Surat Untuk Hati

#GetWellSoonYesung #StayStrongYesung

Assalamualaikum Hati, 
apa khabar awak?
Nampaknya malam ini awak telah membalas surat saya yang lepas,
bicara yang awak lontarkan melalui air mata ini jelas menunjukkan keadaan awak yang sebenar.
Mengapa begini?
Kasihan awak.
Masih dalam kesedihan.
Baru malam ini saya sedar,
jelaslah perasaan itu masih belum beredar.
Wahai Hati,
maaf kerana selama ini saya enggan mendengar kata-kata awak.
Awak selalu beritahu bahawa awak masih menyayangi dia.
Walaupun setahun lalu segalanya kelihatan baik-baik sahaja.
Awak ikut kehendak saya yang ingin jauh daripadanya.
Sedangkan awak selalu menoleh ke belakang, berat meninggalkan dia.
Maafkan saya kerana menyeksa awak selama ini.
Saya tidak tahu mana yang benar, mana yang tidak.
Saya tidak tahu mana yang baik, mana yang tidak.
Sebaliknya, saya keliru memikirkan apa yang terbaik untuk awak.
Wahai Hati,
Benarkah awak tidak mahu berhenti?
Saya mengasihani awak.
Usah ambil risiko ini jika berat untuk dipikul.
Malam ini awak menunjukkan betapa awak merindui dia.
Betapa awak rindu untuk menangis demi dia.
Betapa awak rindu untuk menyayangi dia seperti sediakala.
Betapa awak rindu untuk menyebut namanya.
Betapa awak ingin melihat dan berada dekat dengannya.
Sungguh benarkah awak menyayangi dia?
Mengapa? Kerana ikhlas?
Tetapi apakah yang sempurna atau baik tentangnya?
Maaf bertanya begini.
Saya cuma ingin tahu.
Mungkin sebab telah Allah kurniakan perasaan ini melaluinya,
dan awak tidak mahu melepaskan rezeki yang ada.
Tambahan, awak memang tidak mudah jatuh cinta, kan?
3 tahun ini jelas menunjukkannya.
Bukan lelaki yang awak cari.
Bukan dia.
Tetapi insan yang mampu membuat awak rasa benda yang sama.
Benarkah sangkaan saya?
Baiklah!
Jika begitu, gaja!
Terpaksalah kita mungkiri janji, nekad dan azam setahun yang lalu.
Kita teruskannya.
Kita teruskan sehingga kita berasa benar-benar penat dan tidak lagi berdaya dengan risiko yang bakal kita perolehi.
Saya, dan awak.
Kita akan teruskannya bersama.
Mencintai dia,
sehinggalah Allah letakkan petanda agar kita berhenti.
Moga petanda itu jelas buat kita berdua.
InshaAllah.



p/s: Yesung oppa injured. Hukhuk. Take care, oppa. Sleep well. Penat tadi kan dengan SS5.


1 ulasan :

miLa saim berkata...

syahdu nya ayat...nice entry! bersabarlah dlm menghadapi dugaanNya ye..Insyaallah ade hikmah disebalik apa yg terjadi. Be strong okay!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...