Jangan Malu...Awak Gentlemen...


Assalamualaikum....
Farahin nak story sikitlah pasal hal yang berlaku di sekolah pagi tadi. Hari ini hari Jumaat. Di sekolah ketika slot Bimbingan Rohani diadakan, sekolah ada buat solat hajat. Memang setiap hari Jumaat akan ada Bimbingan Rohani setengah jam sebelum masuk kelas. Pelajar-pelajar yang non-muslim akan dikumpulkan di satu tempat. Kitorang panggil astaka lama. Kiranya tempat perhimpunan lah jugak. Tapi astaka sekolah ada dua. Yang lama dan yang baru. Kami yang nak buat solat hajat ni di astaka baru sebab situ lebih lapang dan luas. Astaka kami terbuka. Jadi, terasalah embun pagi yang sejuk tu.

Sebelum sesi solat hajat dimulakan, Ustaz ada beri amaran. Beliau tanya ada tak pelajar lelaki yang tak ada wuduk. Beliau kata tak payah malu. Ini urusan mereka dengan Allah s.w.t. Malu mereka sepatutnya kepada Allah s.w.t. Bukan dengan awex-2 yang berada di saf belakang tu. Hihii.... Banyak kali Ustaz ulang soalan yang sama. Lastly, seorang pelajar lelaki bangun dan cepat-cepat keluar dari astaka. Haa~ kantoi dah awak... Then, diikuti oleh 2 orang lagi. 3,4,5... Owh~ ramai rupanya. Mostly, mereka berada di saf belakang. So, adinda-2 di belakang ni dapatlah cam wajah-2 Adam tuu. Tapi Farahin tak pandang pun. Well~ memang itu pun yang diorang mahukan. Diorang malu nak bangun mostly sebab kita yang perempuan ni pandang diorang. So, ada baiknya kita tak pandang diorang dan menghalang rasa serba salah dan malu mereka kepada Allah s.w.t kan?

Tak apa. Tahniah kepada awak-awak yang bangun dan pergi ambil wuduk tu! Setidaknya, pahala yang awak peroleh, berkurang dosa-dosa awak semua. Insyaallah~ Bukankah mereka yang sempurna wuduknya akan terhapus segala dosa-dosa kecilnya? TAHNIAH lagi sekali! Jangan malu...tindakan awak semua tu gentlemen. Farahin sendiri bangga dengan tindakan awak-awak yang daring tu. Next time, jangan buat lagi ya. Kalau masa nak duduk tulah katakan terbatal, cepat-cepat bangun dan ambil wuduk ya. Buat yang wajib saja. Sekali untuk setiap anggota. Sekejap je tu. Huhuu....

P/S : Tadi kata nak story sikit. Tapi dah lebih ni rasanya. Hehee....




6 ulasan :

nis berkata...

Dah tau dah pasal video teaser lagu baru suju? jom tgk!

http://misskpoppers.blogspot.com/2012/08/super-junior-spy-music-video-teaser.html

nis berkata...

http://misskpoppers.blogspot.com/2012/08/faster-super-junior-m-countdown.html

Super junior dah ada kt M! Countdown !

Mr Simple + Sexy free & single + SPY !

nis berkata...

http://misskpoppers.blogspot.com/2012/08/sudah-siap-dudelnye-peserta-eira-10-13.html

try check ade tak doodlenye

sorry, doodle lambat siap!

Nizam Ijam berkata...

wah... menarik.. nak jadi gentle gak r :D

ELFarahin berkata...

@Nizam Ijam Good! Good! Biar gentle kerana Allah S.W.T. :D

ELFarahin berkata...

@nis Amboi! Banyak betul komen dia. Hihii... ^^ By the way, thanks for sharing! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...