First Rescue Mission 20130130


Hari ini hari Rabu. Farahin dan my bestie, Farhana teruja kononnya hendak pergi latihan merentas desa. Yet there is no one. So Farahin dan Farhana pun cabut lari ke kelas kami. Di kelas kami menghias dan mengemas kelas. Maklum, cikgu sudahpun kabut tentang keceriaan kelas. Apapun, baru 5% siap. Hekhok...!

Farahin dan Farhana banyak kali singgah kedai alat tulis berhampiran dengan sekolah. First, pergi beli alat untuk menghias papan kenyataan Puteri Islam kami. Well, kami ahli jawatan kuasa tinggi. Ups! Second, kami pergi untuk fotostat some revision untuk ditampal di papan kenyataan kelas. That time lah, kami ternampak sesuatu yang sangat menyedihkan.

Masa mula-mula pergi, di selekoh itu bersih saja. Tiba-tiba for the second time, kami ternampak bangkai seekor anak kucing. Astaghfirullahalaziim! Kami sangat terkejut. Masing-masing kami simpan rasa simpati sendiri dan terus pergi kedai alat tulis dengan motor merah Farhana. Broom Broom!

Masa back to our school, I just pray that someone may save that death kitten. At least, ketepikan dia daripada dibiarkan di atas jalan. Farahin dan Farhana gelak-gelak, bergurau-senda, sakat-menyakat, karut-mengarut, semasa menghias dan mengemas kelas. Just both of us. Bak kata Farhana, “tiada sesiapa yang sudi menemani selain kami berdua.” Hahaha.

Masa hendak balik, Farhana tanya hendak beli apa-apa lagi tak. Farahin just kata tak. Tapi terpacul pula dari bibirku, “Jom tengok kucing tadi. Mana tahu dah ada orang tolong.” So Farhana pun bawa Farahin ke tempat kejadian.

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun! Bangkai kucing itu masih di situ. Dengan ususnya yang terburai keluar dan masih putih warnanya. Ya. Bangkai kucing itu masih panas organ dan anggotanya. Farhana tanya, “nak tolong tak? Kesianlah.” Farahin dengan rasa teragak-agak dan simpati,”berhentilah. Kita tolong.” So Farhana berhenti di hadapan kedai tulis itu.

Farahin keluarkan sampul hadiah yang kami beli di kedai itu tadi dan berlari kea rah bangkai anak kucing itu. Shit! Masa Farahin hendak ke sana, ada kereta warna hitam lalu. Farahin palingkan muka dari bangkai kucing itu. Takut-takut tayar kereta itu lenyekkan bangkai kucing itu. Kesian! Tapi jeling-jeling juga. Alhamdulillah, kereta itu tak menambahburukkan bangkai tersebut.

Farahin buka sampul hadiah yang dilipat kira-kira 3 lipatan itu dan terus letak di atas bangkai kucing itu. Farahin tak tengok pun muka even usus dia. Takut-takut nanti menangis pula Farahin kat situ. Malulah! Yeah. I’ve my own ego. Farahin meraba-raba dengan sampul hadiah tu mana kepala, mana badan dan mana usus dia. Ternampak juga tadi ususnya sedikit. Tapi Farahin imagine like Nampak telur ikan saja.

Farahin kaut bangkai itu dengan sampul hadiah. Kemudian letakkan di kawasan bertanah berdekatan dengan kawasan kotak TNB. Erk! Kotak TNB ke namanya? Berhampiran ada daun-daun kering. Farahin gosok-gosok daun-daun kering tu pada tangan. At least, hendak bagi hilang bau bangkai kucing. Done everything, Farahin balik kepada Farhana yang menunggu.

Sampai saja di rumah, Farahin terus basuh tangan dengan sabun. Itupun sabun basuh pinggan. Malas hendak pergi bilik air dengan berstokin. Hehe. Farahin duduk di ruang tamu dan mengeluh. Tiba-tiba dada rasa sempit. Macam ada benda tersekat. Mungkin rasa simpat atau pilu yang tak terluah. Well, bab-bab menyimpan perasaan memang kepakaran Farahin. Haha. Untill now, dada Farahin masih rasa sempit.

Farahin tahu dia cuma seekor anak kucing yang telah dilanggar. Tapi Farahin hope sangat Allah SWT pelihara bangkai dia. Maksud Farahin, biarlah bangkai itu melupus dengan sendiri. Bukan dimakan oleh anjing or other predators. Huhh.

Peliknya, dalam banyak-banyak remaja lelaki perempuan yang melepak di kawasan berkampiran, tak terasa ke nak ketepikan bangkai kucing itu. Kalau lu anak jantan, takkan bangkai anak kucing pun dah mula rasa terencat?

Tapi bila fikir-fikir balik, ada baiknya juga Allah SWT membuka hati Farahin untuk ketepikan bangkai anak kucing tu. Baiknya ialah, Farahin pakai baju Pend. Jasamani STABK so let me prove here that STABK bukannya tempat budak-budak jahanam. Bukannya semua tak sopan. Farahin tak tahu kenapa orang suka bersangka buruk pada STABK. Macamlah dia pernah jadi student STABK. Wekkk!



p/s: This was my First Rescue Mission. Mungkin petanda dari Allah SWT, I am going to be a great Veterinarian one day. Amiin :)

1 ulasan :

Harith Iskandar berkata...

mmmm hati kecil :)
lepak2 jab petang ni,smbil layan kopok lekor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...