Kerana Sayang Itu

Kata orang, mencari jodoh, mencari pasangan
biarlah yang akan mendekatkan kita pada yang Maha Cinta.
Tetapi itu berbeza dengan yang ini.

Aku dan kau mempunyai pelbagai perbezaan.
Sama ada dari segi usia, budaya, bangsa malah agama.
Tetapi mengenalimu mampu mengingatkan aku kepadaNya.
Mengapa?
Kerana aku menyayangimu.
Dan sayang itu mengingatkan aku kepadaNya.
Kerana sayang itu aku memohon kepadaNya.
Moga kelak kita akan bersama.
Sebagai saudara seagama.
Mampukah itu terjadi?
Insyaallah...
Tiada yang mustahil bagiNya.

Dan lain pula bila ada ketika aku terlupa akan dirimu,
hatiku kosong, jiwaku lohong.
Dan bisik-bisik syaitan semakin jelas kedengaran.
Dan sukar untukku melawan.
Rindu yang aku lafazkan...
mungkin benar hanya sekadar bicara.
Tetapi aku memang benar-benar membutuhkanmu.
Entah kenapa?
Dirimu seolah-olah perantaraan dariNya.

Aku menyayangimu kerana dirimu seolah-olah istimewa.
Bukan suara, bukan wajah,
tetapi sesuatu yang mampu menghidupkan hatiku.

Mereka akan kata bahawa aku gila.
Kerana dirimu ialah...













2 ulasan :

cendol berkata...

nice entry :)
ada sayang ada la sendu kan :)

Fieyqa Adelova berkata...

hehehe, seronok baca! fieyqa follow farahin :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...