Quick Segment: Why We Love Blogging? By Najihah Najmy


Assalamualaikum....
Ehem! Ada orang tanya kita kenapa suka blogging. So here are my answer. Baca perlahan-lahan ya. Huhu

Farahin bukanlah seorang yang peramah. Bukan juga seorang yang pandai membuka perbualan. Oleh sebab itu, Farahin memilih blogging sebagai alternative bagi Farahin beramah mesra dan membuka topik perbicaraan melalui hasil penulisan Farahin. Huhu.
Setiap orang ingin mempunyai kawan yang ramai dan dikenali. Biarpun tidak mengenali wajah, apa salahnya mengenali hati. Farahin tidak cekap mencari kawan. Tetapi dengan blogging, Farahin tidak perlu mencari kawan. Sebaliknya, 'search' kawan.
Hidup ini terasa mudah pada awalnya. Tetapi hari demi hari, tatkala usia diburu masa, hidup ini mula terasa susahnya. Adakala, keluhan saja tidak memadai. Ingin memberontak, tidak juga baik nanti. Jadinya, dengan blogging Farahin dapat melepaskan rasa letih yang terbeban pada diri.
Ada segelintir remaja mudah kemurungan. Adakala dia merasakan dunia dan masyarakat tidak menerimanya. Juga tidak memahaminya. Oleh sebab itu, Farahin memilih blogging untuk mewar-warkan pada dunia dan masyarakat apa yang Farahin rasa dan fikir di samping menemukan mereka yang ingin memahami.
Berbohong bukanlah kepakaran terbesar Farahin. Tetapi ucapan "tak ada apa" sentiasa di bicarakan Farahin. Sedangkan itu adalah tipu semata-mata. Malah Farahin mengucapkan itu pada diri Farahin sendiri. Dengan itu, blogging membantu Farahin berlaku jujur pada diri sendiri. Walaupun tidak sepenuhnya.
Farahin juga tidak berkemahiran dalam menarik perhatian orang di sekeliling. Di satu sudut, Farahin akan mendiamkan diri dan hanya mendengar. Farahin akan bersuara bila perlu. Tetapi setidak-tidaknya, dengan blogging Farahin dapat berganti diri menjadi seorang yang cuba-cuba untuk menarik perhatian. Hihii
Farahin juga bukanlah "kipas susah mati" berita. Apatah lagi akhbar-akhbar harian. Tetapi dengan blogging Farahin dapat memperoleh info-info semasa terutama yang berkaitan bencana alam dan peperangan melalui blogger-blogger yang aktif dalam menyebarkan info-info berkenaan. Namun begitu, Farahin kurang berminat dengan gossip dan news ala hot tentang artis serta berita sukan. Hehee
Baru-baru ini, Farahin menyedari diri Farahin sukar untuk mengawal tekanan emosi, fikiran dan hati. Adakala Farahin akan berasa marah tidak bersebab. Adakala Farahin akan menangis dan berasa sakit hati. Dengan itu, blogging serba sedikit membantu Farahin untuk muntahkan segalanya. Ia merupakan khidmat kaunseling kedua bagi Farahin. Yang pertama semestinya Dia Yang Maha Mengetahui.
Tidak gemar membaca buku merupakan salah satu sifat buruk Farahin. Terutamanya bahan bacaan bukan fiksyen dan penuh dengan fakta yang tidak diringkaskan. Jadinya, blogging sekaligus memupuk sifat ingin tahu dan membaca melalui artikel-artikel blogger yang ringkas dan lebih menarik. Ilmu itu luas. Tidak cuma pada buku. Hahahaa
Farahin juga tidak terdedah kepadaa suasana luar. My life is just around this small state names Kluang, Johor. Keluarga Farahin tidak gemar melancong. So do I. Ini juga mungkin disebabkan faktor kewangan. Tetapi dengan blogging serba sedikit Farahin terdedah kepada suasana luar melalui pengalaman atau diari yang dikongsikan oleh para blogger. By the way, recently Farahin teringin hendak melawat zoo. Teringin hendak berkenalan dengan para 'sahabat' di sana. Huhu

Okeyh. Done. Maaf sebab panjang. Sengaja. lol

Tag:

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Segmen masih dijalankan! Klik Boboiboy untuk JOIN!




Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...