Kesunyian Yang Tak Terbendung Lagi


Aku kata aku kesunyian. Tetapi mereka mengatakan itu biasa. Tetapi tidak bagiku. Kesunyian aku membuat aku lemah. Lemas. Rimas. Kesunyianku membuat aku berputus asa. Lelah. Jemu. Kesunyianku membuat aku berasa cemburu. Iri. Malah berkecil hati. Kesunyianku bukan kerana tiada yang menemani. Bukan kerana tiada yang memahami. Bukan kerana tiada yang menghampiri. Tetapi kesunyianku kerana satu hal itu. Hal yang berat untukku katakan pada semua. Kerana ia adalah peribadi tetapi hal itulah yang aku butuhkan tempat untuk berkongsi. Saban hari hatiku mentangisi kesunyian ini. Saban hari akalku memikirkannya. Kesunyian ini membuat aku terkilan. Tertekan. Kehilangan ketenangan. Kesunyian ini membuat aku gila. Kesunyian ini bukan kerana lelaki. Bukan kerana sahabat. Bukan kerana diriku sendiri. Kesunyian ini kerana.... Bagaimana dapatku katakan kesunyianku ini? Siapalah yang dapat menggambarkan kesunyianku ini? Allah s.w.t Yang Maha Tahu sahaja punca sakitnya kesunyianku ini. Bagaimana dapatku hilangkan kesunyian ini? Bagiku cuma satu cara. Aku ingin berada sesaf dengannya. Aku ingin diimami olehnya. Aku ingin menghidu haruman keluarga yang dirahmati Allah s.w.t. Kesunyianku akan hilang biarpun aku tidak diimami olehnya. Kesunyianku akan hilang jika dia tiada di rumah kerana di saat dia pergi meninggalkan rumah dengan pakaian yang segak dan wangian yang menyegarkan demi bertemu denganNya di rumahNya. Kesunyianku akan hilang jikapun aku tidak sesaf dengannya tetapi dia cantik berpakaian putih membantu aku mendirikan tiang agama. Ya, Allah. Panjangkan umurku dan kedua-duanya. Sempatkan aku dan kedua-duanya untuk saling membantu dan bekerjasama untuk mendirikan tiang agamaMu, Ya Allah. Sempatkan aku untuk merasakan nikmatnya haruman keluarga yang dirahmatiMu. Amiin.

P/S : Astaghfrullahalaziim. Bukan niatku untuk membuka aib. Tetapi di mana lagi untuk ku kongsikan kesunyian ini. Jika yang hidup lagi bersuara tidak mampu mengerti. Ada baiknya aku kongsikan kesunyian ini bersama yang mati lagi bisu ini. Yang cuma mengeluarkan satu bunyi yang sama biarpun aku menaip huruf-huruf yang berbeza. Astaghfirullahalaziim....


Ramadhan telah melebarkan senyumannya,
mendepakan pelukannya,
Moga Ramadhan ini Ramadhan yang bahagia buat kita,
dilimpahi keberkatan, rahmat serta kesejahteraan dariNya Yang Maha Esa.
Insyaallah...Amiin Ya Robbal Alamiin.





2 ulasan :

C'Jai berkata...

Salam ramadhan...semoga ramadhan ini akan mengusir rasa sunyi yang membelengu diri..Insya Allah...

ELFarahin berkata...

@C'Jai Amiin...terima kasih kerana sudi baca! Salam Ramadhan! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...