Ever Lasting Boyfriend





Kim Yong-soo ialah namaku...
Kim Jong Woon ialah sahabat karibku...
Atau lebih senang dikenali dengan Yesung.
Lee Yu Jin...
Siapakah dia?
Perlukah aku perkenalkannya?
.....
Lee Yu Jin ialah musuh hatiku...
Dia telah membahagiakan aku siang dan malam selama hampir 2 tahun.
Dia telah memberi aku mimpi-mimpi yang indah ketika aku sedang nyenyak beradu.
Dia telah menyinari hari-hariku dan membuat aku tersenyum selalu.
Namun,
setelah dia menghadiahi semua itu kepadakau,
dia meninggalkan aku.
Kata-kata cacian dan penghinaannya seakan telah meremukkan segala kebahagian, kegembiraan yang telah dihadiahkan olehnya kepadaku.
Hatiku remuk kerana dia.
.....


Pada hari itu aku menangis di taman permainan yang sentiasa menjadi tempat aku dan Yesung meluangkan masa bersama.
Kami belajar, bergurau, berbual, bermain,
segala yang menyeronokan telah kami lakukan di taman permainan itu.
Tetapi pada hari itu, taman permainan tersebut kosong.
Sunyi.
Tiada sesiapa di situ.
Cuma aku dan hatiku yang sedang remuk teruk itu.
Air mataku menitis, jatuh ke tanah lalu meresap ke dalamnya.
Aku terus menangis dan menangis.
Sepertimana hatiku yang remuk itu terus berdarah dan berdarah.
.....
Tiba-tiba datang seorang budak lelaki menepuk bahuku.
Dia memberikan sebar coklat.
Comel.
Teringat aku pada ketika dulu Yesung sentiasa memujuk aku dengan coklat dan aiskrim.
Ah! Terasa rindu pula aku pada sahabatku yang satu itu.
Ke manakah dia?
Aku memerlukannya sekarang.
Budak lelaki itu pergi sebaik sahaja memberikan cokelat itu kepadaku.
Lupa pula aku hendak bertanya siapakah yang memberi cokelat tersebut kepadaku.
.....

Tidak lama kemudian,
aku terdengar suara riang kanak-kanak tidak jauh dari taman permainan.
Kelihatan Yesung ada bersama mereka.
Dia sedang memberikan belon dan coklat kepada kanak-kanak tersebut.
Baru aku perasan, coklat itu sama dengan coklat yang diberikan oleh budak lelaki tadi kepada aku.
Yesung.
Dia sentiasa memahami aku.
Dia tahu bila masanya aku memerlukan dia.
Yesung memandang ke arahku dan melemparkan senyumannya yang menawan.
Dia melambai-lambaikan tangannya kepadaku.
Mengajak aku supaya menyertainya.
Aku mengesat air mata yang penuh membasahi pipiku lalu bangun dan pergi ke arah Yesung.
......
Sebaik sahaja aku mendekatinya,
Yesung menghulurkan sebiji belon yang diikat dengan benang kepadaku.
"Ambillah."
Aku hendak mengambil belon tersebut tetapi terhenti apabila aku melihat terdapat sebentuk cincin terikat pada kaki benang tersebut.
"Cincin?"
Yesung mengangguk sambil tersenyum.
Dia menarik tanganku dan menyarungkan cincin berserta belon itu ke jari manisku.
Hairan.
Cincin tersebut tidak longgar mahupun sempit dijariku.
Bijak.
Yesung memang pandai menilai dan memilih.
.....


Sebaik sahaja belon habis diberikan kepada kanak-kanak,
aku dan Yesung duduk di bawah sebuah pokok.
Selesa rasanya apabila Yesung berada di sisiku.
Namun,
hatiku tetap masih terasa sakit.
Aku meletakan kepalaku di bahu Yesung dan membelek cincin pemberiannya yang masih tersarung di jariku bersama belon berbentuk hati itu.
"Cantik tak?"
Aku hanya mengangguk.
"Ada nama kita di bahagian dalamnya."
Aku mengangkat kepalaku dan memandang ke arah Yesung.
Kemudian membuka cincin itu  perlahan-lahan.
Benar.
Terukir 'Kim Jong Woon Love Kim Yong-soo' pada bahagian dalam cincin tersebut.
Aku tidak terkejut.
Wajarlah Yesung menyayangi aku.
Aku juga menyayanginya.
Aku menyarung cincin itu kembali ke jariku dan meletakan kepalaku di bahu Yesung semula.
"Saya cintakan awak."
Ujar Yesung kepadaku.
"Saya pun cintakan awak."
Balas aku spontan.
"Bukan 'cinta' itu."
Aku mengangkat kepalaku dan memandang ke arah Yesung.
Aku melihat wajah Yesung yang putih dan sentiasa tersenyum itu.
Dia memang seorang yang periang.
Tiba-tiba Yesung mengucup dahiku.
Lama.
Aku terkejut.
Belum pernah Yesung mencium dahiku sebelum ini.
Aku mengalih pandanganku ke tengah taman permainan lalu memaksa diriku mengukir senyuman.
Namun,
akhirnya air mataku jatuh.
Aku teringat akan Yu Jin ketika itu.
"Kenapa?"
Yesung bertanya cemas.
Air mataku semakin laju mengalir.
Dadaku terasa sakit semula.
Yesung memeluk aku.
Dia mengusap rambutku.
"Shh..jangan menangis. Saya tahu apa yang sudah terjadi."
*********************
Pagi ini terasa dingin sangat.
Ke manakah Yesung?
Selalunya dia akan menungguku di pagar sekolah sebelum masuk ke kelas.
Sedang aku mencari-cari kelibat Yesung,
aku terpandang akan Yu Jin sedang duduk di bangku kantin sambil membaca buku.
Rajin.
Aku hendak mendekatinya tetapi tiba-tiba datang seorang perempuan dan dengan selambanya mencium pipi Yu Jin.
Dia sudah ada penggantiku.
Tiba-tiba mataku ditutup oleh sesuatu.
"Teka siapa?"
"Leeteuk!"
Jawabku, riang.
Mataku dibuka.
"Hah! Siapa Leeteuk?"
Yesung bertanya hairan.
"Bergurau sajalah."
"Ingatkan sudah ada teman baru."
Ujar Yesung seakan merajuk.
"Eleh. Merajuk. Alah comelnya dia merajuk. Alah cutenya."
Aku cuba untuk memujuknya.
Namun dia asyik mengelak daripada memandangku.
Jadinya, aku memberanikan diri mencium pipinya.
Mujur sampai.
Maklumlah,
lelaki ini tingginya kira-kira 27 sentimeter lebih daripada aku.
Jadi aku terpaksa menjinjitkan kakiku semasa hendak menciumnya.
Taktikku berjaya.
Yesung tidak merajuk lagi.
Sebaliknya dia meminta supaya aku melakukan hal yang sama sekali lagi.
Aku menjelirkan lidah kepadanya lalu berjalan pergi meninggalkannya di belakang.
Dia mengejarku dan tidak semena-mena dia mendukungku.
Aku menjerit minta dilepaskan.
Mujur dia melepaskan aku.
Jika tidak,
sampai ke kelas nanti aku digendong olehnya.
......


Guru sedang mengajar di hadapan.
Aku juga sedang asyik menumpukan perhatian.
Tiba-tiba sebuah kertas yang direnyukan menjadi bentuk bulat datang kepadaku.
Seseorang telah membalingnya kepadaku.
Aku membuka renyukan tersebut.
Cikgu ini membosankan.
-ELB-
Yesung.
Dia tidak pernah puas mengusik aku.
Shh...Jangan kacau.
-ELF-
Aku merenyukan kertas itu kembali menjadi bulat lalu membalingnya kepada Yesung semula.
Aku tidak lagi diganggu olehnya selepas itu.
Yesung.
Dia memang menghormatiku.
.....
Ketika waktu rehat, aku terpaksa bersendirian.
Yesung sibuk membantu guru di perpustakaan.
Sedang aku makan di kantin,
tiga orang perempuan duduk di hadapanku.
Kedengaran nama Yu Jin asyik disebut-sebut oleh mereka.
Padanlah.
Salah seorang perempuan tersebut ialah perempuan yang aku nampak telah mencium pipi Yu Jin pagi tadi.
Lebih tepat, kekasih Yu Jin yang baru.
"Sayang!"
Perempuan itu memanggil seseorang.
Adakah Yu Jin yang dipanggilnya?
Harap tidak.
Tapi siapa lagi yang layak dipanggil sayang kalau bukan teman lelaki?
Aku segera bangun untuk melangkah pergi supaya dapat mengelak daripada dilihat oleh Yu Jin.
Pasti dia juga tidak mahu menemui aku.
Malangnya, aku terlanggar dia sewaktu aku hendak pusing ke belakang dan mangkuk sup yang aku pegang tertumpah ke kemejanya.
Aku terkejut.
Aku memandang Yu Jin dengan penuh ketakutan.
"Hoi! Buta ke?!"
Papp !!
Aku ditampar oleh teman wanita Yu Jin.
Setelah itu, aku terus berlari pergi dan menyorok di belakang sebuah bangunan sekolah.
Aku menangis sekuat hati di situ.
Pipiku sakit ditampar oleh teman wanita Yu Jin.
Hatiku sakit kerana teringatkan Yu Jin.
Kedua-dua insan itu benar-benar menyakitiku.
Aku memandang ke sisi kiriku.
Terdapat sebatang besi yang berbucu tajam di situ.
Aku mengambil besi tersebut lalu menggores sesuatu di atas lenganku menggunakan bucu besi yang tajam itu.
Entah bagaimana aku terfikir untuk melakukan hal yang sebodoh itu.
Darah banyak mengalir keluar dari kesan gores itu.
Tidak lama kemudian, pandangan mataku menjadi gelap.
Aku tahu bahawa aku akan pengsan.
Harap Yu Jin tidak akan menemui aku di sini.
***************

Aku sedang menangis.
Tiba-tiba datang seorang budak lelaki meghulurkan sebatang asikrim vanilla kepadaku.
"Makanlah. Untuk awak."
Aku makan aiskrim tersebut bersama budak lelaki itu.
"Saya janji. Saya takkan buat awak menangis. Saya akan jadi ELB untuk awak."
Ujar budak lelaki itu.
"ELB?"
"Ever Lasting Boyfriend."
Jawab budak lelaki itu lalu ketawa.
Aku membuka mataku perlahan-lahan.
Kepalaku terasa sakit sangat.
Mataku meliar sekeliling.
Adakah ini hospital?
Aku memandang ke sisi kanan.
Kelihatan sebuah kotak coklat berada di atas meja.
Yesung ada datangkah?
Tidak lama kemudian kedengaran pintu wad dikuak.
"Eh! Awak sudah bangun?"
Yesung berjalan pantas ke arahku.
Aku dapat melihat ada kerisauan di wajahnya.
Pasti itu gara-gara aku.
"Saya panggil doktor."
Aku segera menangkap tangan Yesung.
Menghalangnya daripada bertemu dengan doktor.
Biarlah.
Aku mahu dia menemani aku di sini.
Aku tidak perlukan doktor.
Yang aku perlukan cuma dia.
Hanya dia seorang.
Aku menggeleng-gelengkan kepala sebagai tanda 'tidak perlu'.
Yesung duduk di sisi kiri katil.
"Kenapa awak buat macam tu? Kalau awak perlukan saya, awak boleh cari. Boleh panggil. Kalau perlu, awak boleh jerit nama saya kuat-kuat."
Bebel Yesung, marah.
Aku tidak faham apa yang sedang dikatakan olehnya.
"Tak..faham."
"Tak faham? Itu. Kenapa awak ukir nama saya guna benda tajam di tangan? Kenapa? Tak cukup kertas?"
Ukir nama? Nama Yesung?
Aku menoleh ke arah tangan kananku lalu membuka balutan yang membaluti tanganku.
"Eh! Awak buat apa tu?"
ELB?
Kenapa aku ukir nama ini?
Seingat aku pada waktu itu aku terfikir akan Yu Jin?
Aku berfikir sejenak.
"Yong-soo. Awak okey?"
Aku menggores ELB pada tanganku sedangkan pada waktu itu aku terfikirkan Yu Jin.
Aku bermimpikan budak lelaki sebelum aku menyedarkan diri.
Aku memandang ke arah Yesung.
Yesung.
Lelaki yang tidak pernah membuat aku menangis.
Dia menghadiahi aku kegembiraan, kebahagiaan, keseronokan, dan banyak lagi dan tidak pernah memintanya dibalas.
Begitu juga cintanya terhadapku.
Dia tidak mengungkit walau sedikitpun mengenai itu sejak dia meluahkannya kepadaku.
Dia ikhlas menjadi sahabatku.
Dia ikhlas menemaniku.
Malah dia ikhlas mencintaiku.
Aku terus memandang wajah Yesung.
Aku mengamati segalanya yang telah diberikannya kepadaku melalui wajah itu.
"Saya pergi panggil doktor."
Yesung berlari keluar meninggalkan aku.
Aku memandang ke arah tangan kiriku.
Cincin pemberian dari Yesung masih tersarung di jariku.
Sejak hari itu,
aku tidak pernah menanggalkannya.
Terasa sayang untuk ditanggalkan.
Dengan adanya cincin itu dijariku, aku dapat merasakan seolah-olah Yesung ada bersamaku.
Segala kenangan kami bersama akan bermain di fikiranku apabila aku mengamati cincin itu.
*****************


Dingin sungguh malam ini.
Bulan pun mengambang penuh.
Cantik.
Bintang-bintang pun banyak di langit.
Aku memejamkan mataku dan menikmati angin malam yang menderu.
Tiba-tiba aku dipeluk seseorang daripada belakang.
Aku terkejut lalu memusingkan badanku ke belakang.
Yesung.
Dia sedang mengangkat kedua-dua belah tangannya seolah-olah seorang penjenayah sedang diacukan pistol kepadanya.
Lucu.
"Terkejut saya."
"Maaf. Tak sejuk ke? Awak pun baru keluar dari hospital kan?"
Tanya Yesung sambil berdiri di sebelahku.
"Tak apa. Saya okey."
"Emm...Yong-soo. Awak mahu tahu tak siapa yang hantar awak ke hospital hari itu?"
"Emm...Ambulance."
Balas aku lalu ketawa kecil.
"Lee..Yu Jin. Dia yang hantar awak."
"Oh. Cakap pada dia, terima kasih ya."
"Awak tak marah ke saya sebut nama dia?"
"Kenapa pula?"
"Tiada apa."
Yesung.
Dia sentiasa hendak menjaga hatiku.
"Emm..Yesung. Esok petang jumpa saya di tempat biasa boleh?"
"Okey."
**************


Aku sedang duduk di bawah pokok yang berada di taman permainan sambil memejamkan mata mendengar lagu Smile Again yang dinyanyikan oleh salah seorang penyanyi kumpulan Super Junior,iaitu Ryeowook.
Tiba-tiba sebatang aiskrim vanilla dihulurkan kepadaku.
Yesung.
Dia sentiasa menepati masa.
"Terima kasih."
"Dengar lagu apa itu? Sini?"
Yesung menarik sebelah fon telinga dari telingaku lalu diletakan di telinganya.
Dia memejamkan matanya dan mengamati lagu tersebut.
Yesung.
Dia seorang yang teliti.
Dia meneliti lagu itu untuk meneliti jiwa aku.
Geuroda gipeun sangcheoga
Amun geuddaen barabwajwo
Nal wihan dan han saram
neorul.
"Sudah."
Aku menarik fon telinga tersebut dari telinga Yesung sebaik sahaja lagu itu tamat.
Aku perlu memberitahunya sesuatu.
"Okey. Saya hendak beritahu awak sesuatu."
"Apa?"
"Tapi sebelum itu saya hendak tanya pada awak."
"Apa?"
"Awak masih sukakan saya ke?"
Yesung mengangguk perlahan.
"Okey. Saya rasa...saya pun sukakan awak juga."
Yesung terkejut.
Dia mengalihkan pandangannya ke tengah taman permainan.
Taktik yang sama yang pernah dilakukan olehku.
Kemudian, dia tersenyum.
"Terima kasih."
Ucap Yesung.
"Tapi..."
"Tapi apa?"
Perkataan 'tapi' yang disebut oleh Yesung mendapat perhatian aku.
Adakah dia mahu mengatakan 'tapi dia sudah ada teman wanita baru'?
"Tapi kalau awak buat semua ini untuk jaga hati saya, saya rasa tak perlu. Awak boleh ambil sebanyak masa yang awak mahu untuk siap sediakan hati awak. Kalau awak tak dapat nak terima saya pun, saya tak kisah. Yang penting, awak ada di sisi saya. Lagipun, saya kan dah janji nak jadi ELB awak. So, I'm ever last yours."
Yesung.
Dia memang tidak suka memaksa.
"Terima kasih. Saya mengaku hati saya masih belum bersedia. Tapi anggaplah ini merupakan langkah pertama saya untuk siap sediakan hati saya. We're ever lasting friends, right?"
Aku bukan hendak berlaku hipokrit.
Tetapi inilah yang sejujurnya.
Mungkin benar memang aku terlalu sakit.
Dan hati aku amat sukar untuk sembuh.
Tetapi percayalah.
Yesung lebih baik daripada seorang teman lelaki.
Aku cuma memerlukannya.
Dia...
lelaki yang tidak pernah membuat aku menangis.
Lelaki yang membawa keajaiban dalam hidupku.
Dia telah menghadiahi aku segalanya.
Persahabatan dan percintaan.
Dia bagaikan awan.
Yang sentiasa meneduhiku, menemaniku, melindungiku siang dan malam.
Dia akan tiba disaat aku memerlukannya.
Dia akan muncul tanpaku pinta.
Mungkin dia juga akan menjadi penyembuh bagi hati ini.
-TAMAT-
##############################



P/S : Mianhae~~Endingnya tak berapa nak best kan? Huhu...





Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...