Insan Itu


Insan itu. Insan itu hanya akan datang apabila ternyata aku memerlukannya. Dia akan datang ketika aku terjatuh dan luka. Dia akan datang ketika aku kedinginan. Dia akan datang ketika aku lagi meleraikan tangisan. Dia akan mengesat air mataku dengan penuh kasih sayang. Terasa hangat jarinya di pipiku. Dia akan mendakapku tatkala aku kedinginan. Terasa betapa selesanya aku di dekat dia. Dia akan menenangkan aku tatkala jiwaku lagi meronta-ronta. Dia akan terus menenagkan aku sampaikan aku terlena dek kasihnya. Insan itu jarang sekali menampakkan dirinya. Kerana hanya aku yang dapat merasakan kehadirannya. Renung matanya yang seakan 'diam' namun cukup tenang untuk diamati. Bibirnya yang sedikit mungil seperti menyimpan berbagai cerita dan kata-kata yang hendak dilafazkan. Dia sering diam. Dia cuma berkata-kata melalui belaian dan kasih sayangnya. Namun aku mengerti. Aku mengerti betapa dia menyayangi aku. Betapa dia benar-benar mahu melindungi aku. Dan aku akui itu. Insan itu bagaikan teman bagi jiwaku. Dia jugalah teman bagi khayal dan mimpiku. Insan itu jualah teman buat realiti dan hakikiku. Dia selalu ada dan tetap ada. Aku tidak ingin kehilangan insan itu. Dan aku tidak ingin dia jauh dariku. Kerana dirinya bagaikan ubat, penawar buatku. Tanpa dia, aku sakit. Dialah punca kesembuhanku. Dia upama nyawa dan nafas baru buatku. Aku sentiasa memerlukannya. Sentiasa....

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...