Naughty Amelia Jane!



Assalamualaikum...
Hari ini saya mahu bercerita sedikit tentang sebuah buku Grid Blyton yang bertajuk
Naughty Amelia Jane!
Actually, saya pinjam buku ini dari school library untuk mengisi masa lapang sepanjang cuti sekolah 2 minggu ini. Hee~
Plus, saya librarian sekolah. Jadi, dapat extra pinjam buku selama mana pun.
So, cerita Naughty Amelia Jane ini ikutkan just level kanak-kanak.
Bahasa yang digunakan mudah dan ringkas.

Mula-mula baca buku ini boleh dikirakan best juga.
Tapi bila sudah sampai di tengah buku, menyakitkan hati pula. Huhuhu...
Amelia Jane ini sangat degil dan jahat!
Dia suka buli kawan-kawan dia.

Sebenarnya, Amelia Jane ialah sebuah anak patung yang berkaki dan berlengan panjang, tinggi dan berambut kuning. Kawan-kawan yang dibulinya juga merupakan anak patung.
Amelia Jane dan kawan-kawannya tinggal di pusat jagaan kanak-kanak.
Perbezaan antara Amelia Jane dengan patung yang lain-lain ialah;
Amelia Jane merupakan buatan tangan manusia dan tidak pernah berada di kedai-kedai anak patung.
Sedangkan kawan-kawannya yang lain merupakan patung-patung yang dibeli dari kedai-kedai.
Oleh sebab itu, Amelia Jane tidak pernah melihat persekitaran di luar.
Dia tidak pernah melihat bagaimana kanak-kanak yang sanggup menangis dan merajuk semata-mata untuk mendapatkan sebuah anak patung.
Amelia Jane juga tidak bernah belajar nilai-nilai murni yang ada pada manusia seperti anak-anak patung yang lain.

Dalam cerita ini, Amelia Jane sudah banyak kali berjanji pada kawan-kawannya bahawa dia tidak akan berbuat jahat lagi. Tetapi Amelia Jane mungkir janji dan asyik mengulangi kesilapannya.
Amelia Jane selalu lupa pada janji-janjinya.
Dia merasakan membuli dan berbuat jahat kepada kawan-kawannya itu menyeronokan.
Sebenarnya tidak.
Anak-anak patung yang lain sangat benci kepada Amelia Jane.
Namun begitu, apabila Amelia Jane ditimpa masalah atau musibah, anak-anak patung itu tidak lupa untuk bersimpati dan menolongnya.
Itulah yang dikatakan,
'Biar orang buat kita. Jangan kita buat orang.'
Huhu...


Inilah cover buku Naughty Amelia Jane! yang saya pinjam.
Tapi yang ini bersumberkan Mr. Google.

Naughty Amelia Jane ialah buku pertama yang saya pinjam.
Yang kedua pula ialah TWELTH TELL-A-STORY BOOK.
Buku ini nampak macam sudah lama.
Tak apa. Farahin cuba cari ya gambarnya. Huhu...
*
*
*
*
*

*credit to Mr.Google

Ha! Inilah dia covernya. Kosong? Mestilah. Namapun buku lama.
Buku cerita yang ini saya belum baca lagi.

Mahu tahu apa yang best tentang buku Grid Blyton?
Bagi Farahin, ceritanya yang ala-ala fantasi dan advanture.
Bahasa Inggeris yang digunakan mudah dan ringkas.
Cerita yang tertulis di dalamnya disertakan gambar dan itu membantu untuk kita ikut turut berimaginasi.
Ini lebih baik daripada baca novel. Sebab novel terkandung pelbagai emosi.
Termasuklah emosi sedih. Ermm...rasanya itu kurang bagus. Hehee...
Yalah. Kita baca buku mahu release tension bukan mahu menambahkan tension.
Lainlah kalau baca buku teks atau bukur revision. Hee~





3 ulasan :

purplekyu^_^ berkata...

hehe. menarik jugak ni :D
selamat bercuti dan membace! :D

Dhia Johary berkata...

annyeong!! dhia pon k-poperz jugak. tapi tak tunjuk jer,.. hehe,..dear, jom join GA dhia,.. :D

http://www.borntobealover.blogspot.com/2012/05/update-ga-hadiah-untuk-pemenang-ga-dhia.html

Cik Fie berkata...

100++ DAH JOIN GA SAYA . KORANG BILA NAK JOIN ? CEPAT JOIN !! :D http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/05/peserta-random-giveaway-by-cik-fie_26.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...