Cat Biru


Hari ini bertarikh 15 Jun, hari Sabtu. Hari di mana semua orang berliburan di ruang tamu. Hari di mana para pelajar siapkan homework yang diberi oleh guru. Tapi hari ini aku tidak berbuat begitu.

Aku ada aktiviti kokurikulum di sekolah. Badan Beruniform PPIM perlu berbincang sesuatu yang tak sudah-sudah. Kadang-kadang kami berjenaka lepaskan lelah.

Kami duduk dalam bulatan di astaka. Di sebelah sana ada budak sibuk dengan latihan taekwando mereka. Kadang-kadang aku tengok juga ke arah sana. Mereka semua nampak hebat-hebat belaka.

Tiba-tiba, aku nampak kau duduk di astaka sana. Maklum astaka ini luas tempatnya. Aku di sini dan kau di sana. Nampak seorang rakan duduk bersama. Apa urusan kau agaknya?

Aku lupa kau ada di sana. Aku pandang lagi nampak kau, aku jadi terpesona. Kenapa? Kita dekat saja. Tapi hakikatnya kita jauhya tak terkira. Aku telah tinggalkan kenangan lama kita. Tapi kau seolah tak dapat aku tinggalkan begitu sahaja.

Hati aku tegah daripada asyik memandang kau. Tapi aku masih tidak puas dan itu semestinya melampau. Aku pejam mata dan terasa galau. Aku alih pandangan, buat-buat tak hirau.

Sudah selama ini aku masih memandang orang yang sama. Walaupun sudah hati menegah, tapi hati juga masih mahukan dia. Ada masa aku dapat lupakan dia. Tapi ada masa aku teringat dan rindukan dia.Makin difikir, makin keliru aku dibuatnya. Aku pura-pura tak tahu apa-apa. Aku buat-buat dia dah tiada.

Dia macam cat minyak warna biru yang terkena pada baju. Warna kegemaran aku. Orang akan kata ada kotoran pada baju. Tapi aku anggap itulah kenangan tanda aku pernah melukis sesuatu.



Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...