Dihargai & Menghargai


Assalamualaikum...
Hari ini Farahin mahu bercerita tentang 'Dihargai & Menghargai'. Siapakah yang dihargai? Dan siapa pul yang menghargai? Main character kita hari ini ialah 'Kita' dan Allah s.w.t. Jom baca!

Hmm....zaman semakin moden, bangunan semakin tinggi, tetapi manusia macam semakin jahil dan tak bertamadun sahaja kan? Ups! Terasakah? Samalah kita. Rukun Islam ada 5. Apakah ia? Cuba rewind dalam kepala. Kalau terlupa, belum terlambat untuk search google! Hehee...

Rukun Islam :
1. Mengucap 2 kalimah shahadah
2. Menunaikan solat 5 waktu
3. Berpuasa di bulan Ramadhan
4. Mengeluarkan zakat
5. Menunaikan haji

Okey. Tak perlu google search. Farahin sudah siapkan pun Rukun Islam tersebut. Hihii...Alright. Jom kita curi rukun yang kedua. Menunaikan solat 5 waktu. Rasulullah s.a.w sudah meminta kepada Allah s.w.t supaya mengurangkan waktu solat hinggalah Allah s.w.t mengurangkannya kepada 5 waktu. Padahal, Rasulullah s.a.w masih meminta untuk dikurangkan tetapi Allah s.w.t menolak permintaan Rasulullah s.w.t. Lihatlah! Bagaimana Rasulullah s.w.t sangat menyayangi kita umatnya. Subhanallah~

Namun begitu, biarpun waktu solat itu hanya 5, tetapi kita masih meninggalkannya, kan? Baiklah. Kita geng. Hehee...Tetapi pernahkah kita melawan rasa malas untuk solat itu? Mestilah ada. Dan bagi yang pernah melakukannya, pasti tahu bukan bahawa melawan penyakit malas itu memenatkan? Ya. Sangat memenatkan! Tetapi lastly solat tetap dapat ditunaikan, kan? Walaupun ada cebis-cebis perasaan malas dan tidak ikhlas dalam diri kita. Tetapi adakah kita tahu? Tahu apa? Jom ke perenggan seterusnya.

Tahukah anda biarpun kita menunaikan solat dengan malas dan tidak ikhlas mampu menyebabkan solat kita tidak sah? Tetapi Allah s.w.t tetap menghargai solat kita itu dengan tidak menggandakan dosa kita. Bagaimana? Apabila kita menunaikan solat biarpun tidak sah, sebenarnya kita terhindar daripada menggandakan dosa kita iaitu meninggalkan solat. Ajaib, kan? Itulah Maha Kuasa Allah s.w.t.

Begitu juga jika kita membantu seseorang kerana diminta dan di dalam hati kita ini sebenarnya tidak ikhlas hendak membantu dia tetapi dilakukan juga. Kita juga terhindar daripada dosa kerana berlaku biadap dari segi tingkah laku. Dan orang yang kita bantu itu pasti berasa bersyukur dan lega kerana kita telah membantunya. Silap-silap, disebabkan rasa lega dan syukur orang itu kita juga mendapat tempiasnya iaitu pahala kita juga berganda. Kerana apa? Apabila orang itu bersyukur kepada Allah s.w.t., dia memperoleh ganjaran pahala kerana bersyukur kepada Allah s.w.t. dan tidak mustahil kita juga memperoleh ganjaran pahala kerana tanpa bantuan kita, orang itu mungkin tidak akan merasakan bersyukur kepada Allah s.w.t. yang begitu besar jika dibandingkan dia melakukannya tanpa sebearang bantuan. Senang kata, watak tambahan pun mesti ada habuan. Ya dak? Yalah. Takkan kita berlakon as watak tambahan bagai nak rak tetapi tidak memperoleh gaji walau sesen pun? Ya. Begitulah.

Sedarlah! Sedarlah bahawa Allah s.w.t. sentiasa menghargai kita. Dia menghargai setiap perbuatan baik, setiap kata-kata baik yang kita lakukan. Malah Dia turut menghargai setiap hal-hal baik yang kita fikirkan dan kita rasakan. Allah s.w.t sangat menghargai kita. Siapa lagi yang dapat menghargai kita setiap saat jika bukan Dia, Allah Subhanahu Wa Taala?

Percayalah! Setiapa apa yang dilakukan oleh kita itu dihargai. Allah s.w.t menghargai kita dari mula hingga sesudah kita melakukan sesuatu yang baik. Malah Dia juga menghargai ketika kita sedang melakukan hal yang baik. Sedangkan manusia? Manusia hanya menghargai sesudah kita melakukan sesuatu yang baik untuknya. Bagi yang lebih baik penghargaannya pula, dia menghargai permulaan ketika kita hendak melakukan sesuatu yang baik untuknya. Begitulah. Tiada yang lebih baik daripada Allah s.w.t.

Jadi bagaimana pula kita menghargai Allah s.w.t sebagai tanda Dia dihargai kita? Mudah sahaja. Jangan lupa kepadaNya dan lakukanlah apa yang disuruh olehNya. Mahu Farahin berikan contoh?

  • Menyikat rambut
  • Memotong kuku
  • Berjimat dalam menggunakan air
  • Mengucapkan terima kasih
  • Senyum
  • Berdoa
  • Berzikir
  • ....
Dan banyak lagi. Setiap yang kecil itu, besar nilainya bagi Allah s.w.t kerana Dia sangat menghargai kita kerana setiap yang kecil yang kita lakukan itu adalah antara cara kita menghargaiNya. Allah s.w.t tidak meminta lebih sebaliknya Dia Yang Maha Memberi lebih daripada apa yang hendak, sedang dan telah kita lakukan. Tetapi apabila kita melakukan dosa, Dia Yang Maha Pengampun akan memberi kita peluang untuk menebusnya kerana Allah s.w.t itu Maha Pemurah.

P/S : Bulan Ramadhan nanti walaupun jika kita tidak ikhlas ketika berpuasa, kita masih terhindar daripada menggandakan dosa. Dan jika kita menjaga adab jika kita tidak puasa dengan menghormati orang yang puasa walaupun tidak ikhlas, pun kita terhindar daripada menggandakan dosa kita. Subhanallah~

Seminggu sahaja lagi hendak Bulan Ramadhan! Are you Ready? Huhuu....



Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...