Biar Sampai Lusuh


Kami sedang menaiki tangga untuk ke kelas. Aku dibuntuti seorang pelajar lelaki yang berbeg galas, rakan sekelas. Sedikit demi sedikit, langkahnya seperti lemas. Sama seperti aku yang seakan tak cukup nafas. Aku terpandangkan seluar pelajar lelaki itu di mana bahagian kakinya sudah tertetas. Malah turut berambu-rambu seperti kapas.

Teringat pula aku ketika beratur di perhimpunan sambil duduk di astaka. Bersebelahan pelajar lelaki itu ada seorang pelajar lelaki Cina. Kemejanya sudah kelabu asap seakan kepudaran warna. Ini mesti kes pakai baju lama. Aku tak kisah pun kalau dah memang itu gaya dia. Kalau itu yang dia suka.

Teringat lagi aku kepada sebuah artikel yang pernah dibaca. Katanya lelaki suka menggunakan sesuatu barang sehingga buruk, lusuh, hilang rupa. Tak apa. Tidaklah membazir namanya. Tapi bukan aku nak cerita pasal harta benda. Tak juga pasal apa yang lelaki suka atau tak suka. Tapi pasal sesuatu yang mungkin seumpamanya.

Lelaki buaya, manis kata, memang berbahaya di zaman ini. Mereka buat perempuan macam tuala mandi. Sudah pakai, dicampak entah mana pergi. Terdetik di hati. Why not lelaki buat perempuan macam pakaian yang tiada ganti? Gunalah sampai buruk, lusuh, lebih baik sampai mati.

Jadikanlah perempuan seperti pakaian yang susah untuk dibeli, diperolehi, dimiliki. Jadikanlah perempuan umpama pakaian yang akan membuat lelaki malu kalau tidak memakainya nanti. Biarkanlah ia dekat dengan diri. Melekap di hati. Jadikanlah perempuan umpama kain kafan untuk mati.

Jadikanlah perempuan umpama dompet. Diperlukan untuk menyimpan wang agar tidak dicopet. Dihargai sungguhpun ada yang lebih cantik di pasaran berderet-deret. Bawalah dia di sisi sungguhpun  hanya ke market. Jangan disia-siakan sehingga menangis hatinya, mata jadi sepet. Jiwa jadi senget.

Perempuan hatinya luluh. Sifatnya patuh. Tidak angkuh. Namun begitu, orangnya mudah mengeluh. Ketabahannya tidak bererti kesakitannya sudah sembuh. Walaupun begitu, hatinya cekal seperti tenaga buruh. Wahai lelaki, sayangilah perempuanmu meskipun dia sudah lusuh. Biar sampai lusuh.

Love for Live. Not Live for Love.

ps: Happy Birthday to my ex! Moga menjadi lelaki yang hebat! =)

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...