Super Junior Sexy, Free & Single Music Video Teaser !!!!


Assalamualaikum...
JOM Layan Teaser yang Gempakkkkkk ini!!!
SUPER JUNIOR!!!




ELF!! Let's view this video untill 1, 000, 000 for our beloved Leader, Park Jung Su aka Leeteuk!!!












Puteri

Assalamualaikum...
Yay! Akhirnya Hari Sukan STABK ke-43 berakhir tepat jam 12:54 tengah hari tadi.
Berita baik! Berita baik!
Naib Johan Pasukan kawad kaki jatuh kepada Puteri Islam!
Yeyeyeye! Saya bangga! Kami bangga!


See? Dyy Dealova a.k.a Nur Farrah Farhana, Pengerusi Pergerakan Puteri Islam pun happy!!
Saya pun! Suju Elfarahin ialah saya!
Jom add! Mesti approve. Jangan risau.
Cuma saya jarang chat. Malassss...hehee...

Bye.


Benci Biru!



Assalamualaikum...
Annyeong~ Adoiii....sakitnya tangan dan bahu saya...hukhukhuk...
bila dihayun, terasa ngilu. Ouch!
Esok sudah mula Hari Sukannya.
Saya pun akan berdiri di tengah padang yang terik bersama 26 anak platun yang lain dalam kira-kira 1 jam? Yawwww! Lama sangat itu!
Harap redup dan mendung esok. Jangan hujan pula.
Amiin. Huhu...

Malam ini gosok baju kawad dan tudung.
Kasut hitam sudah dibasuh.
Sarung tangan....alamak! Malang betul!
Selepas sahaja sarung tangan dikeringkan, tiba-tiba ada tompok-tompok biru seperti dakwat padanya.
Dari manakah tompok-tompok itu datang?!!! Huaaaa~~ sedih.
Sudahlah sarung tangan itu hanya pinjaman semata. Disappointed!! Ufft! (T_T)


Jadi, untuk pertama kalinya Farahin benci biru!!!
Saya maksudkan tompok-tompok biru yang terdapat pada sarung tangan itu.
Tension!
Nanti mahu angkat seterika lagi. Tangan sudahlah sakit.
Hukhukhuk...
Oklah. Saya tidak larat hendak menulis banyak.
Tangan ini sakit sangat.
Jaljayo....




Word Verification before Follow??

Assalamualaikum...
Hmm...Farahin sedang rajin blogwalking sambil follow ini.
Sesiapa yang bertuah itu, Farahin followlah blognya.
Dan....lagi satu.
Semua blog yang Farahin mahu follow,
mesti memerlukan word verification.
Adakah itu merupakan sistem blogspot yang baru?


Macam mana pun, Farahin enjoy saja answer word verification itu.
Farahin memang suka bermain dengan optical ilusion. Huhu...
Ermm...bloggers lain. Awak pernah kena begini tak?
Tanya saja. 




It's a Fairytale~~

Assalamualaikum...
Annyeong! Wah! Tajuk entry sudah macam bertajuk lagu Taylor Swift je kan. Huhu...
Ok. Farahin taip laju-laju ye. Sedang main tweet-2 niyh!
Kalau nak JOIN, FOLLOW <--klik Farahin! Hihii...

Hmm...sudah terlalu lam Farahin tak buka twitter.
Banyak benda sudah tertinggal.
Sebenarnya, tak banyak sangat pun.
Satu topik saja. Tapi dalam satu topik tu ada banyak cerita.
Apakah ia? Mestilah about SUPER JUNIOR!!

Now, all ELF doq HOTTTT bercerita tentang SJ punya teaser.
Sexy, Free & Single.
Penampilan oppa kali ini agak mengejutkan Farahin.
SURPRISED!!! you got that! Hahaha...
Okeyh! Tak nak banyak cerita. Jom layan pic teaser oppa!
Oh,ya! Credit the pic to Google oppa~ hohohoo...

Donghae

Leeteuk

Eunhyuk

Ryeowook

Shindong

Dan yang paling tak boleh blah....

Yesung

OMO~ Yesung oppa~!! You looks younger than me!!
Tooooo young!! 
Baby face oppa tu buat Farahin rasa takut sikit.
Seriously! Farahin tak pernah nampak baby face oppa.
Selama ini, oppa nampak cool+handsome+cute saja.
But, this time?
OMO~ rasa macam Yesung tak layak dipanggil oppa. Huhu...
Farahin asyik tengok je gambar oppa ni.
Farahin mahu cari wajah sebenar oppa.
Bentuk mata oppa nampak lain.
Lebih soft dan senyap.
Sedangkan selama ini tajam dan misteri.
Bentuk muka oppa pun.
Nampak lebih kecil!!! Comelnyaaaaa~~!!
Nasib baik bentuk hidung and lips tetap. Hahahaha...
Kalau tidak, Farahin dah pengsan pun. Hihii...

Yesung!! What should I call you now?!!!
'Dongsaeng'? OMO~~~ 

P/S: Picture cuma ada enam sahaja. Lagi 4 masih belum reveal. 
ELF still waiting!!!!


SJ conquers wood with Ye, ice with Dong, insect (spider-ish?) with Teuk, bird (phoenix) with Wook, maiden with Hae and flowers with Hyuk
         cr: @ELF_thougths




Semarak


Assalamualaikum...
Oh! Penat sungguh!
Tapi penat-penat macam mana pun,
takkan dapat free daripada blogging punya! Hahhaa...
Esok ada Hari Puteri di sekolah. Kita ENJOY!
For PPI only~ hehheee....

Guess! Apa yang telah terjadi pada awal pagi hari ini?
Ketika melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah,
my ex pun baru sahaja melangkah masuk.
Guess lagi! Apa yang terjadi selepas itu?
Beberapa meter sahaja di hadapan Farahin,
dia berjalan di hadapan.
Farahin tahu dia ada di hadapan tetapi Farahin hanya menundukkan kepala sambil berjalan.

Tiba-tiba...
hati Farahin berkata,
"Face it! Tengok dia dan rasakan marah itu!"
Face it! Entah kenapa Farahin rasa Farahin perlu berhadapan dengan musuh hati Farahin itu.
Farahin angkat kepala dan pandang dia dari belakang.
Farahin pandang dia sambil merasakan semarak kemarahan dalam diri Farahin.

Tidak lama kemudian,
dia menoleh ke belakang.
Eh! Adakah dia merasakan kemarahan Farahin?
What ever~ Farahin segera tundukan kepala.

Hmm...sememangnya ini bukanlah kisah yang menyedihkan.
Jadi, don't think and worry too much!
Tidak bagus untuk kesihatan hati dan minda.
Huhuu...




Menjaga Hati


Assalamualaikum....
Selamat Malam semua! Hope malam dan tidur anda indah sahaja. Jangan seperti Farahin. Malam ini merupakan malam yang penuh tekanan. Dan tidur pula...entahlah apa pula ceritanya? Mata Farahin sedang pedih ini. Kenapa? Bayangkan. Dari jam 9:30 malam ketika cerita AMEERA sedang ditayangkan di tv3 sehinggalah jam 10:00 malam. Kemudian, dari jam 10:00 malam menonton Waris di tv3 sehingga jam 11:00 malam. Imagine. Hampir 2 jam Farahin bertangguh untuk minta kebenaran dan wang dari ayah. This is about kem yang akan diadakan di Pontian itu. Lastly, nothing. Farahin terus bertangguh sampai Farahin act like someone yang telah kena sampuk.

Jam 11 malam, melihat ayah sedang gembira melayan Irfan*anak jagaan emak Farahin tidak sanggup untuk menjadi pemusnah suasana. Perhatikan sahaja ayah dan Irfan dalam 5 saat. Kemudian, naik ke bilik dan menutup pintu bilik dengan kuat. Yes. Farahin dalam keadaan tertekan. Hempas badan atas katil, muka tenggalam atas bantal dan jerittttt!!! Kemudian, menangis. Farahin menangis sambil menjerit. Menjerit sekuat-kuatnya. Kalau Farahin tak tenggelamkan muka pada bantal, jeritan Farahin boleh didengari oleh jiran sebelah kiri dan kanan. And...Farahin menangis sambil memanggil "oppa" berulang kali. Salah? Yes. I know. Farahin memanggil "oppa" sekuat-kuatnya tapi dalam hati Farahin meronta memanggil Allah s.w.t.

Kira-kira 20 minit kemudian, tangisan semakin reda. Farahin pun sudah puas menjerit. Bangun sambil pejamkan mata. Peluk lutut. Sorokan muka. Dan bayangkan seseorang sedang memeluk Farahin. Kepala Farahin berada di dadanya. Dia mengusap kepala Farahin sambil memujuk. Kehangatan badan dan sentuhannya semakin menyelesakan. Siapa lagi kalau bukan Yesung oppa yang Farahin bayangkan? Tidak lama kemudian, Farahin membuka mata dan kembali menghadapi realiti. Bilik yang terang ini sedikitpun tidak mencerahkan emosi Farahin. Farahin rasa letih.

Bangun dan pergi menghadap cermin. Kesat kesan-kesan air mata dan betulkan rambut yang sudah kusut. Turun ke bawah. Rancang mahu terus bertanya kepada ayah. Tetapi di bawah sudahpun gelap. Ayah sedang mendodoi Irfan. Fine. Sekali lagi Farahin bertangguh. Lastly, act like turun ke bawah untuk minum air and then copet broadband dan kembali ke bilik. Automatik, Farahin menangis sekali lagi. Sambil menangis, sambil on laptop. Sambil on laptop, sambil cucuk broadband. Now, mata pedih, hati sedih.


Hmmm....itulah Farahin. Gara-gara RM30 sahaja. Farahin ragu-ragu untuk memintanya dari ayah. Lagipun, sememangnya meminta-minta bukanlah sifat Farahin. Akhirnya, asyik bertangguh dan hajat tidak tertunai. Farahin menjadi lebih tertekan apabila melihat ayah happy melayan Irfan. Keluarga ini seolah-olah lampu baru yang baru sahaja dihidupkan. Dan Farahin tidak mahu menjadi suis penutupnya.

"FINE!! Kau memang suka begini kan Farahin! Jagalah sebanyak hati yang kau mahu! Jika esok kau sendiri yang mempunyai dendam, itulah risiko yang kau ambil!" Farahin sangat marah dan benci dengan sifat Farahin yang suka menjaga hati sekaligus makan hati.

Baiklah. Sampai di sini sahaja. Selamat Malam! Jangan sedih-sedih! Esok pagi pasti indah! Insyaallah. Huhu...



Remaja & Kehidupan Farahin




Assalamualaikum...
mood Farahin sekarang suram dan bercelaru. Kenapa? Belum tiba masanya itu Farahin beritahu. Sekarang, mari layan entry Farahin yang sekarang ini.

Remaja merupakan golongan yang suka mencuba dan meniru. Dalam diri remaja, segelintirnya tidak suka mendengar daripada mengetahui. Remaja. Adakala kami sukar menerima kenyataan biarpun kami telah mengetahuinya sebelum kami mendengarnya lagi. Remaja. Zaman untuk bersuka ria. Zaman untuk enjoy & have fun with our young age. Bunyinya seolah-olah zaman remaja ini zaman yang benar-benar menyeronokan. Ya. Zaman remaja ini amat menyeronokan. Zaman di mana kita tersepit di antara zaman kanak-kanak yang dahulu dan zaman dewasa pada masa hadapan. Zaman di mana kita cuba mengimbau memori ketika kecil dan zaman di mana kita merancang untuk masa hadapan. Jika mesti seimbang dalam mendalami kedua-dua zaman tersebut. Jika terlebih atau terlampau bermain dengan memori ketika kecil, kita mungkin akan ketinggalan mencapai kematangan. Jika kita terlalu cepat atau pantas merancang dan menetapkan, mungkin juga kita akan kelihatan berbeza daripada remaja-remaja lain malah berbanding usia kita juga.

Remaja sentiasa berfikir akan keperluannya dan orang sekeliling. Namun begitu, adakala mereka lebih mengutamakan kemahuan dan kehendak mereka. Apabila kenyataan 'keperluan' bercanggah atau bertelagah dengan 'kemahuan', di situ tidak mustahil akan berlakunya pertegangan akal. Ianya sebuah TEKANAN. Pejamkan mata dan tanya kepada hati. Hati remaja tetap akan menyebelahi 'kemahuan' dan akal asyik menggasak agar mendukung 'keperluan'. Jadi, sampai bila remaja tersebut mesti menghadapi tekanan?

Ada yang berkata, "semalam mahupun esok tidak penting. Tetapi masa sekarang yang penting kerana masa sekaranglah yang akan menentukan hari esok dan mencerminkan hari semalam." Baiklah. Farahin mengaku. Sebahagian daripada petikan merupakan kata-kata Farahin sendiri. Sekarang. Jika sekaranglah remaja tetap diam dan tidak berbuat apa-apa, bagaimanakah hari esoknya nanti? dan bagaimanakah agaknya masyarakat lain membaca masa silamnya??


Ehem! Sekarang kita masuk ke dalam kisah hidup Farahin pada malam ini. Farrah, Aznie dan Raidah. Ketiga-tiganya ialah classmates dan BFF Farahin. Tanpa mereka, Farahin tidak ubah seperti tunggul. Punya bayang-bayang tetapi diam. Ketiga-tiga mereka akan mengikuti sebuah kem di Pontian bersama classmates kami yang tahun lepas. 3RK1. Farahin mahu pergi juga. Tapi apabila hal-hal seperti ini, Farahin merasakan diri Faragin kerdil sangat. Farahin berasa terkecuali. Cemburu melihat kebebasan yang sewajarnya mereka dapat. Cemburu dan iri!!

Bayaran untuk menyertai kem tersebut hanya RM30 untuk 3 hari 2 malam. Hanya. Perkataan 'hanya' itu menggambarkan watak atau ciri-ciri yang sedikit, sekadar, sederhana dan sebagainya. Tetapi betapa beratnya nilai 'hanya' itu bagi Farahin. Apatah lagi ayah Farahin. "Ayah. Farahin nak ikut kem di Pontian. Bayarannya ialah RM30 untuk 3 hari 2 malam." Bolehkah Farahin bertanya begitu? Boleh???

Sayang seribu kali sayangnya TIDAK. Farahin merasakan, RM30 itu nilainya sebesar RM300. Hati Farahin kata, "RM30 untuk 3 hari 2 malam di Pontian itu berbaloi." Tetapi lain pula bagi akal Farahin. "RM30 itu banyak nilainya. Jikapun nilai yang paling rendah bagi ayah, itu cuma RM10 dan ke bawah." Jadi, Farahin antara remaja yang sedang mengalami TEKANAN. Ia nampak ringan dan remeh temeh. Tetapi tidak bagi Farahin. Farrah, Aznie dan Raidah. Mereka juga golongan sederhana seperti Farahin. Malah, bapa mereka mempunyai tanggungan lebih daripada 3 orang. Namun mereka dapat mengikuti kem tersebut. Tetapi Farahin? Farahin hanya seorang. Cuma anak tunggal. Namun....mungkin hasilnya berbeza. Farahin cemburu dan iri.

Farahin memang manja*tidak gedik&mengada-ngada dan tidak cekap berdikari. Tetapi Farahin juga mahu merasa bebasnya hidup bersama kawan-kawan sahaja. Bergelak-ketawa sesama remaja dan wanita. Berkongsi cerita dan rahsia sesama kita. Di kawasan perumahan ini pun, Farahin tiada kawan hakikatnya. Ada remaja di kawasan ini tetapi mereka bukanlah remaja yang tepat untuk dijadikan kawan mahupun lawan. Kawan-kawan adakala bertanya, "Tak bosankah jadi anak tunggal?" Jawapan Farahin sudah tentunya TIDAK. Sendirian itu antara rutin kehidupan Farahin. Tetapi hidup tanpa kawan, sahabat, teman, itu bukanlah rutin kehidupan Farahin.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...