Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Cinta Itu Buta atau Membutakan?

Posted by ELFarahin | On February 01, 2013 | |

Cinta itu buta. Aku sendiri memahami maksudnya. Bercinta tanpa mengira siapa pun dia. Sama ada kaya atau miskin, pandai atau kurang pandai, dan sebagainya. Tetapi lain pula sahabatku ini yang baru merasa pahit manisnya cinta.

Dengar cerita dari sahabat yang seorang lagi. Sahabatku ini angau tidak mengira hari. Berendut berdating walaupun masa untuk makan tengah hari. Siang malam bermesej miss call dengan laki sampai homework tak siap lagi. Sedangkan selama ini dialah yang paling rajin di antara kami.

Rupa-rupanya baru 3 bulan bergelar pakwe makwe. Tetapi sahabatku ini bercinta sampai berkhayal untuk hari tua. Kata-kata pujangga ibarat melewati usia. Aku mengerti rasa sayang itu yang tidak terhingga. Tetapi takkan secepat ini tindakannya?

Aku dulu pun ada pakwe. No handphone, so main surat-surat saja. Aku angau, angau juga. Tetapi dia aku jadikan pendorong untuk tampak seperti gadis yang berjaya. Maklum dia duduk kelas belakang dan aku cuma ingin budak-budak pandang baik terhadap dia. Tapi tak sangka dia menjadi terlampau merendah diri dan meninggalkan aku akhirnya.

Tetapi lain pula ceritanya sahabatku ini. Dia yang keanak-anakan tetapi sering memberi kata-kata nasihat yang menampakkan matangnya pemikiran, kini seperti lembu yang terikat pada tali. Aku bimbang akan perubahan dia yang satu ini. Aku faham dia sangat menyayangi. Tetapi takkan sampai begini?

Aku dulu crushed dengan ex 3-4 tahun tapi tidak juga menjadi stalker sepenuh masa. Tetapi aku rasa dia  sudah seperti membuang masa. Aku faham dia nak lelaki itu selalu ada di matanya, tetapi takkan sebegini rupa. Aku sangat bimbang tentang dia.

Sahabatku yang seorang lagi berkata sahabat kami ini merungut kerana laki selalu bawa member bila jumpa. Bagi aku ada baiknya. Tetapi dia kata tiada seronoknya. Aku mengucap sambil mengurut dada, aishhh jinjja! Apa sudah jadi pada dia?!

Aku tengok dia seolah hidup dalam novel-novel cinta. Aku tahu memang itu kegilaan dia. Tapi takkan obsess sebegini rupa. Aku dan sahabat seorang lagi khuatir dengan perubahannya yang sangat ketara. Novel itu 100% jalan cerita mengikut kehendak kita, tetapi ini realiti di mana Allah SWT penentunya. Dia Cuma memiliki beberapa percent sahaja. Tetapi berkhayal bagai tidak lagi menjejak ke dunia.

Aku dan sahabat seorang lagi ingin sekali menasihatinya. Bukan cemburu sebab dia sudah ada pakwe. Tetapi bimbang dia akan melarat jadinya. Kami berpandangan, sahabat kami ini sudah menjadi buta kerana cinta sampai tidak teraba apa-apa. Tapi takut, dia sakit sebab cinta, persahabatan kami juga tergadai akhirnya. Maklum, kami sendiri gagal dalam cinta remaja.
Aku dapat tahu si laki dapat pressure. Sebab sahabatku ini ikat janji gila-gila. Kata hendak sehidup semati sampai hujung nyawa. Aku tak kisah niat dia sebegini rupa. Tapi sure si lelaki pun berhasrat sama?

Aku dengar cerita si laki rasa serba salah sebenarnya. Sebab sahabatku ini bercinta sampai berangan hal rumah tangga. Si laki takut janji tak dapat dilaksana. Dari sayang dan suka, dia dibelenggu rasa dosa.

Akhir-akhir ni nampak si laki menyendeng dengan junior bajet lawa. Macam tak tahu si laki dah ada yang punya. Katanya nak buat si laki jadi abang angkat  tapi aku rasa gedix manchix budaknya. Menyampah gila. Kalau betul nak buat abang, hormatlah abang punya makwe.

Yang si laki ini pun on macam taik lembu. Aku rasa macam nak bagi penumbuk satu. Dia macam tak rasa junior tu mengada dengan dia macam ulat bulu. Sebaliknya dia kata "itu hak dia" pasal junior tu. Erkh! Dasar budak dungu!

Semalam sahabatku seorang lagi itu nampak si laki dengan junior berbual ala-ala romantiknya. Aku tak  tengok aksi cun mereka berdua.Tapi dalam hati aku dah berkata, “Kalau kau nak main-main dengan kawan aku, baik putus saja!” Tapi aku simpan baik-baik dalam dada. Takut nanti kalau diorang break up aku disalahkannya.

Bila aku ingat balik, ex aku macam dah buat jasa. Dia tinggalkan aku tepat pada masa. Dan dia sound aku walau tak musabah sebabnya, tapi kena juga. Sebab kalau bukan sebab mesej dia di fb 2 tahun lalu, mungkin hari ini aku terus sakiti hati kerana cinta. Kini aku faham, mungkin dia nak aku sakit awal supaya aku dapat lupakan dia segera. Jadinya, hari ini aku okey okey saja.

Sebab itu aku terfikirkan ayat “....baik putus saja!” Sahabat aku nak SPM bukan focus bercinta. Aku tak kisah kalaupun dia ada pakwe. Tapi kalau 3 bulan sudah mula ada jatuhnya air mata, aku tahu sahabatku ini sudah silap mengarang cerita cinta. Aku tengok sahabatku ini serius sama atau mungkin lebih, macam aku dahulu kala. Tetapi aku 2 tahun selepas bercinta. Sebaliknya dia 3 bulan baru berlalu saja. Jadi aku sangka, dia memang sudah buta. Risaunya.

Aku nak kata dia untung pakwe nak jumpa walaupun bawa member. Dalam erti kata lain kapel namanya. Tapi aku dulu malu nak jumpa apalagi berbual bergurau senda. Tapi sahabatku ini pula seakan masih tiada puasnya.

Dia untung mesej miss call sentiasa tambah boleh dengar suara, aku cuma main-main surat saja. Itupun tak dibalas olehnya. Maka jelaslah pada waktu itu, aku bertepuk sebelah tangan saja. Sedangkan menulis lebih mengambil masa daripada bermesej, tetapi homework dia pun terbengkalai juga. Bukan nak kata aku pelajar terbaik di antara semua. Aku sendiri nombor corot berkala-kala. Tapi tolonglah! Aku sangat risaukan dia!

p/s: Melihatkan dia sebegini rupa, Farahin pasti dia tidak sekuat seperti yang Farahin sangka. Hmm...eotteokhae~

5 comments:

  1. Ya Allah . akak yg dgr cerita awak ni pun dah risaukan keadaan kawan awak tu . tahun lepas ( SPM ) , akak pun terlibat dalam soal hati & perasaaan ni . budak tu kelas sama dgn akak . dia ada cakap dia suka akak . tp akak ckp , " kita bincang lepas spm " , even akak pun suka dia . sbb akak mmg focus untuk SPM . akak taknak disebabkan cinta yg belum tahu penghujungnya ni , SPM terabai . kitorang just suka dalam diam macam tu je . Alhamdulillah tak terabai SPM sebab matlamat kitorang sama , nak kejar SPM dulu . masing2 ada perasaan , tp masing2 buat macam biasa .

    dalam kes kwn adik tu , akak rasa macam dah parah . kesian dia . mungkin dia terlalu menyayangi ? cuba nasihat dia . dia melenting tak ?

    ReplyDelete
  2. @sabella mohamad sebab dia jenis yang melenting lah kami tak cuba nak nasihatkan dia >_<"

    ReplyDelete
  3. susah la kalau macam tu . haih . kalau dia ada prob , dia mengadu dekat farahin la ye ?

    ReplyDelete
  4. @sabella mohamad nope. Farahin not a good advisor nak-2 lagi bab cinta. Farahin cuma a good listener. Dia selalu cerita dekat bestie lagi sorang. Farahin pun kalau ada prob pun cerita kat bestie yang sama.

    ReplyDelete
  5. kalau dah masuk bab bercinta ni sumer org akan rasa dialah yg paling dewasa sbb tu dyorg akan menganyam angan2 yg tggi :)

    ReplyDelete

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin