Pakwe Online


Assalamualaikum. Hari ini mood Farahin kind of moody. Tetapi tetap menyudikan diri untuk buat entry. Macam tertulis di atas, "Pakwe Online" tajuk hari ini. Kalau tertarik, teruskan baca lagi.

Ingat lagi tahun 2011. Tahun Farahin bergelar budak PMR. Tahun itu juga ayah belikan laptop. Diri rajin melayari internet, sampai suatu hari terdetik hendak buat blog dan facebook. Setelah berbulan bermain fb, chat chat terjumpa seorang lelaki.

Each time Farahin online, chatbox "pop" buat bunyi. Dia lagi. Chat chat usianya remaja lagi tetapi sudah habis sekolah. Stalk fb dia, kerja kimpalan. Just like my dad. Duduk dekat je pun dengan rumah Farahin. Tetapi I didn't let he know me.

Suatu hari dia tulis di chatbox "jom kapel." Farahin refused tapi dia terus mengganggu. Masa itu Farahin bukanlah Farahin yang sekarang. Farahin yang dulu terlalu lembut hati. Dulu pernah ada boyfren tetapi Farahin terlalu serius. Dia dapat pressure, kami break up. Memang Farahin popular dengan sifat yang pelik. So, let me try be like other girls. Farahin terima lelaki itu as pakwe online.

Lama-lama bosan juga dengan fb. Hendak-hendak lagi bila ex boyfren tak online. Farahin menyamar sebagai orang lain untuk berkawan semula dengan ex boyfren. Itulah tujuan asal buat fb. Bila dah lama tak online, pakwe online melenting. Macam budak-budak. Tapi lama-lama baik juga.

Bila ramai sangat orang luar dari Malaysia ajak chat Inggeris, penat rasanya hendak main slang Inggeris dengan mereka. Jadinya, Farahin off chatbox saja. One day bila on chatbox semula, lelaki itu melenting lagi. Katanya Farahin mesti curang chat dengan lelaki lain. Memang macam budak-budak. Farahin tak kisah pun dia marah sebab Farahin main-main saja dengan dia. Lastly, I said "kita putus jelah."

Dia mula mengampu macam anak kucing jatuh longkang. Perbuatan yang tak matang! Kami berbalas mesej di chatbox. Each time bila Farahin mesej dalam bahasa Inggeris, dia kata "tak payahlah nak cakap Inggeris dengan saya. Bukannya faham." Bukannya Farahin guna bahasa yang susah susah. Simple-simple saja kot. Mengada. Lama-lama Farahin malas nak layan dia.

Sebelum break up tu, lelaki tu pernah ajak Farahin datang rumah dia. Vavi! Tak malunya lelaki tu. Farahin refused dua kali tapi dia ajak berkali-kali. Bila Farahin speak Inggeris, baru dia hendak berhenti. Perangai sangat kebudak-budakan. Dia ingat Farahin form 3 that time, perlu ke dia layan Farahin like a child? Dasar tak matang! Farahin bukannya perempuan yang mudah menggedik bila nampak teddy bear warna pink.

Since that, menyampahnya Farahin dengan lelaki yang terlalu kebudak-budakan. Angka usia je besar tapi otak kecik. Cepat melenting. Negatif melampau. Patut masuk tadika semula. Lelaki itu the first and the last pakwe online yang Farahin pernah ada. Tak ada lah seronok mana. Tak best langsung pun hakikatnya.

Dulu my friend ada kapel dengan seorang abang satu sekolah dengan kami. My friend ada upload a picture of her. Then ramai orang komen. Maklum, my friend ni putih orangnya. Kena flash kamera, daboom gitu. Lepas tu nampak komen si boyfren kawan Farahin itu. Tapi lupa pula apa yang ditulis. Tetapi yang pasti sangat kebudak-budakan. Bila Farahin baca, Farahin rasa annoyed sangat. Farahin cuba beritahu my friend tu pasal apa yang Farahin rasa tapi tak kesampaian. Takut-takut diorang break up tak pasal-pasal sebab Farahin.

Tapi itu semua cerita ketika Farahin lagi di Form 3. Sekarang sudah menjadi senior di sekolah. Form 5. SPM candidate. No boyfren, no ex-boyfren. I am Sexy, Free and Single only for Super Junior and my hubby Yesung. To be truth, Farahin kind of anti. Now, I'm type yang tak mudah percaya dan sedikit keras hati.

Oh, ya! Sekarang ni my bestie lagi diganggu oleh seorang mamat yang kira lagi tergila-gila kat my bestie. Selalu mesej my bestie benda-benda yang tak matang like tanya siapa boyfren dia, apa rasa ada boyfren. Oh, shit! Farahin annoyed gila bila my bestie cerita pasal mamat tu. Rasa macam nak bagi makan kaki je. Menyampah! Wekkk!



p/s: kini jelas, I don't need a man yang kebudak-budakan. Be rasional and matured boys!

3 ulasan :

Balqis Sarah berkata...

jangan percaya dgn lelaki yg kegilaan perempuan ni... dongsaeng dulu pun pernah, lama-2 mls nk lyn dgn lelaki tu...
dongsaeng cuma nk gentleman mcm Siwon. Hehe. xD

aqoustica berkata...

cinta online. hehe akak dgn cik tunang pn cinta fesbuk dik,tpi xdela angau mngganggu mcm ex online love adik tu.

Nur Dzafirah Mohd Zain berkata...

Hehe... kasi lempang je laki mcm tu annoyed je.. kikih... apa2 pon jodoh itu akn dtg jua satu hari nanti. :3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...