Anugerah Yang Dahsyat



Mereka boleh melihat, nampak, dengar. Tetapi tidak semua dari mereka mampu memahami, menghayati, mendalami. Apabila kita berasa kehilangan, mereka hanya tahu bahawa kita kehilangan tetapi mereka tidak tahu bagaimana rasanya kehilangan yang kita lalui. Apabila kita bersedih, mereka boleh nampak memek muka kita yang dalam kesedihan dan mungkin juga mereka nampak mata kita yang sedang menahan air mata. Tetapi mereka tidak dapat mendalami kesedihan yang kita rasakan. Apabila kita sedang marah, mereka nampak malah mereka dengar jika kita sedang mengutuk atau menyumpah. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana barannya kita. Sesukar mana kita menahan baran itu daripada terus bebas dan menjadi nafsu. Dan apabila kita kata kita sayang, mereka dengar malah mereka dapat merasakannya. Tetapi mereka tidak tahu sedalam mana sayang itu. 


Kesimpulannya, tiada yang lebih memahami kita selain diri kita sendiri. Jikapun ada, andaikanlah itu ialah sebuah keajaiban. Dan bersyukurlah kerana ada insan yang memahami diri kita sepenuhnya. Ia amat menggembirakan, bukan? Ya. Amat menggembira dan menyenangkan. Farahin tahu perasaan tu. Sampai Farahin takut untuk kehilangan dia sebab Farahin takut suatu hari nanti, Farahin terpaksa memahami diri ini seorang diri. Diri yang sering berpura-pura dan mengelirukan ini. Insan yang dapat memahami Farahin itu, sememangnya insan yang hebat. Bukan kebolehan, bukan bakat. Tetapi ia adalah sebuah anugerah yang dahsyat.



2 ulasan :

Ayuni berkata...

smart blog, keep it up!

♥ тιara~dнιya ♥ berkata...

untung lha kan kalo ade urg laen yg bole memahami diri kite . ^_^"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...