Gerimis Amarah










Dengarkah kau akan titis-titis hujan itu?
bergerimis rebah ke bumi
Tadahkan tanganmu
dapat rasakah dikau akan kedinginan butir-butir hujan itu?
Tidakkah ia nyaman dan menyegarkan?
Dingin...

Dengarkah kau akan rintih-rintih tangisan itu?
berjujuran deras membasahi bumi
Tadahkan tanganmu
dapat rasakah dikau akan kesedihan butir-butir air mata itu?
Pastinya tidak!
kerana kau lebih senang melihatnya melimpah mencurah

Titis-titis hujan bagaikan suara pada rintih-rintih tangisan itu
Dahulu...
air mata itu sentiasa lebat seakan tidak mahu reda
sering menjadikan mangsanya kedinginan
menggigil kemurungan
Apakah kau sedar?
bahawa kau telah melakukan kesilapan yang pertama

Rintih-rintih tangisan itu tidak sedingin titis-titis hujan yang bergerimis
malah ia lebih dingin dan membeku daripada bongkahan ais
Kedinginannya ialah kehangatan yang seenantiasa mahu panas
seperti api yang tidak mahu padam
sebaliknya terus marak dan marah!

Rintih-rintih tangisan itu sudah pun kering
ia kering dan meninggalkan lecur di sanubari
adakala parut itu akan terasa pedih
pedih kerana sedang membuahkan benih-benih yang membunuh
lebih dahsyat daripada cinta
lebih terlaknat daripada syaitan dan iblis

Jika benih-benih itu membesar dan meliar
jangan bimbangkan aku
Bimbangkanlah dirimu!




2 ulasan :

raidah berkata...

amboi, balik2 terus update blog nmpk..ish3 terok2...hehe

ELFarahin berkata...

Waeyo? Jeles ka? Hihii...hujan nie. Sujuu~~*sejuk huhuu... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...