Sejengkal


#Pagi

Jam sudah tepat menunjukan pukul 7:30 pagi. Aku tergesa-gesa menuruni tangga batu rumah. Ayah sudah menanti di luar bersama motosikalnya. Ah! Aku lambat lagi! Memang selalu begini. Biarpun bangun sahurnya lebih awal, tetapi aku tetap lambat bersiap untuk ke sekolah. Aku menyalam tangan ibu dan segera menyarung sepatu sekolahku yang sudah hampir sebulan tidak didobi. Alah! Setakat secalit kotoran. Apa aku kisah? Aku mencapai topi keledar lalu naik ke atas motosikal.

Dalam perjalanan hendak ke sekolah, ayah berhenti di sebuah simpang empat. Haih. Banyak sungguh kenderaan pagi-pagi begini. Sedang aku juga turut ikut melihat kenderaan-kenderaan laju meluncur di jalan raya, lalu aku terpandang akan sebuah kereta berwarna kelabu. Apakah nama kereta itu? Ah! Aku juga tidak pasti. Mungkin Kenari? Atau Kelisa? What ever~ Yang pasti, aku amat mengenali kereta itu.

Jalan raya sudah selamat untuk ayahku mencilok ke kiri. Kereta kelabu tadi berada tidak jauh di hadapan sana. Jangan! Jangan ketemukan aku dengannya! Jerit hati aku. Tidak lama kemudian, akhirnya aku tiba di sekolah. Ramai juga pelajar yang senasib denganku. Lambat tiba di sekolah. Hahaha. Tetapi, di seberang sana, kelihatan dia melangkah keluar dari keretanya. Ah! Usah dipedulikan! Aku turun dari motosikal dan membuka topi keledar. Aku mengambil buku rujukan Biologiku yang berada di dalam bakul motosikal sambil menghulurkan topi keledar kepada ayah. Aku menyalam tangan ayah sebelum pergi.

Aku berkejar-kejar hendak masuk ke dalam sekolah. Tatkala itu juga, seorang kenalan menegurku di belakang. "Amboi! Lajunya Farahin." Aku cuma membalasnya dengan senyuman yang malas. Ah! Pagi-pagi begini emosiku sudah terganggu lagikan pula engkau tiba. Aku terus terkejar-kejar dan tatkala aku hampir tiba di pagar masuk, dia juga baru sahaja tiba di situ. Jarak antara kami cuma sejengkal. Kami...terlalu dekat. Telingaku terasa kebas. Hatiku mula terasa panas. Dan dia....semakin tinggi. Malah, lebih tinggi daripada aku. Ah! Apa yang cubaku katakan ini?! Aku mematikan kata-kataku dan terus terkejar-kejar ke tapak perhimpunan.

Di tapak perhimpunan, aku terus menuju ke baris hadapan. Aznie masih belum tiba. Farhana dan Raidah sedang sibuk berbual. Aku meletakkan buku Biologiku dan terus duduk bersila serta mendiamkan diri. Tiada apa hendak dikatakan. Tiada apa hendak dibualkan. Aku sedang menghadapi pertarungan! Hatiku. Hatiku tidak boleh dibiarkan menjadi lemah! Aku perlu mengeraskannya daripada melembut. Aku perlu menghitamkannya sebelum dia kembali merah dan berdenyut. Aku perlu merasakan kebencian itu. Aku perlu kalahkan perasaan yang umpama sampah itu! Lelaki itu bukan lagi pemangsa hatiku. Tetapi dia adalah mangsa kebencianku! Aku tidak akan biarkan dia mematikan hatiku untuk kali kedua dalam khayalan yang kononnya ia hidup dalam dunia yang penuh bahagia. Sedangkan, hakikatnya ia merupakan dunia yang penuh sengsara dan lebih mensengsarakan!



#Tengah hari

Akhirnya, kelas Biologi tamat. Azan juga sudah mula berkumandang. Hari ini aku tidak pulang ke rumah selepas waktu sekolah. Aku ingin meluangkan masa di perpustakaan dan menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh guru. Tetapi sebelum itu, aku perlu solat zohor terdahulu. Mujur Aznie juga tidak pulang ke rumah. Jadi, aku tidak keseorangan.

Di surau, sebaik sahaja beg dan buku diletakan di dalam surau, aku dan Aznie segera keluar untuk mengambil wuduk di tempat mengambil wuduk wanita. Aznie siap berwuduk terlebih dahulu daripada aku. Huh..ketinggalan sudaa. Aku melangkah masuk ke dalam surau semula. Aznie sudah siap bertelekung. Sedangkan aku pula baru sahaja hendak mencari kain dan tudung telekung untuk disarungkan ke tubuhku.

Setelah menjumpai kain dan tudung telekung yang sesuai denganku, aku bersiap-siap menyarungnya ke tubuhku. Tiba-tiba ada seseorang menyeru namaku. "Farahin." Aku menoleh. "Tadi ada nampak van Pak Cik Saleem tak?" Aku cuma menggelengkan kepalaku sebagai jawapan tidak. Ah! Dugaan apakah hariku ini? Tidak cukup dengan Si Lelaki, Si Perempuan ini juga aku dipertemukan? Astaghfirullahalaziim....rungutanku ini kedengaran kasar, kan? Astaghfirullahalaziim...Ya Allah, jangan pertemukan lagi hamba dengan mereka Ya Allah. Jangan. Jangan, Ya Allah. Amiin.

P/S : Entry hari ini berwajah seakan novel, kan? Hihii...By the way, it was my bad day today to meet them even by a sudden. They're not my enemies. But I've to treat them like enemies. And always have to and it is a must.


Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...