Soalan Lazim from Non-Muslim



Assalamualaikum....

Entry ini saya kreditkan kepada Farihah Mohamad. Dia tidak diminta ditag atau dikreditkan tapi saya tag juga sebab saya mahu mengingatkan diri saya siapa/apa/dari manakah saya memperoleh hidayah daripada Allah s.w.t. So, this time. That Greates thing comes from that blog. Huhu...Alhamdulillah...

Sometimes bila non-muslim or yang muslim sekalipun bertanyakan soalan yang agak logik tapi susah untuk dijelaskan, kita tak tahu nak refer kat sape kan? Kalau tak jawab nanti nampak sangat jahil tapi kalau cakap takut pulak info-info yang kita beri pulak salah. Ermmm complicated jugak ek. Tapi Alhamdulillah melalui program yang sangat  sangat dan sangat berguna ni akhirnya aku dapat jugak mengetahui persoalan-persoalan yang kadangkala bukan non-muslim je tanya, aku  sendiri pun tertanya-tanya dalam hati. Ahaks.
So, in this entry aku akan kupas beberapa persoalan yang common ditanya  oleh mereka  diluar sana,  non-muslim khususnya.


1.They  say:   Kenapa   Tuhan dalam Islam tak nampak? Bukan ke macam kamu  semua  tak sembah apa-apa. At least  kami ada patung sebagai simbolik kepada Tuhan kami yang kami selalu sembah.

Dear non-muslim,
Sebenarnya  macam ni. Andaikata saya bagi satu analogi. Orang A membuat sebuah basikal.  Kemudian basikal itu digunapakai oleh semua orang. Kemudian ada yang pasti bertanya, siapa yang cipta basikal itu?  Ada yang menjawab orang A yang menciptakan basikal tu. Tapi persoalannya adakah mereka pernah melihat A? Tak kan? Tapi adakah A mengetahui tentang basikal yang diciptakan itu?  Sudah pasti dia tahu. Begitu jugak dengan Tuhan. Kita tak dapat melihat Tuhan tapi Dia mengetahui segala-galanya tentang kita.

Or, yang agak common didengar. Kita bila menghidu bunga, kita akan menghidu satu bau yang harum kan? Tapi adakah kita dapat melihat haruman itu? Tidak. Kita hanya dapat merasai keharuman itu. Seperti Tuhan jugak, kita tak melihat Dia, tapi  Dia sentiasa ada. Kerana Dia tidak menciptakan pancaindera yang  mana kita  dapat melihatNya. Tapi untuk menafikan kewujudannya, impossible.  Boleh kah Tuhan yang maha mulia itu diterjemahkan sebagai patung or berhala? Bukankah itu merupakan satu penghinaan bagiNya yang berkuasa atas segala sesuatu itu. Yang dicipta oleh manusia yang sangat lemah dan kerdil yang mana boleh melakar gambaran Tuhan mereka yang mereka sendiri tak pernah lihat.


2.They say: Dalam Islam kenapa wanita seperti dinafikan hak mereka? Semasa solat mereka terpaksa berdiri dibelakang kaum lelaki, ketika menerima harta pusakan terpaksa menerima bahagian yang lebih sedikit, dan kenapa wanita tak boleh menjadi imam solat bagi lelaki?

Dear non  muslim,
Biar saya jelaskan satu-satu. Mengenai saf dalam solat. Cuba bayangkan kalau wanita berdiri dihadapan lelaki. Ketika mereka sujud atau rukuk. Bukankah itu akan menganggu konsentrasi lelaki, yang mana mudah tertarik akan kaum wanita? Sedangkan tok imam yang berkopiah pun boleh goyah imannya, inikan pulak yang imannya biasa-biasa sahaja.  Bayangkan  seandainya jika mata  mereka asyik  melilau  ke depan ,  agak-agak solat  mereka  tu sempurna  tak?  Habis  kalau  wanita dan lelaki solat dalam satu saf bagaimana pula? Lagila haru. Mesti lepas tu ramai yang imarahkan masjid sebab ada peluang bersentuhan dengan wanita. Free-free pulak tu.

Sama jugak kalau wanita jadi imam. Agak-agak lelaki boleh khusyuk dalam solat tak kalau suara pun bukan main lagi mendayu? Plus bila imam tu rukuk dan sujud, lagi la diorang tak boleh consentrate. Mata diorang pasti asyik nak melilau kat imam tu je.

Pasal harta pusaka. Sebenarnya walaupun wanita itu mendapat jumlah yang sikit tapi harta itu memang dikhaskan untuk mereka sahaja. Lelaki walaupun mendapat bahagian yang lebih banyak, tapi mereka terpaksa menggunakan harta tu untuk kepentingan dalam keluarga mereka. Means that they have to share compared to women. Islam itu indah bukan?


3.They say: Dalam Quran, nama Jesus (Isa) disebut lebih kerap berbanding Muhammad. Maknanya Jesus la yang ketua bagi segala nabi.

Dear non muslim,
Al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Diulangi, kepada nabi Muhammad. So, maknanya kalau   wahyu tu untuk  nabi,  buat apa nak mention nama baginda banyak kali? Bukankah dalam Quran tu ada perkataan ‘kul’(fi’il amr)yang bermaksud katakan (wahai Muhammad). Maksudnya nabi adalah ganti diri kedua, bukan ketiga yang perlu ada perkataan ‘dia’, ‘baginda’ dan sebagainya. Kalau kita nak communicate dengan orang sekalipun, kita tak mention nama dia sangat kan? Kita mesti lagi suka bahasakan ‘awak,’kamu’ or ‘kau’. Begitulah perumpamaannya.

Lagipun kalau difikirkan balik, sebenarnya nama nabi Musa disebut lagi banyak dari nama Isa. Tapi takdepun yang claim  Musa tu penghulu nabi. Takde kan? Bahkan nama syaitan pun disebut lebih 100 kali dalam Quran. Tapi ada ke yang kata syaitan lagi hebat?


4.They say: Dalam sejarah mengatakan nabi Muhammad wafat. Tapi nabi Isa tak wafat sebab dinaikkan ke langit. So nabi Isa la nabi terakhir.

Dear non muslim,
Satu lagi analogi  mudah. Karim mempunyai lima cahaya mata; A, B, C, D, dan E. Empat daripada mereka iaitu A, B, C dan D melanjutkan pelajaran ke oversea. Maka tinggalla E bersama Karim. Tak lama kemudian Karim dikhabarkan bahawa A meninggal kerana accident, B mati lemas dan C meninggal kerana kanser. E pula menemui ajal akibat jangkitan kuman dalam paru-paru tidak lama lepas tu. Maka tinggal la D, satu-satunya anak Karim yang masih hidup.

Soalannya, adakah D dianggap sebagai anak bongsu?

Rasanya walaupun E sudah meninggal, dia tetap dianggap anak bongsu sampai bila-bila. D takkan boleh mengambil tempat menjadi anak bongsu bahkan anak sulung sekalipun.

5.They say: Dalam al-Quran banyak disebut perkataan ‘kami’ yang merujuk kepada Allah swt.  Kenapa ‘kami’ sedangkan orang Islam cakap Tuhan mereka hanya satu?

Dear non-muslim,
Sebenarnya, nahnu(kami) dalam Al-Quran selain bermaksud kami, ia jugak bermaksud tentang seseorang yang berkuasa memiliki kerajaan dan kehebatan yang tiada tandingan. So dalam konteks  ni  Allah  la   yang memiliki  kekuatan,  kebesaran  dan kehebatan  tersebut.   Even ratu Elizabeth sekalipun ketika berucap tidak menggunakan perkataan ‘I, atau ‘me’ tetapi ‘we’ atau ‘us’. So adakah kita boleh katakan baginda itu ramai? Tidak kan.

6.Non muslim says: Quran tu sebenarnya dari syaitan, bukan dari Allah.

Dear non muslim,
Kalau betulla syaitan yang cipta al-Quran, logik ke syaitan kutuk dirinya sendiri dalam kitab yang mereka gubal? Contohnya  dalam al-Quran kan ada ayat ‘syaitan itu musuh kamu yang nyata’, ‘syaitan dineraka yang paling bawah’ dan ‘syaitan yang direjam’.  Perlu ke syaitan lakukan penghinaan itu kalau betul al-Quran itu datang darinya? Aku rasa syaitan takkan sesewel tu.

Kalau korang  nak  buat  buku   sekalipun,  ada ke  dalam  buku tu korang mengutuk diri  korang sendiri? Yang  korang  bakal  masuk  neraka,  makhluk  paling  hina, yang  direjam oleh  batu dari neraka  etc.

Lafaz  ‘auzubillahiminassyaitanirrajim’  pun  dah  menceritakan segala-galanya.


7.Non-muslim says:  korang kata kami sembah berhala, sembah patung. Habis yang kamu duk sembah kaabah tu pasal apa? Bukan ke kaabah tu dari batu jugak?

Dear non muslim,
Islam tak pernah cakap yang orang Islam kena sembah kaabah. Orang  Islam  hanya  menyembah  Allah  swt.   Yang Islam ajar adalah ketika solat perlu menghadap kaabah. Tujuannya untuk menyatukan orang islam supaya berkiblatkan satu tempat yang sama. Bayangkan kalau kaabah tiada, macam mana mereka nak solat? Sudah pasti mereka akan menghadap kemana je arah yang mereka mahu. Walaupun Allah ada dimana-mana, tapi melalui kiblat yang ditetapkan, ia mampu menyatukan umat Islam supaya berkiblatkan satu arah je. Islam agama yang perfect, bukan?

Lagi satu, andaikata menggunakan teknologi moden dimana kaabah dipindahkan ke satu tempat, contohnya ke Jepun, adakah kiblat umat Islam akan bertukar? Nope, kiblat mereka masih ditempat yang asal. Di masjidil haram. Tapi bayangkan andaikata patung Murugan kat Batu Caves tu dipindahkan ke Somalia misalnya, adakah mereka still lagi menyembah di Batu Caves tu? You got that answer.

8.Non muslim says: Kenapa dalam Islam menghalalkan poligami? Bukankah ia akan menyakiti banyak pihak iaitu kaum wanita itu sendiri?

Dear non-muslim,
Sebenarnya poligami itulah yang mengangkat darjat seorang wanita. Kalau diikutkan sebelum Islam, dah ramai lelaki yang mengamalkan poligami. Tapi tak de pun yang persoalkan benda tu? Kalau di negara Barat, memang mereka hanya boleh berkahwin satu sahaja, tapi itu tak membataskan mereka menjalinkan hubungan dengan ramai wanita lain. Bayangkan jika mempunyai anak luar nikah, adakah kebajikan anak itu terpelihara? Berbanding Islam, walaupun mereka boleh beristeri empat, namun kebajikan isteri-isteri itu mesti terpelihara dan anak-anak mereka akan mewarisi harta pusaka mereka. So. Soalannya, yang mana lagi adil?


9.Non muslim says: You punya nabi berkahwin dengan Siti Aisyah masa umur 6 tahun dan mereka mereka menjalani hidup sebagai suami isteri ketika Aisyah berumur 9 tahun. Bukankah ini satu kezaliman kepada kanak-kanak yang masih kecil yang terpaksa melayan nafsu seorang lelaki?

Dear non-muslim,
For you information, nabi menyentuh Aisyah ketika dia berusia 9 tahun. Masa tu Aisyah sudah mencapai  usia baligh.  Cuba compare zaman sekarang dengan zaman dulu. Nenek moyang kita kahwin umur berapa? Lebih kurang itu jugak kan? Tapi  ada korang kata atuk korang  tu  gatal  pegi kahwin gadis sunti?  Sebab zaman dahulu usia sebegitu sudah dikira matang, mampu menguruskan rumahtangga dengan baik, dan boleh memasak untuk keluarga. Zaman sekarang, umur 9 tahun nak iron baju pun tak reti.

One more thing. Kalau betulla nabi tu menzalimi kanak-kanak, sudah pasti baginda teruk dicemuh oleh kaum baginda waktu itu. Tapi ada ke sirah baginda yang mengatakan demikian? Tak de kan. So, maknanya kat sini pada zaman itu menikahi kanak-kanak adalah suatu yang normal, bukan perkara pelik seperti masyarakat sekarang.

Dan yang  terakhir, sape  tahu  jawapan bagi  soalan  ni:

‘kenapa  ayat  pertama  yang  diturunkan  kepada nabi ialah ‘bacalah’ walhal  nabi seorang  yang tidak  tahu  membaca?’

Soalan  yang  simple  tapi  tak  ramai  dapat jawab.  Kalau  sape tahu  share  la  ye… 




Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...