Demam Urat



Assalamualaikum....
Apa khabar, bloggers sekalian! Hope anda sihat-sihat saja ya. Insyaallah. Bukan macam Farahin sekarang ini. Demam urat. Hahaa...Tak tahu demam urat tu macam mana? Alah~ demam yang datang menyerang mengejut gitu. Tak batuk, tak selsema, tak alih-alih badan rasa sakit berbisa semacam saja. Actually, Farahin datang ke sekolah pagi tadi. Semasa perhimpunan pagi sampailah masuk ke kelas, badan Farahin rasa sakit sangat. Berbisa. Lepas tu, rasa sejuk sangat. Semasa cikgu add math megajar, Farahin rasa macam hidup dah tak lama saja. Sejuk sangat! Selepas tamat subjek add math, Farahin terus pergi ke tempat Aznie dengan Raidah. Farahin nak tanya kalau-kalau diorang ada duit syiling. Farahin nak telefon mak suruh ayah ambil Farahin di sekolah. Farahin memang dah tak tahan sangat. Malangnya, Aznie dengan Raidah tak ada duit syiling. Tak lama lepas tu Cikgu Math masuk. Aznie cuba tanya kat cikgu kalau-kalau ada duit syiling. Tapi tak ada. Aznie bawa Farahin pergi pejabat nak cari cikgu HEM. Tapi cikgu tak ada. Then, ada seorang cikgu ni volunteer nak hantar Farahin balik. Ok. Akhirnya, Farahin sampai juga di rumah. Buka kasut, tudung, spec then terus masuk bilik and berselubung. Farahin memang rasa sejuk sangat. Mak pun risau. Tapi sekarang tak seteruk pagi tadi. Tapi kepala Farahin still rasa pening. Suhu badan dah tak sepanas pagi tadi. Alhamdulillah. At least, sudah beransur pulih. Tapi macam mana pun, Farahin memang rasa tak selesa. Badan ni sakit-sakit je. Hmm...inilah my 1st time demam seteruk ini. Dugaan...dugaan. Perut pun kosong. Tak ada selera nak makan. Banyak minum air masak je.



2 ulasan :

ANNA MARIANA berkata...

moga cepat sembuh yerk..

ELFarahin berkata...

@ANNA MARIANA Alhamdulillah. Dah sembuh pun. Cuma peurt lapar. Hahaa... 24+ jam tak makan. ^^ Terima kasih sebab sudi baca! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...