Bertuahnya, Farahin..



Assalamualaikum...
Guess? Apa yang sudah terjadi pada hari ini? Mestilah Hari Terbuka Sekolah seperti yang Farahin telah ceritakan dalam entry semalam! Huhuu... Cuma..ia tidak berlaku yang seperti dijangkakan. Kenapa? Apa? Farahin tidak dimarahi oleh ayah? Ya. Farahin tidak dimarahi. Tetapi emosi Farahin tetap terganggu sedikit. Bukan sebab Hari Terbuka ini tetapi ada sebab yang lain. Mahu tahu apakah ia? Jom ke perenggan kedua.

Sederet dengan kelas Farahin sudahpun kosong. Cikgu-cikgu pun sudah mula melangkah keluar meninggalkan kelas. Tetapi Farahin masih tinggal di dalam kelas bersama guru kelas. Oppa(s) and unnie(s) yang di blok sebelah itu agak-agak nampak tak Farahin yang sedang melukut di jendela kelas? I'm waiting for my father. Where he is?

Guru kelas Farahin datang mendekati Farahin. Dia tanya whether parents Farahin datang ke tidak. Farahin replied tak tahu saja. Semalam sudah beritahu parents yang hari ini ada Hari Terbuka. Tapi mereka tak cakap apa-apa pun. Farahin pun just accepted yang ayah akan datang pada hari ini.

Blok J sudahpun kosong. Kalau Farahin tidak berganjak juga dari tingkap itu sambil melempar pandangan ke jalan raya di hadapan sekolah, alamatnya sendirianlah Farahin di situ sambil melayan bayu yang dingin selepas hujan. Guru Fizik Farahin masuk. Juga tanyakan soalan yang sama. Farahin pun just replied benda yang sama. Cikgu offered untuk call ayah. Cikgu on phone and berikannya kepada Farahin. What?!! Blackberry! Maaf, cikgu. Saya tak tahu guna. Nak tekan dekat mana? Lastly, cikgu taipkan nombor telefon ayah.

Wait...wait...pfft! Tiada sesiapa angkat panggilan. Try again. Adoiyaii...kena telan sudah kredit cikgu. Akhirnya, seseorang di talian. Mak! Ayah mana? Datang tak? Mak kata ayah sedang melepak di toilet daa. Aiseyh~ Mak cakap lagi. Ayah malas nak datang. Okey. Farahin mula kecik hati. Automatik, mood Farahin bertukar menjadi dingin. Mak tanya whether nak ayah datang ambil report card tak. Sudah habis pun mak~ actually sudah lamapun habis. Then, mak tanya lagi nak ayah jemput balik tak. Act, hati tengah sedih. Sebak di dada. Just replied tak perlu.

Farahin pulangkan Blackberry Purple kepada cikgu semula. Tiba-tiba fikiran Farahin menjadi buntu. Oh, my. Eotteokhaeyo? Patut salam cikgu dulu kan sebelum balik? Farahin pun salamlah cikgu fizik tu. Guru kelas sudah pun pergi. Turun tangga dengan hati yang masih sebak. Berjalan di tengah-tengah padang sekolah dengan hati yang masih lagi sebak.

"Sama ada dibebel oleh ayah mahupun tak, aku masih rasa nak nangis.
Sama ada ayah dah dapat report card atau tak, aku masih rasa tertekan."
-Kata hati Farahin-

Berjalan kaki balik ke rumah. Semakin jauh dari sekolah, hati semakin terubat. Berjalan sambil still mengenangkan apa yang dibualkan di dalam telefon cikgu tadi. Sebaik saja tiba di rumah, maniskan muka even mengah berjalan kaki kira-kira 1km+ dari sekolah. Seperti yang telah Farahin katakan kepada cikgu tadi. Ayah sakit perut. Yalah. Takkan nak cakap yang ayah Farahin sedang date dalm toilet? Ayah kata dia sakit perut. Fine. Farahin try untuk terima itu.

Tajuk entry kali ini ialah 'Bertuahnya, Farahin' sebab Farahin teringatkan kata-kata Cikgu Fizik yanga asyik berulang kali disebut olehnya.

"Parents awak tak datang ke?"
"Entah"
"Ya,Allah...Bertuahnya awak."

"Macam mana?"
"Ayah saya sakit perut."
"Ya,Allah...Bertuahnya awak."

"Cikgu. Salam."
"Awak anak sulung eh?"
"Saya anak tunggal."
"Lah...Bertuahnya awak."

Ya. Bertuahnya Farahin hari ini. At least, hari ini Farahin tidak menangis dan mengalami tekanan perasaan, emosi dan jiwa yang teruk. Seperti yang dihajatkan. 2: 30 pm nanti mahu balik ke sekolah. Ada last rehearsal untuk pertandingan koir esok sempena Hari Puteri Peringkat Daerah di SMAKJ. Goodluck for us! Farahin bertuah kann...huhuu...

P/S : Ini my 1st time parents tak datang pada Hari Terbuka Sekolah.



2 ulasan :

zairull nizam berkata...

tau tak, susah nak jumpe blogger yg boleh tulis dgn baik mcm kamu ni, biasenye tulis entry macam update status fb, haha

ELFarahin berkata...

@zairull nizam huhuu...terima kasih atas pujiannya. Alah...mereka tu mahu cepat. Sebab tu update ala-ala fb. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...