Aku punya mata
namun apakah aku masih punya hati?
Aku mampu melihat
namun apakah aku masih mampu meniliti?
Biarpun aku disuruh pandang
aku tetap tidak akan melihat
aku tidak akan meniliti
aku tidak akan menghayati
salahkah begini?
Aku takut untuk melihat
kerana aku gerun jika tiba-tiba aku terkesima
Aku takut untuk meniliti
kerana aku fobia jika tiba-tiba aku terpesona
Aku takut untuk bermimpi
aku cuma ingin menginjak datarannya realiti
aku tidak mahu berharap lagi
yang cuma membuat aku terasa sepi
dan menangis lagi
Aku ingin melihat tanpa rasa
dengan hati yang tuli dan bisu.
Ini adalah pilihanku.
salam..pe kabar..
ReplyDeletehadiah ari tu dah dapat ke..?
@C'Jai Alhamdulillah....sudah. Terima kasih, Cik C'Jai! :)
ReplyDelete