupun kau melepasinya
antara aku dan kau tetap teruang sebuah jurang
di antara kita tidak akan melebihi tertib persahabatan.


Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...