Menjaga Hati


Assalamualaikum....
Selamat Malam semua! Hope malam dan tidur anda indah sahaja. Jangan seperti Farahin. Malam ini merupakan malam yang penuh tekanan. Dan tidur pula...entahlah apa pula ceritanya? Mata Farahin sedang pedih ini. Kenapa? Bayangkan. Dari jam 9:30 malam ketika cerita AMEERA sedang ditayangkan di tv3 sehinggalah jam 10:00 malam. Kemudian, dari jam 10:00 malam menonton Waris di tv3 sehingga jam 11:00 malam. Imagine. Hampir 2 jam Farahin bertangguh untuk minta kebenaran dan wang dari ayah. This is about kem yang akan diadakan di Pontian itu. Lastly, nothing. Farahin terus bertangguh sampai Farahin act like someone yang telah kena sampuk.

Jam 11 malam, melihat ayah sedang gembira melayan Irfan*anak jagaan emak Farahin tidak sanggup untuk menjadi pemusnah suasana. Perhatikan sahaja ayah dan Irfan dalam 5 saat. Kemudian, naik ke bilik dan menutup pintu bilik dengan kuat. Yes. Farahin dalam keadaan tertekan. Hempas badan atas katil, muka tenggalam atas bantal dan jerittttt!!! Kemudian, menangis. Farahin menangis sambil menjerit. Menjerit sekuat-kuatnya. Kalau Farahin tak tenggelamkan muka pada bantal, jeritan Farahin boleh didengari oleh jiran sebelah kiri dan kanan. And...Farahin menangis sambil memanggil "oppa" berulang kali. Salah? Yes. I know. Farahin memanggil "oppa" sekuat-kuatnya tapi dalam hati Farahin meronta memanggil Allah s.w.t.

Kira-kira 20 minit kemudian, tangisan semakin reda. Farahin pun sudah puas menjerit. Bangun sambil pejamkan mata. Peluk lutut. Sorokan muka. Dan bayangkan seseorang sedang memeluk Farahin. Kepala Farahin berada di dadanya. Dia mengusap kepala Farahin sambil memujuk. Kehangatan badan dan sentuhannya semakin menyelesakan. Siapa lagi kalau bukan Yesung oppa yang Farahin bayangkan? Tidak lama kemudian, Farahin membuka mata dan kembali menghadapi realiti. Bilik yang terang ini sedikitpun tidak mencerahkan emosi Farahin. Farahin rasa letih.

Bangun dan pergi menghadap cermin. Kesat kesan-kesan air mata dan betulkan rambut yang sudah kusut. Turun ke bawah. Rancang mahu terus bertanya kepada ayah. Tetapi di bawah sudahpun gelap. Ayah sedang mendodoi Irfan. Fine. Sekali lagi Farahin bertangguh. Lastly, act like turun ke bawah untuk minum air and then copet broadband dan kembali ke bilik. Automatik, Farahin menangis sekali lagi. Sambil menangis, sambil on laptop. Sambil on laptop, sambil cucuk broadband. Now, mata pedih, hati sedih.


Hmmm....itulah Farahin. Gara-gara RM30 sahaja. Farahin ragu-ragu untuk memintanya dari ayah. Lagipun, sememangnya meminta-minta bukanlah sifat Farahin. Akhirnya, asyik bertangguh dan hajat tidak tertunai. Farahin menjadi lebih tertekan apabila melihat ayah happy melayan Irfan. Keluarga ini seolah-olah lampu baru yang baru sahaja dihidupkan. Dan Farahin tidak mahu menjadi suis penutupnya.

"FINE!! Kau memang suka begini kan Farahin! Jagalah sebanyak hati yang kau mahu! Jika esok kau sendiri yang mempunyai dendam, itulah risiko yang kau ambil!" Farahin sangat marah dan benci dengan sifat Farahin yang suka menjaga hati sekaligus makan hati.

Baiklah. Sampai di sini sahaja. Selamat Malam! Jangan sedih-sedih! Esok pagi pasti indah! Insyaallah. Huhu...



Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...