Heartless



"Wanita mudah memaafkan, tetapi tidak mudah melupakan. Lelaki mudah melupakan, tetapi tidak mudah untuk memaafkan."

Benarkah begitu? Mungkin benar.
Aku sedang hendak melupakanmu.
Entah sudah berapa kali aku ulang ayat itu di hatiku?
Ah! Usah dikira!
Aku sedang melupakanmu. Tetapi aku tidak lupa akan kata-katamu itu.
Bukankah ia merupakan peringatan buatku?
Ya. Aku akan ingat selagi aku ada akal untuk beringat.
Aku ada hayat untuk terus beringat.
Aku ingat akan kata-kata itu.
Tapi...entahlah.
Rasanya aku tidak ingat pula hendak memaafkanmu.
Cukuplah aku berbohong pada diriku sendiri.
Cukuplah aku dengan perkataan
sanggup, rela, ikhlas, dan sebagainya.
Aku cuba menyembunyikan mata yang basah?
Hati yang kering?
Hah! Hipokrit!
Aku tidak akan menangis lagi kerana kau.
Aku seorang pemaaf?
Ya. Benar.
Tetapi untuk melupakanmu,
untuk memudahkannya,
aku terpaksa bakar hati ini dengan
amarah, benci dan dendam!
Aku tidak akan melakukan apa-apa diluar jangkaan.
Asalkan amarah, kebencian dan dendam itu mampu membawa dirimu jauh dari hidupku.
Akalku. Hatiku. Jiwaku. Rohaniku.
Kau buat aku lupa tentang cinta.
Dan dengan tiadanya cinta,
aku melupakanmu.



"Love you? It's not gonna be sweet, sweeter or sweetest anymore! Unless it's tasteless.Because I'm so heartless and no hope towards LOVE."



Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...